Tuesday, August 08, 2017

Formulasi Baru SAFI Balqis dengan OxyWhite

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Produk Safi Balqis sememangnya sudah lama berada di pasaran. Dah bertahun ok. Sejak zaman Achik sekolah lagi, Achik memang menggunakan pencuci muka keluaran Safi. Terbaru, Safi Balqis kini tampil dengan formulasi baru dalam rangkaian penjagaan kulit yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit tampil lebih sihat dan cerah sempurna.

Memahami dengan tuntutan gadis dan kaum wanita pada masa kini yang sangat menitikberatkan pelindungan wajah yang tercemar dengan sinaran UV, SAFI memperkenalkan produk SAFI BALQIS OxyWhite. Produk Safi Balqis OxyWhite ini mampu memberikan kulit 2 tona lebih cerah, menjadika kulit lebih sihat secara semulajadi dan dapat mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.


Kalau korang perasan kan, SAFI kerap menghasilkan produk baru dalam rangkaian penjagaan kulit. Walau pun kerap tampil dengan produk baru, SAFI sangat menitikberatkan kualiti produk dan keberkesanannya. Sebab itu setiap kali ada kelahiran produk baru, produk tersebut telah melalui proses penyelidikan terlebih dahulu oleh pasukan SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya.


Macam mana sebenarnya formulasi OxyWhite ini terhasil ? untuk makluman korang, Formulasi OxyWhite ini dihasilkan daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano BioWhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.

Sungguhpun menggunakan formulasi baru, SAFI turut mempertingkatkan keberkesanan formulasi sedia ada dalam Safi Balqis. Formulasi bau SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


Untuk tujuan review ini, Achik berpeluang untuk mencuba sendiri produk Safi Balqis OxyWhite dari Set Ayu. Dalam set ni ada Pembersih Muka Kawalan Minyak dan Jerawat, Penyegar (percuma) dan Pelembab Gel. Sebelum dapat offer untuk review produk Safi Balqis OxyWhite ini, Achik sememangnya telah pun menggunakan Pembersih Muka Kawalan Minyak dan Jerawat. So far Achik memang puas hati dengan pembersih muka ini.

Jom tengok apa yang menariknya dengan produk dari rangkaian Safi Balqis OxyWhite ini:


Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat

* Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
* Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit
* Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
* Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat



Penyegar Bebas Alkohol

* Mengecilkan liang pro agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
* Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
* Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol 



Safi Balqis OxyWhite Pelembap Gel

* Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
* Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
* Asid Hialuronik member lembapan mendalam dan berpanjangan
* Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
* Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang atau pun malam

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi rangkaian produk SAFI Balqis Oxywhite selain daripada yang Achik kongsikan di atas, korang boleh layari fb, ig dan channel youtube Safi Malaysia di alamat berikut:


~ Achik Huda ~

1 comment:

  1. Sometime few educational blogs become very helpful while getting relevant and new information related to your targeted area. As I found this blog and appreciate the information delivered to my database.
    อาหาร เสริม mega

    ReplyDelete