Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wow..! Tak sangka jenama Syahirah ada mengeluarkan produk
penjagaan kulit bagi kaum hawa untuk miliki kulit sehalus penduduk Korea.
Hehehe...zaman sekarang ni, ke mana je kita pergi rakyat sebutan Kpop, Korean,
Kimchi ke apa2 yang berkaitan dengan Korea sememangnya tak lekang di mulut
penduduk Malaysia khususnya orang perempuan.
Jadi, kerana terlalu memahami dengan
impian setiap gadis di Malaysia yang impikan kulit yang cantik, halus mulus
seperti gadis Korea, Syahirah memperkenalkan
produk penjagaan wajah iaitu Syahirah
Korean Secrets. Penghasilkan produk penjagaan wajah dengan teknologi korea
ini terhasil selepas kajian yang telah dibuat oleh pihak Syahirah yang mendapati pengguna produk kecantikan sangat teruja
untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea.
Akibat bimbang dengan bahan-bahan yang digunakan dalam rangkaian produk
tersebut, Syahirah membuat keputusan
untuk menghasilkan rangkaian produk kecantikan yang Halal dan sesuai untuk
pengguna di Malaysia.
Formulasi gabungan teknologi terkini
dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu
Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta
penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil
cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!
Syahirah Korean Secrets mempunyai 2 rangkaian penjagaan wajah iaitu
Hydra Soft dan White Glow. Tak kisah la rangkaian mana yang korang guna, yang
pasti kedua-dua rangkaian ini menjanjikan kulit
wajah cantik mulus sekata dan jelita
cerah berseri sepanjang hari dan yang paling penting korang tampak
persis gadis Korea !
Jom tengok apa kebaikan set Syahirah
Korean Secrets Hydra Soft pada gadis yang impikan kulit wajah yang cantik
mulus sekata:
* dirumus khas dengan agen
penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga
Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar
kulit sihat dan mulus sekata;
* mencerahkan kulit; dan
* mengandungi antioksidan
yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit.
Skrub Muka : Diformulasi dengan manik
pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati
untuk kulit lebih licin.
Penyegar
Tanpa Alkohol : Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran
kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk
selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin
Krim Pelembap :
Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.
Gel Pembersih Muka : Membantu membersihkan
kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
Selain 4 item di atas, set Hydra Soft juga menampilkan Krim Kecantikan sebagai asas solekan untuk membant menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
Jom tengok apa pula kebaikan set Syahirah Korean Secrets White Glow serta item yang terdapat dalam set tersebut:
* mempunyai agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus & Camelia yang membantu mencerahkan kulit;
* diperkayakan dengan manfaat penghidratan; dan
* dapat kurangkan rasa rengsa dan ketidakselesaan pada kulit.
Kalau set Hydra Soft ada 5 item, set White Glow ada 6 item seperti berikut:
1) Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada
kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
2) Gel Pembersih Muka:Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan
kecerahan kulit.
3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas
setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus
menjadikan kulit lebih licin.
4) Krim Siang SPF 20:Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF
20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
5) Krim Malam: Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah.
Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran
pada kulit semasa tidur.
6) Krim Kecantikan SPF 15: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat
serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari
sinaran merbahaya UVA & UVB.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment