Assalamualaikum
dan salam salam sejahtera...
Syukur
sangat rasanya apabila Achik turut diundang ke InvolveAsia Affiliate Workshop
yang telah diadakan pada 19 Ogos 2016 yang lalu. Banyak sangat ilmu pengetahuan
yang telah dikongsi oleh mereka yang pakar dari InvolveAsia berkaitan kerjaya
‘blogging’ ini. Apabila menceburi bidang penulisan blog ini, antara cabaran
yang dihadapi oleh setiap blogger adalah bagaimana untuk memastikan bilangan
pembaca yang berkunjung ke blog mereka naik dari semasa ke semasa. Walau pun
bilangan pembaca yang berkunjung ke blog kita ramai, tetapi ianya tetap
mencabar untuk mengekalkan kuantiti pembaca yang berkunjung berada pada tahap yang
memberangsangkan.
Sesi perkongsian ilmu berkaitan
Affiliate Programme oleh pihak Involve Asia
Antara
topik menarik yang telah dikongsikan semasa Involve Asia Affiliate Workshop
tersebut adalah:
* Pengenalan berkaitan Involve Asia Affiliate Programme yang sedikit sebanyak dapat membantu para Blogger untuk menjana pendapatan melalui perkongsian topik di Blog
* Pengenalan berkaitan Involve Asia Affiliate Programme yang sedikit sebanyak dapat membantu para Blogger untuk menjana pendapatan melalui perkongsian topik di Blog
* The power of affiliate marketing by optimizing your blog
Tahniah
diucapkan buat Involve Asia atas inisiatif mengadakan workshop ini untuk
sama-sama berkongsi ilmu kepada para Blogger untuk menjana pendapatan melalui
minat penulisan Blog.
Selain
itu, turut bekerjasama dalam Involve Asia Affiliate Programme ini adalah
Nestle dan Nescafe. Satu demo dan perkongsian ilmu berkaitan mesin terbaru keluaran
Nestle telah diadakan pada hari yang sama. Nestle dan Nescafe berbesar hati
memperkenalkan Nescafe Gold Blend Barista Machine yang mampu menghasilkan 5 stail kopi hanya dengan 1 klik
sahaja.
Sesi penerangan dan demonstrasi
penggunaan mesin Nescafe Gold Blend Barista
Untuk
makluman semua, Achik telah pun mencuba sendiri mesin Nescafe Gold Blend Barista ini untuk menghasilkan kopi kegemaran
Achik. Mudah sangat apabila sebagai seorang peminat tegar kopi, Achik memiliki
mesin ini untuk menikmati kopi di rumah mahu pun di pejabat. Saiznya yang kecil
dan menjimatkan ruang sememangnya senang di bawa ke mana-mana sahaja. Apa yang
penting, tempat yang dituju mestilah ada ‘power supply’ kan. Barulah mesin
Nescafe Gold Blend Barista boleh berfungsi.
Pastikan mesin yang dibeli adalah
mesin yang asli dan mempunyai logo Nescafe
Gold Blend Barista di atasnya
Seperti
yang Achik maklumkan sebelum ini, mesin Nescafe Gold Blend Barista ini boleh menghasilkan 5 stail kopi dengan hanya 1 klik.
5 stail kopi tersebut termasuklah Latte,
Cappuccino, Espresso, Lungo dan Americano. Bersesuaian dengan namanya,
mesin Nescafe Gold Blend Barista ini hanya boleh digunakan bersama dengan Nescafe Gold sahaja ! Jangan sesekali
menggunakan Nescafe jenis Classic, Blend & Brew atau apa sahaja jenis kopi
selain daripada Nescafe Gold. Antara
kelebihan yang ada pada kopi dari Nescafe Gold ini adalah kopi kering yang
dibekukan menggunakan teknologi premium yang terkini, mempunyai aroma yang
tersendiri dan dihasilkan daripada biji kopi Arabica dan Robusta yang
berkualiti tinggi.
5 pilihan stail kopi ala Barista
yang boleh dihasilkan oleh mesin Nescafe Gold Blend Barista
Kalau
sebelum ini sekiranya Achik ingin nikmati ‘Barista Style Coffee’ mesti Achik
perlu ke coffee house atau mana-mana cafe yang berdekatan. Tapi dengan adanya
mesin Nescafe Gold Blend Barista
ini, kehidupan Achik untuk menikmati kopi lebih mudah. Hanya perlu letak kan
cawan dan hasilkan kopi stail barista dengan hanya 1 klik. Mudah dan
menjimatkan serta boleh menikmati kopi kegemaran Achik pada bila-bila masa
sahaja.
Hot Cappucino dari mesin
Nescafe Gold Blend Barista
Latte Macchiato dari mesin
Nescafe Gold Blend Barista
Jom
saksikan video ini untuk ketahui macam mana mesin Nescafe Gold Blend Barista ini menghasilkan Cappuccino dan Latte
Macchiato kegemaran Achik..Untuk menghasilkan Latte Macchiato dan Cappuccino,
pastikan creamer / susu diisi terlebih dahulu ke dalam cawan mengikut sukatan
yang telah ditetapkan.
Link
video:
Cappuccino
Latte Macchiato
Mesin ini turut didatangkan dengan manual pengguna. Jadi, jangan risau. Manual Pengguna yang diberikan sangat terperinci maklumatnya terutama maklumat berkaitan penggunaan kali pertama, cara-cara menghasilkan kopi mengikut pilihan pengguna, kuantiti susu, saiz cawan yang diperlukan, cara mencuci mesin dan sebagainya. Jadi, tunggu apa lagi...Sekiranya anda peminat kopi, Achik memang syor pada anda mesin Nescafe Gold Blend Barista ini.
Macam mana hendak dapatkan mesin Nescafe Gold Blend Barista ini?
Untuk makluman anda, mesin Nescafe Gold Blend Barista ini akan mula dilancarkan penjualannya di Lazada pada 14 September 2016. Sempena pelancaran jualannya di Lazada, Lazada turut menawarkan harga promosi yang menarik untuk direbut oleh anda semua.
Promosi Pelancaran : ‘Nescafe Barista Machine beserta 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar dan 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack’
Jadi, pastikan anda tak terlepas peluang untuk dapatkan combo mesin Nescafe Gold Blend Barista + 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack dengan harga pelancaran yang pastinya lebih menjimatkan.
Layari www.lazada.com.my/nescafe-barista/ untuk membuat pembelian.
Layari www.lazada.com.my/nescafe-barista/ untuk membuat pembelian.
~ Achik ~
bestnya... nak satu kat rumah :(
ReplyDelete