Tuesday, May 26, 2015

The Tales of Olympus ~ New collection of XES Signature by XES

Alhamdulillah..diberi kesempatan utk berkongsi dengan anda semua majlis gilang gemilang pelancaran koleksi kasut dan tas tangan baru oleh XES Shoes bertemakan "The Tales of Olympus"..



Terima kasih tak terhingga buat Kolin kerana sudi bawa Achik ke majlis ini. XES Signature Launch 2015 telah diadakan pada 21 Mei 2015, bertempat di Main Concourse, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Majlis yg berlangsung tepat jam 12.30 tengahari telah dimeriahkan oleh tetamu yang ramai yang turut terdiri daripada Artis, Model, Media dan juga Blogger. Kesemua tetamu yang hadir dengan persalinan bertemakan "Gold & White"...

Lihatlah hiasan pentas, meja, ruang di Main Concourse kesemuanya berkonsepkan putih dan keemasan..


Pelbagai aktiviti dan permainan yg disediakan oleh pihak XES dan pihak penaja yang terdiri daripada Fitness First, Ethnic Sense, Sense & Style Beauty Academy, The Sompoton Spa. Achik juga tak lepaskan peluang untuk bermain pasang tali kasut dengan pantas dan juga memanah bagi merebut pelbagai hadiah yang ditawarkan oleh XES.


Tak lupa juga sepanjang majlis berlangsung, contest bergambar bersama maskot XES turut diadakan. Para tetamu yg berminat untuk turut serta dikehendaki ber'selfie' dengan maskot XES sekreatif yang boleh dan gambar di kongsikan di instagram untuk meraih LIKE tertinggi...Hehehe...memandangkan gambar Achik tak cantik, makanya Achik tak join pun contest selfie bersama maskot XES. Ni lah gambar Achik untuk dibuat kenangan..Siap ade logo Superman tu, nak cover kegendutan...hahahha





















Antara koleksi terbaru XES Shoes yang dipamerkan semasa majlis pelancaran XES Signature.



Pada hari tersebut, tetamu juga dihiburkan dengan dendangan muzik dan lagu oleh Luffy Buskers.

Sedang kami semua asyik menikmati makan tengahari yang turut disediakan oleh XES untuk para tetamu, majlis pelancaran tersebut dimulakan dengan persembahan bertenaga oleh team Fitness First dengan modern dance dan zumba.

Penantian tetamu di majlis tersebut akhirnya terlerai apabila Miss Elegan Duta XES 2014/2015, Mico Pun muncul dipentas memegang koleksi baru XES Signature ditangan beliau. Seorang demi seorang model naik ke atas pentas memperagakan koleksi baru tersebut. XES Shoes turut menyediakan fesyen kasut lelaki buat kaum adam. Lihat saja koleksi kasut yang dipertontonkan oleh model yang kacak ni.

Nah...inilah dia koleksi terbaru, XES Signature yang dilancarkan oleh XES Shoes ..

TALES OF VICTORY

TALES OF DESTINY

TALES OF HEARTS

TALES OF BEAUTY

TALES OF ENCHANTMENT

TALES OF MUSIC

TALES OF COURAGE

TALES OF LIFE

TALES OF COLOURS

TALES OF BELIEF

TALES OF LOVE

TALES OF GLORY

The 12 treasures of Greece ( Hearts, Courage, Love, Enchantment, Music, Colors, Beauty, Destiny, Life, Victory, Glory and Belief )

Maklumat lanjut berkaitan koleksi terbaru dan lain-lain koleksi oleh XES bolehlah diperolehi dengan melayari ...






Hehehe...kasut raya buat Achik..
"Tales of Victory"



Cantik , smart , ranggi
And...i love it...TQ XES Shoes


Pendapat peribadi Achik, koleksi XES memang cantik-cantik dan mengikut trend fesyen pada masa sekarang. Jom kunjungi ke Butik XES yang berdekatan utk dapatkan koleksi peribadi anda.

  
~ Thank You XES ~


No comments:

Post a comment