Tuesday, August 01, 2017

Lindungi Mahkota Wanita | Syampu Safi Shayla Direka Khas Untuk Wanita Bertudung

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Penjagaan rambut untuk wanita yang bertudung sememangnya agak rumit sekiranya salah dalam membuat pilihan produk penjagaan rambut anda. Harus diingat, rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Rambut yang rosak, gugur serta berkelimumur sedikit sebanyak akan mengganggu keyakinan seseorang wanita itu untuk tampil di khalayak ramai. Jadi, sekiranya kaum wanita ingin memiliki rambut yang menawan, penjagaan yang rapi tidak kura dalam apa jua keadaan perlu dititikberatkan.

Antara varian Syampu SAFI Shayla

SAFI Shayla telah pun dilancarkan sejak Oktober 2013 khusus untuk penjagaan rambut wanita yang bertudung. Syampu SAFI Shayla terdiri daripada 8 varian dan setiap varian tersebut mempunyai khasiat Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan dalam merawat dan menjaga rambut wanita.



Mahsuri Sulaiman selaku Pengurus Kumpulan Produk SAFI turut bersetuju dengan khasiat Habbatus Sauda yang telah menjadi santapan utama sejak zaman Junjungan Mulia Rasullullah S.A.W.

Tak dapat dinafikan banyak produk penjagaan rambut berjenama antarabangsa di luar sana yang menjanjikan macam-macam kebaikan buat rambut wanita bertudung. Achik sendiri telah mencuba pelbagai jenama Shampu untuk merawat masalah kulit kepala Achik yang berminyak dan masalah scalp’. Kalau korang nak tahu, masalah ‘scalp’ ni berpunca daripada kulit kepala yang berminyak. Setelah Syampu SAFI Shayla Kawalan Minyak, masalah ‘scalp’ di kepala Achik semakin hari semakin berkurang. Syampu SAFI Shayla Kawalan Minyak ini dirumus khas untuk mengawal lebihan minyak di kepala. Tak dapat dinafikan, masalah ‘scalp’ dan kulit kepala berminyak akan menyebabkan kegatalan dan bau hapak pada rambut Achik. Tapi kini tidak lagi. Haruman Syampu SAFI Shayla ni pun sangat wangi dan kekal lama dikepala.

Achik guna Syampu SAFI Shayla Kawalan Minyak dengan Perapi Rambut warna purple ni

Walaupun jenama SAFI ini tidak se gah dengan jenama syampu antarabangsa, namun SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Nampak kan…Syampu SAFI Shayla Berjaya memperoleh kepercayaan dan sokongan daripada pengguna-pengguna yang telah mencubanya.

Untuk 8 varian syampu SAFI Shayla ini, korang boleh dapatkan nya dalam bungkusan botol atau pun dalam bungkusan fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Syampu SAFI Shayla layari:


~ Achik ~



No comments:

Post a Comment