Monday, May 11, 2015

SEE WHAT OTHERS CAN'T SEE ~ #IncredibleZenDay

Alhamdulillah..Sabtu lepas ( 9 Mei 2015 ) Achik berpeluang join event Asus Malaysia di KL Live sempena pelancaran smartphone baru dari Asus iaitu Zenfone 2. Tq to Kolin sebab dia yang suruh Achik register untuk event ni. Beriya dia tag Achik kat FB. Ingatkan dah register tu, terus pegi jela masa hari event tu, tak sangka plak tup tup ada Gdex hantar parcel...jeng jeng jeng..

Ini la Asus Kit yang Achik dapat before event. TQ Asus Malaysia !

Actually, Achik tak tahu pun sebenarnya kewujudan KL Live ni kat mana. I tak pernah pergi clubbing ye...hehehe..So, konon-kononnya plan nk bermalam depan KL Live malam 8 Mei 2015 tu sebab nak jadi antara 100 orang yang terawal masuk dalam KL Live tu. Ni gara-gara kawan Achik si kolin yang bagitahu dapat free handphone kalau jadi 100 terawal..Wah, kaya Asus nak bagi kita 100 orang handphone free..hihi..bila Achik semak balik invitation kad, dalam tu tulis freegift untuk 100 terawal adalah Asus Zenpower. =P

Akhirnya, seawal jam 8.00pagi Achik & Anis sampai depan KL Live. Kitorang merempit je. senang nk parking..Kalo nak ke KL Achik memang prefer naik motor tapi bukan Achik yang bawak, dh tentu ler Anis kan.

Tepat jam 11.00am, kitorang yang dh beratur panjang dibenarkan masuk ke dalam KL Live..happening..lampu berkelipan, muzik buat jantung berdebar..Masa kat pintu masuk kami diberi nombor badan masing-masing. Nombor Achik 0065 ( tak sempat nak snap nombor ). Nombor badan ni untuk cabutan bertuah. Hadiah memang lumayan, antaranya handphone Zenfone 2, Zenwatch, Zenpower and Laptop Asus. Sayangnya nombor Achik, Anis and Kolin tak bertuah pada hari tu. Sipi-sipi je lagi nak kena...

Ini la hadiah yang kami dapat dari Asus di #InredibleZenDay. Achik dapat Asus pillow warna pink, meal voucher yang Achik dh utilise malam tu juga & of  course Zenpower untuk 100 yang terawal. dan yang paling menarik, Zenpower yang kami dapat ni belum berada di pasaran or mana-mana kedai di luar sana.  ( gambar ihsan dari http://alialisakreatif.blogspot.com/2015/05/incrediblezenday-by-asus-mobile-malaysia.html )
Anis & Kolin
Achik & Kolin
Anis dekat KL Live

Berikut adalah senarai harga bagi model-model Zenfone 2 yang telah dilancarkan pada 9 Mei 2015 di Malaysia. Specification phone ni memang mantap dengan harga yang sangat berbaloi dan mampu milik. Kalau Achik ada rezeki lebih, Insha Allah Achik nk rembat model ZE551ML.

Cody...ni la mc event ni...sgt bertenaga
Jimmy, orang penting Asus Malaysia
Mr. Li, orang penting smartphone di Asus
begini lah keadaan dalam KL Live sepanjang event berlangsung. waktu ni Mr. Cody ajak kami semua untuk selfie menggunakan fungsi wide selfie yang ada pada Zenfone 2. ( picture credit SoyaCincau.com )

Tepat jam 3.30pm, kami semua mula melangkah keluar dari KL Live dengan perasaan yang hampa sebab tiada rezeki untuk memenangi mana-mana hadiah daripada cabutan bertuah...huahuahuahua...

Moga Achik ada peluang lagi untuk sertai event macam ni pada masa akan datang.


2 comments: