Sunday, August 30, 2015

Perasmian TechBiz@Malaysia IT Fair & Pelancaran Kaspersky Internet Security 2016 di Malaysia IT Fair 2015

Assalamulaikum & Hello to all readers.

Cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58 yang akan jatuh pada hari Isnin ini 31 Ogos 2015.

Seperti yang telah Achik war-war kan sebelum ini, Malaysia IT Fair telah mula berlangsung sejak 28 Ogos 2015 dan akan melabuhkan tirai pada 31 Ogos 2015 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC).


Malaysia IT Fair yang telah mula berlangsung pada 28 Ogos 2015. Serentak dengan itu TechBiz@Malaysia IT Fair turut bermula pada hari yang sama. Pada 29 Ogos 2015, TechBiz@Malaysia IT Fair telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Jailani bin Johari.


Perasmian TechBiz@Malaysia IT Fair turut dimeriahkan dengan flash mode dance yang kesemuanya memakai vest Kaspersky.


Kalau anda terlepas untuk mengetahui berkaitan Seminar@TechBiz dan TechBiz@Malaysia IT, boleh layari post Achik sebelum ini. Banyak info yang berguna berkaitan perniagan dan teknologi maklumat yang boleh diperolehi dari Seminar@TechBiz. Masuk adalah percuma ye...!!!!



Untuk makluman semua pembaca, pada hari tersebut turut berlangsung Pelancaran Gilang-Gemilang versi terbaru daripada Kaspersky Lab iaitu Kaspersky Internet Security (KIS) dan Kaspersky Anti Virus (KAV) 2016. Pelancaran versi terbaru Kaspersky Internet Security 2016 turut disempurnakan oleh YB Dato' Jailani bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.







Kaspersky Internet Security 2016 ini  telah dibangunkan khusus untuk melindungi apa yang paling penting kepada pengguna iaitu termasuk privasi mereka, data, identiti, wang dan peranti  itu sendiri.






Penambahbaikan terbaru Kaspersky Internet Security 2016 ini  termasuk teknologi memastikan pengguna dilindungi dalam setiap perkara yang dilakukan ke atas peranti mereka secara atas talian sama ada menggunakan Windows, OS X atau pun Android. Satu set ciri-ciri terbaru telah ditambah baik pada Kaspersky Internet Security versi lama dengan tujuan untuk melindungi kehidupan peribadi pengguna dengan wujudnya Kaspersky Internet Security 2016.

Antara ciri-ciri terbaru dan penambahbaikan pada Kaspersky Internet Security 2016.


Pengenalan Kaspersky Internet Security 2016 adalah tepat pada masanya dengan kajian yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengalami 'Digital Amnesia', satu tingkah laku manusia di mana mereka mencari jalan mudah dengan kepercayaan yang diberikan kepada peranti untuk mereka menyimpan maklumat penting dan bukannya percaya kepada memori atau kuasa minda mereka. Kebergantungan pada peranti mudah alih secara aktif  lebih daripada keupayaan ingatan manusia akan menggalakkan minda kita untuk memadam maklumat.





Kaspersky Internet Security 2016 boleh diperoleh di Malaysia IT Fair 2015 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre dengan harga pasaran RM100 per user license. 




Ciri-ciri utama Kaspersky Internet Security 2016:

* Private Browsing - Rangkaian sosial, agensi pengiklanan dan analisis sering meminta maklumat mengenai browsing activity pengguna, lokasi mereka, sejarah carian dan sebagainya untuk dijual dan digunakan dalam tujuan pengiklanan sesuatu produk dan perkhimatan. Private Browsing mengeluarkan data itu daripada trafik Internet dan melaporkan sebarang permintaan disekat kepada pengguna melalui plugin khusus (yang boleh didapati untuk Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Google Chrome).

* Change Control -  mengesan apa-apa proses cuba untuk memperkenalkan perubahan disebabkan oleh freeware, melaporkan ianya kepada pengguna dan meminta pengguna menentukan proses selanjutnya sama ada proses tersebut dibenarkan, atau disekat.

* Privacy Cleaner - sejenis tool yang membantu memadam semua kesan aktiviti pengguna dari Windows komputer, termasuk browser history, senarai dokumen terkini dibuka dan sebagainya

* Webcam Protection - menghalang pemintasan imej dari kamera web, memberitahu pengguna apabila ia diakses oleh aplikasi sah dan memberi peluang untuk menyekat semua akses kepada kamera.



*****

Selain Kaspersky, pelbagai lagi promosi keperluan IT serta Seminar@TechBiz yang dihidangkan buat semua pengunjung yang hadir.

Antara promosi keperluan IT yang sedia menanti pengunjung yang berminat untuk dapatkannya:

VIVO dengan keluaran HP terbaru

Rangkaian laptop dari AMD

Yang paling best, untuk 10 pengunjung terawal, anda berpeluang untuk grab Hot Deal gadget IT dengan harga jauh lebih murah daripada di pasaran.


Memory kad daripada pelbagai jenis jenama. Harga ? Datang dulu ke Malaysia IT Fair. Anda pasti tidak menyesal. !


High Definition Headphone dari Tech Titan boleh dibeli di booth Tech Titan. Banyak lagi gadget IT yang ditawarkan oleh Tech Titan.



*****

Secara peribadi, Malaysia IT Fair adalah platform terbaik buat semua peminat IT. Ianya menjadi keperluan kepada semua lapisan generasi pada masa sekarang. Banyak ilmu berkaitan IT dan perniagaan yang dapat diperoleh di Malaysia IT Fair.

Bagi yang masih belum singgah, anda masih mempunyai peluang kerana Malaysia IT Fair ini akan melabuhkan tirai pada hari Isnin, 31 Ogos 2015.

Jadi, pasti kan anda datang awal dan jangan lepaskan peluang terakhir untuk ke Malaysia IT Fair.


DAN,


jangan lupa juga dapatkan Kaspersky Internet 2016 yang terbaru di pasaran.




Selamat berkunjung ke Malaysia IT Fair daripada kami semua.


~ Achik ~


Credit photos : Malaysia IT Fair


No comments:

Post a Comment