Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Majlis kahwin
beramai-ramai sesuatu yang tidak asing lagi di Malaysia dan ianya telah menjadi
trend di kalangan masyarakat kita. Tapi Achik tak pernah lagi dapat undangan
untuk menghadiri majlis perkahwinan beramai-ramai ini, so tak tahu bagaimana
meriahnya majlis seperti ini. Pada 12 Ogos 2017, Achik telah diundang untuk menghadiri
Mega Wedding Malaysia 3.0 iaitu
Majlis Perkhawinan Beramai-ramai Eksklusif di Marina Putrajaya. Mega Wedding
Malaysia 3.0 kali ini meraikan 10 pasangan raja sehari yang telah memberi
kepercayaan kepada mereka untuk merealisasikan majlis yang gilang-gemilang
mengikut lunas Islam.
Kalau
korang nak tahu, Pakej Perkahwinan Lengkap Beramai-Ramai Eksklusif yang
diadakan oleh syarikat Mega Wedding Malaysia ini sangat menjimatkan kos.
Sungguhpun kos yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding majlis perkahwinan
yang diadakan sendiri, tetapi suasana, kemeriahan, pelamin, door gift, makanan,
jurusolek, majlis resepsi dan segala-galanya berkaitan dengan majlis
perkahwinan semuanya ditawarkan oleh Mega Wedding Malaysia dalam pakej
tersebut. Walaupun perkahwinan diadakan secara beramai-ramai tetapi
kemeriahannya sangat luar biasa.
pelamin yang menjadi saksi majlis resepsi 10 pasangan mempelai di Mega Wedding Malaysia 3.0
Kek perkahwinan untuk setiap pasangan
Kek Eksklusif
Kompang 5 Beradik
Pada hari
kejadian, seramai 10 pasangan mempelai telah dinikahkan di Masjid Putra,
Putrajaya. Selepas majlis akad nikah selesai, kesemua 10 pasangan mempelai
telah dibawa belayar menaiki Cruise Putrajaya menuju ke tempat majlis resepsi
di Marina Putrajaya. Best kan..? Kita buat majlis perkahwinan sendiri-sendiri
pun belum tentu ada peluang nak belayar menaiki cruise.
Menurut kata
penganjur Mega Wedding Malaysia, Encik Azahari Azemi, penganjuran Mega Wedding
Malaysia telah pun bermula sejak tahun 2016 dan ianya telah menjadi ikutan dan
pilihan bakal-bakal pengantin memandangkan pakej perkahwinan yang ditawarkan
adalah menarik dengan kos yang lebih rendah.
Mega Wedding
Malaysia menawarkan pakej perkahwinan beramai-ramai yang eksklusif berkonsepkan
Perkahwinan Taman di Tepi Tasik
iaitu di Marina Putrajaya dengan kos RM7,000.00
untuk satu pasangan. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ini adalah untuk
membantu pasangan pengantin dalam meringankan bebanan belanja perkahwinan
tetapi masih berpeluang melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah
dilupakan. Niat murni Mega Wedding Malaysia ini seharusnya dipuji dan ianya
adalah langkah yang bijak memandangkan kos perbelanjaan selepas berkahwin adalah
jauh lebih tinggi dalam menyediakan keperluan rumah tangga dan keluarga. Projek kahwin
beramai-ramai ini tidak bermotifkan keuntungan dan merupakan kesedaran dan
bantuan untuk bakal pengantin dan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
Jom tengok apa
yang pasangan pengantin nikmati dengan bayaran pakej perkahwinan RM7,000.00:
* Tajaan dan pengurusan majlis pernikahan
* Penginapan honeymoon di hotel 5 bintang sekitar Putrajaya
* Pelayaran Cruise di sepanjang Tasik Putrajaya
* Kek gergasi eksklusif
* Media coverage : majalah, akhbar, radio, media elektronik dan lain-lain
* 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
* Menu Briyani istimewa untuk semua jemputan
* Sesi Outdoor Photoshoot "lakeside concept"
* Persembahan Live Band jemputan
* DJ jemputan dan PA System
* Doorgift untuk setiap jemputan
* Kad Kahwin Eksklusif setiap pasangan
* Hand bouquet untuk setiap pasangan
* Kek perkahwinan untuk setiap pasangan
* Videografi coverage sepanjang majlis percuma untuk setiap pasangan
* Hadiah perkahwinan misteri daripada penganjur dan penaja
* Pelamin Eksklusif istimewa
* Pelamin Nikah di dalam Cruise
* Pengurusan majlis nikah di Masjid Putrajaya, Putrajaya
* Parkir untuk pengantin disediakan
* Tiada GST
Untuk pakej tahun 2018, pasangan pengantin boleh 'add-on' pakej berikut:
Pakej Fotografi
RM650 : shoot & burn
RM1,650 : Shoot + softcopy + Album (10x20) + Frame canvas
Pakej Busana
RM650: 1x make up + Busana L/P + Aksesori
Penganjur bersama
majlis ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering
Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI
Putrajaya.
Senarai Penaja Untuk Mega Wedding Malaysia 3.0 yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2017:
1)
Ampire Events
2)
Eddie Photo Video
3)
Yann Rifft Team (Makeup)
4)
Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)
Fynaz Wedding Favors
6)
Butik Norjuma
7)
Masjid Putra, Putrajaya
8)
Shangri-La Putrajaya
9)
Marina Putrajaya
10) Cruise Tasik Putrajaya
Potret bersama-sama keluarga
potret kenangan mempelai bersama ibu bapa tercinta
potret kenangan mempelai bersama ibu bapa tercinta
Meriahkan majlis perkahwinan beramai-ramai ni..Kalau ada antara korang yang berhajat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018, apa kata korang usha Pakej Perkahwinan Lengkap Beramai-Ramai Eksklusif ini. Mega Wedding Malaysia dah pun keluarkan tarikh mega wedding untuk tahun 2018 iaitu pada 03 Mac, 30 Jun, 04 Ogos dan 03 Nov 2018.
Untuk maklumat lanjut mengenai MEFA boleh layari :
Website : www.mefa.my
Facebook : www.facebook.com/mefaevent
Instagram : www.instagram.com/mefapengantin
Telefon : 012-387 1775 (En Azahari)
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment