Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Achik nak tanya
ni..ada tak antara korang yang pernah cuba produk kecantikan keluaran Herlysa Vegan? Atau mungkin ada di
antara pembaca blog Achik yang pernah dengar produk kecantikan jenama ini. Jujur
Achik nk beritahu ini adalah kali pertama Achik dengar jenama Herlysa Vegan. Untuk pengetahuan
korang, jenama Herlysa Vegan ni telah
pun berada di pasaran sejak bulan Julai 2014 lagi.
Baru-baru ini, Herlysa
Vegan telah melancarkan produk terbaru mereka yang diberi nama De’Figues Face Mist. Apa yang istimewanya
dengan produk terbaru ini adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan Face
Mist yang memberi pelbagai kebaikan pada wajah penggunanya. Kalau korang nak
tahu, De’Figues Face Mist ini
mengandungi ektrak buah tin yang mampu mempercepatkan proses pencerahkan tona
kulit dengan selamat serta menjadi anti radikal bebas bagi melambatkan proses
penuaan.
Sememangnya kita semua
tahu tentang khasiat buah tin, buah dari Syurga yang disebut dalam Al-Quran.
Kebiasaannya buah tin dibuat makan atau pun dijadikan jus sebagai makanan
tambahan. Jarang-jarang kita jumpa produk kecantikan yang menggunakan ektrak
buah tin. Nak tahu apa baiknya buah tin ni pada manusia? Jom baca di bawah:
Kebaikan BUAH TIN:
i) Mengandungi pelbagai
zat yang diakui Rasulullah s.a.w;
ii)
Kaya dengan protein;
iii)
Mengandungi fitokimia
& antioksida yang dapat menentang kanser;
iv)
Membantu mengurangi
kanser prostate;
v)
Rawatan untuk
insomnia;
vi)
Mampu mengatasi
anemia (kekurangan darah).
Kalau diperhatikan,
semua khasiat buah tin yang dinyatakan di atas dapat dinikmati dengan
mengamalkan pengambilannya secara konsisten. Jadi, bagaimana pula buah tin ini
dapat berikan kebaikan pada kulit wajah kita.?
Baru-baru ini Achik
bersama para blogger yang lain sempat meluangkan masa bersama pengasas dan
orang kuat Herlysa Vegan untuk mendengar sendiri perkongsian tentang De’Figues Face Mist serta produk-produk
lain jenama Herlysa Vegan. Kalau korang nak tahu, sebelum produk Face Mist ini
berada di pasaran, pihak Herlysa Vegan telah terlebih dahulu memberi beberapa
sampel untuk dicuba terlebih dahulu oleh pengguna khususnya jurusolek.
Jurusolek plak bukan yang cikai2 punya jurusolek..Kebanyakan mereka adalah
jurusolek artis, dan mereka sendiri mengakui produk face mist keluaran Herlysa
Vegan ini sangat best kesannya terhadap kulit.
De’Figues Face Mist ini boleh digunakan sama ada sebelum mahupun selepas
bersolek. Jom tengok apa kelebihan yang ada pada De’Figues Face Mist ini:
i) Mengandungi AHA
untuk mengurangkan hiperpigmentasi. Ianya dapat membantu menanggalkan sel-sel
kulit mati dan mempercepatkan regenarasi sel-sel kulit akibat jerawat sehingga
kulit wajah akan kelihatan cerah, kenyal & segar
ii) Make-up lebih tahan lama tau. If korang sembur sebelum bersolek, ianya dapat
membantu mengecilkan liang-liang pori. So takdela make up korang tersumbat
dekat pori muka. Manakala kalau korang sembur selepas bersolek, fuhhh...solekan
korang memang nampak lagi glowing. Yang ni Achik tak dapat nafikan. Malah kawan
Achik pun turut tegur make up Achik nampak lebih cantik.
iii) Wajah terasa lebih segar. Macam mana pula wajah lebih segar? Campuran mineral
dan ekstrak buah tin yang ada dalam face mist tersebut membantu seimbangkan pH
kulit dan mengurangkan kesan dedahan kulit wajah pada pencemaran sekeliling dan
sinaran UV.
iv) Bertindak sebagai pelembap sebelum bersolek. Face Mist
Herlysa mengandungi bahan-bahan seperti Aloe Vera, Vitamin E, Witch Hazel dan
Glycerin yang dapat melembapkan kulit wajah.
v) Bertindak sebagai make-up fixing spray. Ianya dapat
mengelakkan make-up dari cair kerana ada kandungan menthol dalam tu. Bila
korang sembur face mist ni pada muka, fuhhhh...rasa sejuk jer muka tu...
vi) Aromaterapi untuk
menghilangkan spray & mengantuk. Memang tak dapat dinafikan bau face mist
wangi dan menyegarkan.
Mudah sahaja penggunaan Face Mist ni. Korang just perlu sembur wajah dari jarak 5 inci. Jangan lupa tutup mata tau kerana dikhuatiri kandungan menthol yang ada dalam face mist akan memedihkan mata korang. Gunakan hujung jari & urutkan perlahan-lahan dimuka agar face mist dapat meresap ke dalam kulit. Dah 2 minggu Achik gunakan face mist ni dan Achik memang bawa face mist ni ke mana sahaja. Kalau lepas waktu bekerja & Achik perlu hadir ke mana-mana event, Achik hanya semburkan sahaja face mist di wajah, dan make-up yang memang ada pada wajah Achik akan nampak glowing..Muka nampak lebih bermaya.
Lagi menggembirakan adalah harga De'Figues Face Mist keluaran Herlysa Vegan ni hanya RM40.00 sebotol dengan isian 30 ml. Harga mampu milik untuk produk yang sangat berkualiti !
Untuk korang yang berminat untuk dapatkan De'Figues Face Mist keluaran Herlysa Vegan ini, jangan lupa layari dan buat pembelian secara atas talian dengan cara klik di SINI & korang akan terus di bawah ke laman web Herlysa Vegan.
Selain De'Figues Face Mist, Herlysa Vegan turut mengeluarkan produk R'Seven dan yang terbaru adalah Double Serum.
Selain De'Figues Face Mist, Herlysa Vegan turut mengeluarkan produk R'Seven dan yang terbaru adalah Double Serum.
R'Seven mengandungi Day Cream, Night Cream & Whitening Soap
De Figues Double Serum
Website : www.herlysa.com
Facebook : www.facebook.com/HerlysaVegan
Instagram : www.instagram.com/herlysa.vegan
Alamat:
93-1 SECC Mall,
Jalan Cattleya 9, Persada Cattleya,
70450 Senawang,
Negeri Sembilan
Email:
sislysa@gmail.com
Telefon:
013-602 6521
Alamat:
93-1 SECC Mall,
Jalan Cattleya 9, Persada Cattleya,
70450 Senawang,
Negeri Sembilan
Email:
sislysa@gmail.com
Telefon:
013-602 6521
Achik dah jatuh cinta dengan De'Figues Face Mist Herlysa Vegan
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment