Saturday, May 23, 2015

Icescape Ice Rick ~ IOI City Mall Putrajaya


Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang tak tahu dekat Putrajaya dah ada Mall baru iaitu IOI City Mall. Jumaat lepas masa lunch hour, Achik habiskan masa rehat 2 jam 30 minit ( orang keje gomen kan ) jalan-jalan, ronda-ronda, window shopping dekat IOI City Mall.

Sejak IOI City Mall mula operasi bulan November 2014 hingga kini, Achik baru 3 kali datang situ. First time datang, kedai tak banyak buka lagi. 2nd time datang, just ronda-ronda dekat floor paling bawah. So, Jumaat lepas Achik ambil peluang untuk pusing setiap pelusuk IOI City Mall ni.

Sampai je di Level 1, IOI City Mall, Achik ternampak tempat meluncur ais yang besar dan luas. Tak sangka di Putrajaya dah ada Ice Rink. Kalo sebelum ini Ice Rink di Sunway Pyramid adalah yang paling terkenal di Malaysia, kemungkinan satu hari nanti Icescape Ice Rink di IOI City Mall Putrajaya akan jadi terkenal juga.


Ticketing Counter di Icescape. Di hadapan kaunter tiket ni ada tempat pakai kasut skate yang luas. 



Gambar ni Achik snap dari Level 2. Orang tak ramai disebabkan hari bekerja kan.


Begini la pemandangan Icescape Ice Rink dari Level 2. Luas kan.



Sumber yang Achik dapat dari Google.com, Icescape Ice Rink merupakan Ice Rink terbesar di Malaysia. Wow...!!!!!


Berikut adalah harga tiket di Icescape Ice Rink


Cuti sekolah dah nak bermula. Mungkin cuti sekolah ni anda yang telah berkeluarga boleh lah bawa isteri dan anak-anak ke IOI City Mall Putrajaya untuk try Ice Rink di sini.

Buat peminat sukan meluncur ais, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di  

Facebook Icescape : Icescape Ice Rink


No comments:

Post a comment