Sunday, May 24, 2015

Sawadikap ~ Welcome to Phuket, Thailand ~ Episode 4


Dalam pukul 5.30 pm waktu thai, kami semua dah siap-siap untuk cari tempat nak makan..Yela, tadi makan masa breakfast je kan. Perut mesti dah berkeroncong. Kami semua sebulat suara untuk cari kedai makan dalam Jungceylon Mall yang berdekatan dengan hotel kami. Disebabkan motor memang dah ada, kami ke Mall naik motor je…senang lepas tu nak bergerak ke merata-rata tempat…

Jungceylon

Makanan dalam Mall ni nak kata murah memang tak murah…sebab tu ramai orang Malaysia yang dah datang Phuket kata makanan di sini lebih mahal…Achik pun setuju sebab last year Achik ke Krabi, makanan di Krabi jauh lebih murah dari di Phuket.

Ini lah menu yang Achik pilih...Bihun tomyam...tapi bihun nye macam Soun...
Selesai makan kami mulakan aktiviti membeli belah di Patong. Malam tu kami semua shopping di kedai-kedai berhadapan dengan Hard Rock CafĂ©. Susah juga shopping dekat area sini sebab peniaga nya bukan orang tempatan. Mostly orang luar. Harga yang ditawarkan memang mahal. Sampaikan Achik dah malas nak nego, dorang pun start turun harga, Achik buat tak tahu & nak bla dari situ…Sekali peniaga sorang ni jerit dekat Achik “Hello, THB150 also you don’t have money?”….wahhhhh…..memang aku tak hingin nak bagi duit aku kat ko…hahaha
Nasib baik ada satu kedai di situ yang dijaga oleh remaja lelaki..Baik orangnya..boleh bertutur Bahasa melayu…Achik & kengkawan banyak borong tshirt dekat kedai dia..sebab dia bagi harga between THB100 to THB150…Habis semua kedai kat situ Achik explore, satu pun tak bagi harga macam tu…

Oh ye….sambil-sambil membeli belah, Achik dengan Anis sempat jugak survey harga untuk tour package kami esok pagi…Sebelum tu, Achik ada survey dekat tourist counter area hotel Achik…harga yang awek Thai tu bagi memang murah…Tapi Achik & kengkawan tak beli lagi sebab kitorang nak survey lagi dekat tempat lain.

Selesai membeli belah, kami semua gerak ke Patong Beach & parking motor berdekatan dengan Bangla Road. Wow, Bangla Road memang happening. 



Buat mereka yang tak pernah sampai Phuket, Bangla Road memang tempat yang paling happening di Patong pada waktu malam. Achik & kengkawan ambil peluang untuk melihat suasana di sepanjang Bangla Road. Memang sepanjang jalan tu berderet kelab-kelab malam yang mana penari-penari yang berpakaian seksi ligat menari tiang menghiburkan pengunjung di kelab tersebut. Even manusia yang berada di sepanjang Bangla Road dapat tengok semua tu tanpa perlu masuk & minum dalam kelab.
Begini lah suasana di Bangla Road.







Kat Malaysia memang tak dapat tengok suasana open macam ni....Achik pun ambil kesempatan cuci-cuci mata malam tu...

Makin larut malam, makin ramai orang...




 Bagi mereka yang ke Phuket bawa anak-anak, baik jangan lah bawa anak-anak anda ke Bangla Road ni pada waktu malam…hihihihi..

Sepanjang kami di Bangla Road, kami kerap ditahan oleh lelaki Thai untuk mencari pelanggan kelab mereka untuk menyaksikan pelbagai jenis show..Malas nak sebut la show apa…faham-faham sendiri la ye…Lelaki-lelaki Thai ni tidak segan silu menahan anda walaupun anda bertudung..Apa yang penting, bila berada di Bangla Road, kena kuatkan iman anda semua…hehehehe

Selesai cuci mata di Bangla Road, kawan-kawan Achik nk bergambar depan pantai gelap-gelap yang Achik pun tak tahu apa yg nampak dalam gambar tu..So, Achik tak join and duduk melepak tunggu dorang bergambar di pantai.


Selesai sudah aktiviti kami malam tu...Baru hari pertama di Phuket, tapi banyak dah cerita nya...Sampai je di hotel, kami berjalan kaki sebentar ke 7eleven sebelah hotel kami...depan 7eleven ni ada tour counter dan harga yang ditawarkan sangat murah...dekat sinilah kitorang beli tour package untuk Hari ke-2 & hari ke-3 kami di Phuket..Nanti Achik share aktiviti kami pada hari kedua di Phuket.

Sekian...

No comments:

Post a Comment