Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tahniah diucapkan buat pemilik Alainn Clinic & Medispa atas kejayaan pembukaan cawangan kedua yang terletak di Platinum Park, Persiaran KLCC Kuala Lumpur. Pemiliknya ialah Dr. Nurul Ain Abdullah yang merupakan ibu kepada tiga orang anak. Dr. Nurul Ain merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan kecemasan, perubatan pecegahan, penjagaan kesihatan utama, ibu dan kanak-kanak. Berbekalkan pengalaman dan ilmu dalam bidang perubatan, Dr. Nurul Ain telah membangunkan program rawatan professional di Alainn.
Dr. Nurul Ain (bergaun putih) bersama-sama dengan ahli keluarganya yang banyak memberikan sokongan
Pengalaman Dr. Nurul Ain dalam bidang estetika telah membolehkan beliau mengenal pasti masalah utama yang mempengaruhi kecantikan kebanyakan wanita. Disebabkan itu, nama Alainn telah dipilih sebagai nama clinic dan medispa beliau. Kalau korang nak tahu sebutan Alainn ini adalah 'aw-lin' merupakan perkataan lama Irish yang membawa maksud 'cantik'.
Bilik rawatan di Alainn Clinic & Medispa Kuala Lumpur
Di Alainn Clinic & Medispa, pelbagai rawatan kecantikan ditawarkan termasuklah facials, laser therapy, radio frequency therapy, platelet rich plasma, derma fillers, anti-aging, weight loss management dan banyak lagi. Berikut adalah antara nama rawatan yang ditawarkan:
'Yummy Mummy' - membantu wanita menghilangkan kesan kehamilan dan melahirkan anak pada badan mereka dengan menangani masalah seperti kulit menggelebeh, stretch mark dan selulit dengan pendekatan yang holistik dalam membentuk semula kontur badan.
'FemiVa' - satu lagi idea baru yang menarik yang telah membangkitkan keghairahan feminin dengan menggabungkan prosedur tidak invasif untuk meremajakan vulva dan vagina - memberikan wanita perasaan dan kelihatan lebih muda.
'Smart Sculpting' - membolehkan orang ramai untuk menghilangkan lemak degil dengan terapi kelas perubatan bukan pembedahan yang terbaik dalam persekitaran yang santai dan selesa.
Menurut Dr. Nurul Ain, intipati anti penuaan semuanya terletak pada minda dan badan yang sihat, manakala prosedur perubatan estetik ini hanya untuk melengkapi proses semula jadi ini. Selain rawatan estetika, Alainn turut mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit jenamanya termasuklah pencuci muka, serum, essence, sunscreen dan banyak lagi. Penggunaan produk ini bersama-sama dengan rawatan perubatan estetika mampu memberikan kesan dan hasil yang lebih baik.
Skincare product jenama Alainn
Semasa majlis pembukaan cawangan kedua Alainn Clinic & Medispa tersebut Achik sempat mencuba rawatan Laser Lip Rejuvenation. First time Achik cuba rawatan laser di bibir dan rasa teruja dengan hasilnya. Baru rawatan kali pertama, terasa bibir Achik lebih lembut. Kalau buat sehingga 6 kali rawatan, memang bibir Achik boleh jadi merah-merah pink dan nampak lebih mungil. Rawatan Laser Lip Rejuvenation ini membantu menghilangkan lingkaran gelap pada bibir dan kembalikan kemerahan bibir korang..
Selepas rawatan Laser Lip Rejuvenation bibir akan bertanda putih putih macam dalam gambar ni. Jangan risau tanda putih tu akan hilang dalam tempoh 30minit. korang boleh minum dan makan macam biasa tapi jangan makan pedas
Untuk makluman lanjut berkaitan Alainn Clinic & Medispa, layari:
Website: http://alainnmedispa.com
Instagram: https://www.instagram.com/alainnclinic
Lokasi:
Alainn Medispa
J-2-3 Jalan SS7/26
Park Lane Commercial Hub
Kelana Jaya, 47301 PJ
Tel: 03-7887 6499
Whatsapp: 012-271 0301
Waktu operasi: 9.30 am - 6.00 pm (Isnin hingga Sabtu)
Alainn Kuala Lumpur
Platinum Park, Unit 2-1 Menara Felda
11 Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 9.30 am - 6.00 pm (Isnin hingga Sabtu)
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment