Tuesday, September 27, 2016

SISTA Malaysia - Easy go Data & Sync Cable Berkualiti Untuk Keperluan IT Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Achik nak tanya ni...Kebiasaannya berapa lama cable telefon pintar korang mampu bertahan? Hehehe...Baik jawab dengan jujur..

Kalau korang nak tahu, cable telefon pintar Achik memang selalunya tak tahan lama walau pun cable yang original. Kalau kita tengok pun cable telefon pintar sekarang pun tak semuanya berkualiti. Malah sekiranya kerap digunakan sewaktu korang tengah ‘charge’ telefon pintar, lagi cepat rosak di bahagian hujung cable tu apabila selalu sangat ianya dibengkokkan.

Apa nak susah...kalau cable telefon pintar rosak, beli sahaja kat kedai. Zaman teknologi sekarang, kedai aksesori telefon dah tumbuh macam cendawan. Cable telefon pintar ada yang dijual serendah RM10.00. Tetapi sejauh mana ketahanan cable tu? Korang yang beli, korang yang guna, korang sendiri tahu kualitinya.

Actually, jujur Achik katakan yang Achik dah fed up dengan cable micro USB jenama R yang Achik beli dari satu kedai aksesori telefon ni. Kalau Achik sebut nama kedai, korang mesti tahu punya. Cable yang Achik beli hanya bertahan paling lama sebulan sahaja. Paling cepat pula satu minggu. Kalau setiap kali beli harga RM15-RM18, kalau dah 3 kali beli, korang kiralah sendiri berapa jumlah yang Achik dah belanjakan untuk cable telefon pintar sahaja.


Baru-baru ini Achik diperkenalkan dengan satu lagi jenama aksesori telefon, iaitu SISTA. Kalau korang nak tahu, SISTA di berasal dari Hong Kong manakala Ibu Pejabatnya terletak di Shenzhen. Kewujudan aksesori telefon jenama SISTA ini merupakan idea daripada sekumpulan generasi muda yang sangat berminat dengan dunia teknologi. Pengasasnya dan pasukan reka bentuk serta beberapa ahli yang berasal dari Shenzhen, Hong Kong dan Malaysia mempunyai minat yang mendalam tentang pembangunan industri, budaya hidup dan seni reka bentuk mengikut gaya terkini. SISTA sangat menitikberatkan proses pengeluaran pada setiap aksesori telefon yang dikeluarkan agar ianya mencapai standard yang tinggi dari segi kawalan kualiti, inovasi dan utiliti.


Sejak cable telefon pintar Achik rosak, Achik cas telefon pintar Achik guna cable kamera digital. Nasib baiklah boleh telefon pintar Achik ni boleh support cable tu..Kalau tak, memang parah sangat. Tapi sekarang ni, Achik tak perlu risau lagi. Achik dah ada EASY GO series – Charge & Sync cable dari SISTA. Apa yang Achik suka sangat dengan cable SISTA ni, hujung cable tu tak mudah bengkok / ‘patah’ seperti cable lama telefon pintar yang Achik gunakan sebelum ni. Lega sangat rasanya. Akhirnya dah jumpa cable telefon pintar yang sesuai ! Bukan sahaja boleh cas telefon pintar, tapi boleh digunakan untuk transfer data dari telefon ke PC / Laptop.

Boleh transfer data dari digital kamera juga

Jom tengok apa lagi kelebihan yang ada pada SISTA EASY GO series – Charge & Sync cable:


Cable yang cute dan lebih praktikal
Proses pemindahan data lebih cepat
Tempoh mengecas lebih pantas. Boleh cas bateri kamera Achik juga tau !
Selamat digunakan
Wayar yang disaluti silikon yang berkualiti dan mempunyai warna yang menarik
Reka bentuk yang rata, tidak mudah terbelit & mudah disimpan
Model: ST-D02PV = 220mm / 2.1 A

Boleh digunakan bersama dengan powerbank

Yang Achik gunakan ni model ST-D02PV yang direka untuk micro USB. Harga pasaran adalah RM29.00. Kalau korang pengguna Iphone, jangan risau...SISTA juga ada keluarkan cable yang sama iaitu model ST-D02PI. Yang pasti, kedua-dua cable ini mempunyai beberapa pilihan warna yang menarik.


ST-D02PV untuk Micro USB

ST-D02PI for Lightning

Selain cable yang Achik gunakan ni, banyak lagi cable serta aksesori telefon lain yang boleh memenuhi keperluan korang. SISTA Malaysia ada jual power bank, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan macam-macam lagi.

Nak dapatkan maklumat lanjut tentang aksesori lain yang dijual oleh SISTA Malaysia, korang boleh Like FB SistaMalaysia


Direct link untuk ketahui lokasi kedai :

Web: 

Hubungi :
03-89417677

~ Achik ~

1 comment:

  1. Suka design dia... tk perlu berbelit susah nk simpan mcm kebnyakan chrger

    ReplyDelete