Saturday, September 30, 2017

Enchanteur STUNNING : Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jenama Enchanteur sememangnya tidak asing lagi dikalangan kaum hawa. Malah Wangian Enchanteur ni dah begitu lama berada di pasaran. Bayangkan dari zaman mak Achik lagi dah guna bedak Enchanteur. Sesuai dengan peredaran zaman, Enchanteur tampil dengan wangian Stunning yang cukup harum semerbak.

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

.

Achik tak tipu…losyen wangian Stunning ni memang sangat wangi..Itu baru losyen, belum lagi semburan EDT nya..sudah pasti bau wangian Stunning ni dapat memukau mereka yang berada di sekeliling korang.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Cantikkan bentuk botol minyak wangi EDT jenama Enchanteur ni

Nak dapatkan wangian dan produk penjagaan diri jenama ENCHANTEUR ni mudah sahaja kerana majoriti pasaraya dan kedai-kedai keperluan peribadai ada menjual produk jenama Enchanteur.

Harga runcit produk jenama Enchanteur:

* EDT 50ml = RM28.20 (termasuk GST)
* Losyen (pelbagai saiz) = harga dari RM5.40 hingga RM17.60
* Deodoran (stik / bebola / semburan) = harga dari RM4.90 hingga RM8.40
* Bedak = harga dari RM4.40 hingga RM11.80

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, layari www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY. 



 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment