Thursday, May 28, 2015

Boat Noodle @ Ikon Connaught

Alhamdulillah.

Hari ni dapat selesaikan seharian berpuasa. Walaupun badan agak flat, tapi syukur masih mampu berpuasa.

Bila dh berpuasa, dalam kepala tu mesti duk fikir nak berbuka kat mana. Tipula kalo korang yang berpuasa dalam kepala tu takde duk mengelamun nak berbuka kat mana, nak makan apa, nak masak apa..hehehe

Fikir punya fikir terus perut bersuara nak makan Boat Noodle. Destinasi pilihan di Ikon Connaught sebabnya dekat dari rumah Achik..

Untuk pengetahuan korang, Ikon Connaught tengah buat promosi utk kedai-kedai makan dalam tu. Maknanya anda-anda yang ada kad Bonuslink, bila nak bayar, korang tunjuk kad Bonuslink korang. Dapat la diskaun 10%..hehehehe


Jam 8.30pm Achik & Anis tiba di Boat Noodle Ikon Connaught. Apa menu yang Achik akan order bila makan di sini adalah :

Pathumthani Beef @ Chicken Thai Rice Noodle. Harga semangkuk RM1.90..Achik lebih suka Pathumthani berbanding Ayutthaya..kuah Pathumthani lagi sedang lagi2 lepas dibanjiri dgn chili flakes. Mak ai..marbeles..berhelai tisu Achik tarik..

N01 : Pathumthani Beef Thai Rice Noodle

N03 : Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle


Oh ye..Boat Noodle ada perkenalkan jenis mee baru iaitu Egg Noodle..tetapkan kekalkan Pathumthani dan Ayutthaya.


N05 : Pathumthani Beef Thai Egg Noodle

N07 : Pathumthani Chicken Thai Egg Noodle


Harga semangkuk sama dgn harga rice noodle. Achik lebih suka rice noodle kerana ia tak mengganggu rasa sebenar kuah..

Menu utk hilangkan pijau dimulut.

Ka Num Tuay..harga rm1.00/set utk 2 mangkuk kecil

Ni la rupanya..kuih talam thai ni rasa lebih kurang tepung pelita..cuma lebih pekat dan teksturnya lebih keras..

Chicken wings..betul2 wings..harga RM4.90

Air kitorang berdua.
Cha-Keow-Yen ( Thai Iced Green Tea ) = RM6.90
Kaiffe Yen ( Thai Iced Coffee ) = RM6.90

Anis yang kepedasan..

Kami kalo makan Boat Noodle memg tak banyak sebab order macam-macam menu..

So korang yg berada berdekatan Ikon Connaught, jgn lepaskan peluang utk merasai kelazatan Boat Noodle dengan diskaun 10% dgn menunjukkan kad Bonuslink sehingga 13 June 2015.....


.....foodlover.....

No comments:

Post a comment