Wednesday, August 05, 2015

Movie Review : TO THE FORE


Yeahhhaaa..

Syukur sangat bila Achik diberi peluang untuk menonton Premiere Screening "To The Fore" semalam di GSC Pavilion KL.


TO THE FORE 


Kalau sebelum ini kita sering kali menonton Filem lumba kereta macam FF7, kali ini To The Fore yang diterbitkan oleh Emperor Motion Pictures, Evergrande, iQiyi, Sunning & Huace Media dan diedarkan oleh RAM Entertainment akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula pada 6 OGOS 2015 ( Khamis ).

To The Fore di arahkan oleh Dante Lam yang menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou, Wang Luodan, Carlos Chan, Nana Au-Yang dan Andrew Lin.


To The Fore merupakan sebuah filem yang bertemakan sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan, keberanian, cabaran gentir, drama dan air mata yang diharungi oleh kesemua pesaing berbasikal profesional. Aksi-aksi lasak dalam sukan berbasikal yang dipertontonkan memang mendebarkan dan mencemaskan penonton. Bayangkan Achik yang sedang menonton perlumbaan basikal dalam To The Fore, seperti tengah mengayuh basikal dalam pawagam. Bila ada halangan yang perlu dielak oleh pelumba dalam filem tersebut, badan Achik pun turut bergerak..hahaha...punya fokus tau..

Sungguhpun filem To The Fore mengetengahkan sukan lumba basikal, ianya mampu menarik minat penonton tidak kira yang minat berbasikal mahu pun tidak. Kreativiti pengarah Dante Lam dalam menghasilkan filem To The Fore seharusnya dipuji. Dante Lam turut menonjolkan plot-plot lain dalam filem ini untuk menjadikan jalan cerita To The Fore mantap dan menarik. Antaranya plot percintaan, sahabat, keberanian dan keazaman yang kuat.


******
SINOPSIS:
Pelumba handalan dari korea Zheng Zhiyuan (Choi Siwon) adalah orang yang paling penting di dalam pasukan Xuangguang dengan posisinya selaku “sprinter”. Dua orang pelumba baru, Chou Ming (Eddie Peng) dan Qiu Tian (Shawn Dou) amat kagum dan tertarik dengan kekuatan dan skil Yuan. Mereka merasa bangga boleh menjadi ‘pacesetter’ kepada Zheng demi mencipta peluang kemenangan untuknya. Kerjasama sempurna tiga pelumba ini telah mendatangkan banyak kemenangan kepada pasukan mereka.
Namun begitu percanggahan mula muncul apabila Zheng sentiasa berdiri di pentas penyampaian anugerah sebagai pemenang tunggal.Chou Ming dan Qiu Tian terpaksa menerima hakikat bahawa gelaran juara hanya untuk seorang sahaja dan mereka tetap “pace setter” yang tidak mendapat tumpuan. Sejak itu, tiga rakan seperjuangan ini dipengaruhi oleh cita-cita sendiri, persefahaman dan semangat berpasukan mula hilang lalu menyebabkan keputusan pertandingan yang buruk. Akhirnya mereka bertiga berpisah sejak funder untuk pasukan Radiant telah menarik diri. Walaubagaimana pun, tiga pelumba ini ditakdirkan untuk bertembung lagi apabila masanya sudah tiba dan kali ini mereka perlu menentukan siapa yang layak digelar terbaik…
Tarikan utama:
Diarahkan oleh pemenang anugerah pengarah Dante Lam, akan membawa para penonton dalam sebuah perjalanan yang mengelilingi dunia sambil mengikuti perjuangan Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou dan Wang Luodan yang terus berusaha demi perlumbaan sukan basikal di seluruh dunia. Bersedia untuk menyaksikan adegan yang merangkumi seluruh Eropah, bandar-bandar di Asia, adegan udara di Taipei & Taiwan, Hong Kong, Alps yang diliputi salji, Busan yang moden di Korea Selatan, padang pasir Tengger yang megah, Shanghai dan banyak lagi.
Lokasi utama filem:
Padang Pasir Tengger
Padang pasir Tengger adalah padang pasir China keempat terbesar, yang mempunyai bukit pasir beralun dan luas sejauh mata memandang.Tersembunyi dalam padang pasir ini, adalah Swan Lake serta Moon Lake, sepasang oasis yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan.
Semasa mengimbas kembali, Eddie Peng berkata: “Pasir padang Tengger sukar dilupakan. Pengalaman berbasikal di padang pasir amat menyeronokkan. Dapat menikmati peluang untuk berlakon watak pelumba basikal di padang pasir amatlah berharga, tidak kira betapa banyak usaha yang saya perlu keluarkan.
Gunung Alps
Gunung Alps yang diliputi salji menjadi latarbelakang untuk mentabir sukan perlumbaan berbasikal di kawasan pergunungan.Landasan di kawasan pergunungan mungkin mencabar, tapi pemandangan yang menakjubkan menjadikan cabaran amat berharga. Shawn Dou khususnya, amat teruja untuk menyaksikan pelangi berkembar – demi adegan yang begitu istimewa, dia sanggup menunggang landasan tersebut 6 kali berturut-turut demi memastikan pelangi berkembar ditangkap ke dalam filem!
Pusat Bandar Hong Kong
Pusat bandar Hong Kong sentiasa sibuk dengan lalu-lintas, tetapi pengarah Dante Lam berkeras untuk merakam penggambaraan dimana beribu-ribu penunggang basikal berlumba di sepanjang trem garis Hong Kong yang terkenal.
Demi melaksanakan tugas tersebut, para pelakon & krew terpaksa menyediakan segala-galanya pada malam sebelumnya, bersiap-sedia menjelang subuh, dan menghabiskan penggambaran dalam masa yang singkat mungkin demi mengurangkan gangguan lalu-lintas.
Busan, Korea Selatan
Korea Selatan adalah antara negara-negara Asia yang mempunyai kemudahan berbasikal yang paling lengkap dan moden. Dengan bantuan dari Persatuan Berbasikal Korea (Korean Cycling Association), filem ini berpeluang membuat penggambaran di “Spo1 Park” yang terkenal di Busan bersama pelumba basikal kebangsaan Korea. “Spo1 Park” mempunyai kemudahan lumba basikal dan latihan yang paling maju di Asia, yang berfungsi sebagai tempat berlatih untuk para pelakon.
Penutupan Jalan Kaohsiung, Taiwan
Pengarah Dante Lam bercita-cita tinggi.Beliau ingin membuat adegan filem berbasikal yang merentangi 13KM yang melibatkan ribuan penunggang basikal.Dengan kerjasama pelbagai pihak, beliau berjaya mendapat permit untuk menutup jalan sepanjang 13KM di Kaohsiung, dan turut menempatkan 20 buah kamera udara serta darat. Adegan tersebut bukan sahaja menggambarkan Taman Laut Qijin, Tasik Meinong, tapi juga termasuk banyak pemandangan panorama Taiwan.
Pengenalan watak-watak:
To The Fore menampilkan watak-watak yang penuh dengan personaliti, setiap individu di dorong oleh cita-cita dan keinginan tersendiri.Ada yang berlumba demi mencapai kemenangan, ada yang berlumba demi membuktikan bakat sendiri. Demi mencapai impian, mereka tidak akan membiarkan mana-mana rintangan menghalang mereka mencapai matlamat.
Chou Ming (dilakonkan oleh Eddie Peng).Chou Ming adalah seorang pakar “wind-breaker” yang telah pun terkenal dalam arena berbasikal apabila dia menyertai Pasukan Radiant.Dalam Pasukan Radiant, dia membina persahabatan dengan pelumba utama pasukan tersebut, Zheng Zhiyuan. Walaupun mereka berdua adalah kawan, keinginan Chou Ming untuk menjadi pemenang mula mencemarkan mindanya secara beransur – dan Chou Ming sedar bahawa kemenangan hanya boleh dicapai dengan pengorbanan.
Sejauh manakah Chou Ming akan mengorbankan segala-galanya untuk menang?
Zheng Zhiyuan (dilakonkan oleh Choi Siwon)
Zheng adalah pelumba Korea yang terkenal sebagai seorang yang tenang dan berbakat.Dia merupakan sahabat baik Brother Li (dilakonkan oleh Andrew Lin) dan tidak teragak-agak semasa dihampiri Brother Li untuk menjadi sebahagian Pasukan Radiant. Di Pasukan Radiant, Zheng Zhiyuan membentuk hubungan yang rapat dengan Chou Ming, tetapi bila Zheng sedar bahawa kemahiran Chou Ming semakin maju – Zheng tahu persaingan antara kawan karib ini tidak lagi dapat dielakkan.
Qiu Tian (dilakonkan oleh Shawn Dou)
Qiu Tian memainkan peranan sokongan dalam Pasukan Radiant.Disebabkan masalah jantung, dia tidak mampu berpecut, dan terpaksa berperanan membantu rakan sepasukan lain untuk menangkap kedudukan dan “wind break”. Pada mulanya, Qiu Tian dan Chou Ming membentuk pasangan yang kuat – tetapi apabila mereka berdua jatuh cinta kepada gadis yang sama, Shiyao (dilakonkan oleh Wang Luodan), mereka bertukar menjadi musuh ketat. Selepas pembubaran Pasukan Radiant, Qiu Tian menumpukan segala usahanya untuk mengatasi masalah jantungnya, dan menjadi pesaing Chou Ming terbesar.
Huang Shiyao (dilakonkan oleh Wang Luodan)
Berasal dari negara China, Huang Shiyao merupakan bekas pelumba basikal trek wanita yang kini ahli Pasukan Virgo. Selepas berusaha selama 6 bulan secara intensif dan menjadi pesaing utama dalam arena basikal, dia mendapati bahawa dia mempunyai embolisme pulmonari yang sukar untuk disembuhkan. Dengan kesihatan dan keadaan kewangannya semakin terdesak, Shiyao memutuskan untuk membuat satu percubaan yang terakhir ketempat kejadian berbasikal yang kompetitif.
Untuk lebih menyukarkan keadaan, rakannya Chou Ming dan Qiu Tian jatuh cinta kepadanya, dan Shiyao tahu bahawa dia hanya boleh memilih seorang sahaja. Siapakah yang akan dia pilih?
*sumber sinopsis dan lokasi pengambaran diperoleh daripada Budiey
******
Happy face and ready to watch To The Fore


