Wednesday, August 23, 2017

Cegah “3 Tinggi” Dengan Anlene HEART-PLUS | Kunci kepada Jantung Yang Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ramai tidak tahu kebaikan susu kepada jantung kita terutamanya dalam mencegah risiko ‘3 Tinggi’ pada diri seseorang manusia. Apa yang dimaksudkan dengan ‘3 Tinggi’ ni..? Risiko ‘3 Tinggi’ ini terdiri daripada Kolestrol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi dan Tahap Gula Dalam Darah Yang Tinggi. 3 Perkara ini adalah faktor risiko utama untuk penyakit yang tidak berjangkit dan merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Seram kan dengar..?


Sempena kempen pelihara jantung, Fonterra Malaysia sekali lagi telah melancarkan formula terbaru jenama susu dewasa terkemuka yang diberi nama Anlene HEART-PLUS. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Duta Anlene, Dato’ Sheila Majid yang turut berkongsi tentang kebaikan susu Anlene serta kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang dalam memelihara jantung kita.



Tak perlu kita bercerita tentang usia Dato’ Sheila Majid, tetapi kalau korang tengok pada wajah beliau, beliau kelihatan muda daripada usianya. Kenapa boleh jadi macam tu..? Yes....pemakanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif adalah kunci Dato’ Sheila Majid tampil lebih muda dan bertenaga.

Semasa majlis pelancaran tersebut turut diadakan sesi perkongsian tentang tip-tip penjagaan kesihatan jantung yang disertai oleh Dr. Chee dan Dato’ Sheila Majid. Menurut kata Dr. Chee, hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolestrol yang tinggi, hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi , satu daripada enam mengalami diabetes jenis 2 dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun. Jadi, kita yang masih muda ni jangan cakap besar tiada risiko kena sakit jantung. Sedangkan ramai yang muda belia diserang sakit jantung ketika sedang bermain bola sepak, mendaki gunung dan lain-lain.

sesi bual bicara tentang penjagaan jantung 

Demi memenuhi keperluan gaya hidup sihat pengguna Malaysia, Fonterra telah berinovasi untuk menghasilkan formulasi terbaru bagi membanttu menjaga kesihatan jantung serta menganjurkan kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung. Apa yang menarik dengan susu Anlene HEART-PLUS ialah ianya mengandungi gabungan nutrien MoveMax dan HeartMax bagi membantu manjaga kesihatan jantung di samping menyokong pergerakan penggunanya.

Gabungan nutrien HeartMax termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA) dan kalium yang memberikan kebaikan-kebaikan seperti berikut:

i)    Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol dalam darah;
ii)   Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal; dan
iii) Terdapat kajian yang menunjukkan Asid Lemak Omega3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.

Lebih menarik lagi, formulasi Anlene HEART-PLUS telah diuji mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Pengambilan makanan dengan GI yang rendah adalah penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah. Jadi bagi mereka yang sedang berdiet dan sangat menitikberatkan kuantiti kalori yang diambil pada setiap hari sememangnya sesuai untuk mengamalkan minum susu Anlene HEART-PLUS pada setiap hari.

pemeriksaan tulang turut diadakan semasa majlis pelancaran tersebut

Tengok kekuatan tulang Achik..lebih pada skala...Tulang Achik tulang besi !! hehehe

Pengambilan susu Anlene HEART-PLUS juga hendaklah disulamkan dengan aktiviti harian yang aktif. Kalo korang nak pelihara jantung korang, jangan bergantung harap pada susu sahaja. Gaya hidup yang aktif dan sering bersenam adalah kunci segala-galanya dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dato’ Sheila Majid sendiri sentiasa melibatkan suami dan anak-anak beliau keluar untuk bersenam, amalkan diet yang seimbang dan minum dua gelas Anlene HEART-PLUS setiap hari.

Sungguh pun korang kerap bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat setiap hari, tapi jangan lupa untul lakukan pemeriksaan jantung tahunan dalam menjaga tahap kolestrol, tekanan darah dan gula dalam darah. Jangan ingat korang yang kurus tiada risiko untuk kena 3 tinggi ni ye. Hehehehe...

Simbolik pelancaran kempen Hati-Hati 3 Tinggi

Anlene HEART-PLUS boleh didapati di semua kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment