Wednesday, May 20, 2015

Sawadikap ~ Welcome to Phuket, Thailand ~ Episode 2


Sambungan daripada entry sebelum ni...Alhamdulillah...kami semua selamat mendarat di Phuket International Airport around 7.20am ( waktu Thai ). Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai ke negara Thailand ni, waktu di Thai lewat sejam dari waktu di Malaysia.

Sampai saja di airport kami semua terus bergegas nk beratur dekat kaunter imigresen. Sampai-sampai jer terkejut beruk dibuatnya. Semua kaunter long queue...Kebetulan flight Achik landed sama dengan flight dari Zurich. Dekat imigresen tu je dekat sejam nak tunggu. Achik dengan Anis dah siap-siap isi Visa masa dalam flight. Tapi kawan-kawan Achik yang lain dengan ada yang tak isi lagi, dengan ada yang nk pergi toilet tu. Sudah nya bila Achik & Anis dah setel dekat kaunter imigresen, kawan-kawan Achik masih lagi beratur..panjanggggg...

beginilah rupa Visa nya. Arrival Card akan diambil oleh Imigresen Thai. Departure Card korang kena simpan. Jangan bagi hilang pulak. sebab masa nak balik Malaysia, Departure Card tu kena serah dekat Imigresen Thai.

Sementara tunggu kawan-kawan Achik yang lain setelkan urusan passport, Achik dengan Anis pergi cari kaunter simcard untuk tourist. Mestilah sampai-sampai negara orang nak cari simcard dulu yang siap dengan data plan free kan. Kebetulan ada kaunter tu, and kitorang boleh amik seberapa banyak yang kitorang nak. Tapi Anis amik sorang 2 keping je. Kenapa tourist dibenarkan ambil lebih dari satu ? Sebab data plan dalam tu hanya free 300MB. 300MB tu sekali buka FB dah habis...hihihi.

Selepas selesai urusan di kaunter imigresen, kami semua segera ke pintu masuk airport untuk cari transport ke Hotel kami yang terletak di Son Sansabai, Patong. Achik tak ingat berapa rate, tapi kami diberi pilihan sama ada nak ambil 1 mini van atau nak bayar ikut harga per head. Bila Achik buat pengiraan matematik di situ ( maklumlah..akauntan memang perangai macam ni ), total untuk Achik dan kawan-kawan yang lain lebih murah dari harga 1 mini van. Cumanya, bila kita terpaksa berkongsi dengan orang lain dalam mini van yang sama, kita kena bersabar sikitlah. Driver van akan singgah hotel randomly mengikut laluan yang digunakan. Nasib kitorang dah 6 orang. so campur dengan orang lain, adalah 10 orang dalam van tu..takde lah banyak sangat stop kan.

Ok...1 perkara yang korang kena tahu...Mini van ni akan berhenti di satu tempat, kira macam pejabat syarikat dorang la. dekat situ nanti ada person in-charge yang akan tanya korang stay kat hotel mana. So, senanglah driver van tu nk rancang perjalanan untuk singgah dekat hotel mana dulu. Cumanya, bila sampai dekat tempat ni, biasa semua penumpang dalam van akan disuruh turun untuk masuk ke dalam pejabat sebab dorang nk jual pakej tour. Kalo korang bernasib malang, memang akan ada yang kena marah kalo tak turun dari van. Memandangkan Achik dah buat survey sebelum pegi Phuket, Achik dah tahu. So Achik pesan dekat kawan-kawan Achik tak payah turun...hehehe...

Oh ye, kitorang gerak dari Phuket International Airport dalam pukul 9.00am ( waktu Thai ). Area hotel kami dalam kawasan Patong. so perjalanan daripada airport ke Patong mengambil masa dalam 1 jam perjalanan. Dalam pukul 10.00am ( waktu Thai ) kami selamat sampai di Hotel yang telah ditempah melalui Booking.com. Harganya sangat berpatutan. THB2970 untuk 4 hari 3 malam. Masa tu bila convert ke RM dalam RM320 tak silap Achik.

Patong Hemingway's Hotel

Achik tempah 3 bilik yang sama. Bilik kami semua sebaris dan ada balkoni. Antara kemudahan lain yang terdapat dekat hotel ni:

Wifi sangat laju
Cafe
Swimming pool
Balkoni 
Bilik air yang luas ( walau tiada bath tub )
TV Plasma
Almari baju yang besar
Peti sejuk
Coffee, Krimer, Gula,
Mineral water
Katil yang banyak bantal.


Bilik kami
Ada swimming pool dekat roof top. tapi kecil je.

Yang paling penting bila Achik cari hotel, adalah kawasan yang strategik. Sumpah cakap, tak tipu la, hotel Achik menginap ni sangat strategik. walaupun hotel ni takde la dapat tengok pandangan bukit bukau or facing main road ke, tapi nk pergi mana-mana walking distance je. Bangla Road, Jungceylon Shopping Mall, kedai makan, money changer, Family Mart, 7eleven, Massage, Club...pendek kata banyak tempat yang happening memang sangat dekat dengan hotel Achik. Cop, bila Achik cakap sangat dekat tu jangan la pulak korang imagine yang Patong Beach tu sebelah hotel Achik pulak..hahahaha...

Bila Achik dan kawan-kawan dh sampai hotel, kitorang tak boleh check in lagi disebabkan bilik yang kitorang nak duduk ni orang nyer masih belum check out lagi. Nasib pihak hotel benarkan kitorang tinggal luggage dalam office hotel. Apa lagi, hari masih pagi, kitorang pergi breakfast dulu la jawabnya dekat kedai Arab belakang hotel sahaja.

Selepas breakfast, kami mulakan aktiviti sewa motor dan pusing-pusing sekitar Patong. nanti Achik share dalam Episod 3. Harap sabar menunggu.

*Nak holiday mana lepas ni ye...


Kami berenam baru nak breakfast
Gambar masa dekat KLIA 2
Achik before masuk perlepasan Antarabangsa KLIA 2

No comments:

Post a Comment