Buat mereka di luar sana yang tak faham bahasa Mandarin, jangan risau...subtitles BM dan BI disediakan. Hanya perlu tumpukan perhatian, Achik pasti korang mesti enjoy tonton To The Fore.

Secara jujur, Achik teruja dan terhibur dengan jalan cerita filem To The Fore...


*****




Dengan FS FUYING & SAM


*****

Betapa ramai nya manusia malam semalam. Masing-masing dah tak sabar nak menonton To The Fore Premiere Screening.




*****

Antara gambar sewaktu shooting filem To The Fore dilakukan.

The making of To The Fore turut di tayangkan selepas tamatnya movie. Ngeri juga bila tengok ada pelakon yang terjatuh, berlanggar basikal, luka sana sini..sampai ada yang kena naik untuk dapatkan rawatan di hospital. Tapi semua itu tetap tidak mematahkan semangat pelakon-pelakon To The Fore.

Qiu Tian 

Mereka bukanlah pelumba basikal. Jadi latihan perlu dibuat sepanjang shooting filem ini agar stamina sentiasa ada.

Sweet couple dalam To The Fore. Huang Shiyao

Team Radiant yang berlumba hebat dengan Team Phantom. Namun Team Radiant terpaksa dibubarkan memandangkan penyumbang dana kepada pasukan tersebut menarik diri. 

The race begin...



Let's POSE ..hehehehe...


*****

Oh ye, untuk terakhir kali. Buat semua yang berada di Taiping, sempena tayangan Filem To The Fore, 1 Movie Ride Taiping akan di adakan pada 08 Ogos 2015 bermula jam 7.30am.

Fees : RM30
Venue : MBO Taiping Central
Type : Road - Fun Ride
Distance : 15 - 20 KM

Jadi yang berada di Taiping jangan lupa turut serta.



Tak lupa juga mereka yang ada di kawasan Central Selangor dan Kuala Lumpur. To The Fore Movie Ride Kepong akan turut diadakan seperti ketetapan berikut:

Date : 09 Ogos 2015
Time : 7.30 am
Venue : MBO Kepong Village Mall
Type : Road - Fun Ride
Distance : 15 - 20 KM


Dan buat semua suka menonton wayang, jangan lupa ke pawagam yang berdekatan di seluruh Malaysia untuk menonton To The Fore.

Anda tidak akan menyesal. !


#ToTheFore 












No comments:

Post a comment