Sunday, May 17, 2015

Fun Dance and Family Fiesta

Assalamualaikum...

Dah lama sangat rasa nya Achik tak bersenam. Bulan Februari haritu Achik dgn Anis ada join Jom Kurus 1 Malaysia ( JK1M ). Berat memang turun and badan rasa fit dan cergas. Tapi sejak Achik kena demam denggi awal bulan Mac itu hari, selera makan awalnya hilang and berat drop 3 kg. Tapi sebab nak bagi sihat dan dalam proses recovery, Achik bantai makan macam-macam sampaikan berat naik mendadak. Nak-nak pulak sesi JK1M dah habis, so dah takde exercise dalam hari-hari Achik.

Selepas hampir 3 bulan Achik tidak bersenam, semalam ( 16 Mei 2015 ) Achik berpeluang join Zumba di Taman Tasik Titiwangsa sempena Fun Dance and Family Fiesta.


Semalam, seawal jam 7.00 pagi Achik & Anis sampai dekat Taman Tasik Titiwangsa. Sampai-sampai jer kitorang berdua terus beratur dekat kaunter pendaftaran untuk collect breakfast. Untuk pengetahun korang, sesiapa yang register sebelum 01 Mei 2015, layak dapat sarapan untuk pagi tu. Then siap dapat doorgift, Nestle Fitnesse sumbangan Nestle. TQ Nestle. tak lupa juga kepada Biogrow untuk trial pek Oat Cereal. Memang sedap...boleh consider untuk beli nanti...


Zumba pada pagi Sabtu tu dimulakan dengan sesi panaskan badan selama 15 minit dan tepat jam 7.30 pagi, Zumba selama 90 minit tanpa henti pun bermula. Ya Rabbi, dia punya instructor Zumba kat atas stage tu memang ligat ya amat.. Zin Fatin tu pun ligat..Tapi memang best..!!!



See, gambar kami di spot oleh kamera rasmi #myfdff

Mungkin ada sesetengah manusia di luar sana yang tak percaya Zumba ni boleh bakar banyak kalori. Dulu mula-mula Achik dengar nama Zumba pun Achik ingat tarian apa ntah. Bila dh cuba, baru tahu..tak jauh beza dengan aerobik, cuma pergerakan dalam Zumba lebih moden dan ligat.!! Buktinya, Achik berjaya bakar lebih dari 1000 kalori semalam..!! ( gambar fitness watch lupa nak snap )

Pukul 9.00 pagi Zumba pun selesai. Aktiviti diteruskan dengan pertandingan Zumba Dance. Masa ni Achik duduk jauh dari stage..Achik, Anis, Kolin dan anak-anaknya bersantai di bawah pokok menikmati keindahan Taman Tasik Titiwangsa sambil makan nasi lemak..Oooppsss!!!!

Kemudian, jam 10.00 pagi, YBhg. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan tiba untuk merasmikan event pada hari tu...Aktiviti pada pagi tu diteruskan lagi dengan senaman Body Combat, and lastly Lucky Draw...seperti biasa, luck Achik and the gang takde hari tu..sobs sobs sobs...Next Time kita cuba lagi.



Kolin & Anis dgn aksi tersendiri
Hehehe...Gambar ni Kolin yang snap...

Tepat jam 12.00 tengahari, kitorang pun gerak dari Taman Tasik Titiwangsa. dah lama Achik tak menyinggah kat rumah Kolin. So semalam, Achik hantar Kolin anak-beranak balik rumah.. Yang paling terbaik bila Achik & Anis bantai tido kat rumah Kolin sampai petang..Penat Zumba katanya..

So korang semua, kalau ada masa terluang, rajin-rajin la join aktiviti-aktiviti fitness. Kadang-kadang target kita bukan nak kurus, tapi nak keep fit and hidup sihat..!!!

#KeepFit #Zumbafitness #ZumbaMalaysia #Zumba #MYFDFF


No comments:

Post a comment