Sunday, September 11, 2016

Promosi Terbaru di D'Kayangan Steamboat Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...sekali lagi berkesempatan untuk makan steamboat dan grill di D’Kayangan Steamboat Shah Alam. Sebelum ni Achik dah beberapa kali makan di sini dan beberapa kali juga berkongsi dengan korang tentang promosi yang berlangsung di D’Kayangan Steamboat Shah Alam..Kalau masih ingat, Achik pernah berkongsi dengan korang tentang Promosi Brunch On Sunday di D’Kayangan Steamboat..buat yang terlupa, nah Achik sertakan link entry sebelum ni untuk korang baca http://achikhuda.blogspot.my/2016/04/brunch-on-sunday-telah-bermula-di.html

Kalau korang nak tahu, Brunch on Sunday di D’Kayangan Steamboat masih lagi berlangsung hingga kini. Cumanya, sekarang ni harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding sebelum ini...!! Nak tahu berapa? Jeng Jeng Jeng....

Promosi SYOK SUNDAY FAMILY DAY yang berlangsung pada setiap hari ahad ini hanya berharga RM22.90 untuk seorang dewasa dan RM9.90 untuk kanak-kanak. Seperti biasa, konsep brunch (breakfast & lunch) ini bermula pada jam 12 tengahari hingga 3 petang. Murah kan..!!! Lebih murah dari harga yang ditawarkan sebelum ini.


Walau pun harganya lebih murah, tetapi pilihan makanannya tetap sama seperti dulu..Macam-macam jenis pilihan makanan laut, ayam, daging, ikan, sotong, udang yang telah diperap, bebola, makanan bergoreng, sayur-sayuran, noodle, pencuci mulut, ABC, aiskrim, ice monster. minuman panas, minuman sejuk dan yang paling best Kambing Panggang tetap ada dihidangkan buat korang..!!

Pelbagai jenis ayam, udang, daging, ikan, sotong yang telah diperap dengan pelbagai rasa. Otak-otak pun ada

Makanan laut yang pelbagai...Ada ketam, kerang, udang, dan macam-macam lagi. yang pasti semuanya segar.

Sayur-sayuran yang hijau-hijau

Pilihan mee dan telur untuk direbus dalam sup atau tomyam

Achik memang gemarkan makanan goreng di buffet steamboat di D’Kayangan ni. Masakan mee goreng & kuey teow gorengnya memang sedap. Semua makanan di buffet steamboat D’Kayangan ini diilhamkan oleh Chef Shanizam yang dah berpengalaman lebih 15 tahun. Setiap menu baru yang diperkenalkan akan melalui beberapa proses tapisan sehingga ianya betul-betul menepati selera pihak pengurusan D’Kayangan Steamboat yang dijamin dapat memenuhi selera para pelanggan yang hadir.

Pelbagai jenis bebola..ini adalah sebahagian daripadanya...

Antara makanan goreng-goreng

Kambing panggang

Untuk kuah steamboat, korang diberi pilihan sama ada nak tomyam atau pun sup ayam. Sebab Achik sukakan yang pedas-pedas, Achik pilih tomyam. Tapi, sup ayam di sini pun boleh tahan rasanya. Kalau bawa anak-anak kecil, mungkin sesuai untuk korang pilih sup ayam. Sup nya jadi bertambah sedap bila dah masak macam-macam makanan laut dalam tu.

Sup tomyam yang sedap..!

Untuk yang berminat nak nikmati SYOK SUNDAY FAMILY DAY ni, korang dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi memastikan proses penyediaan makanan lebih lancar. Sebabnya waktu operasi D’Kayangan Steamboat adalah bermula pada jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Cumanya harga berbeza ditawarkan bagi waktu operasi disebelah petang dan malam iaitu RM33++ untuk dewasa dan RM18++ untuk kanak-kanak. Walau berbeza harganya, tetap murah dan berbaloi serta korang boleh menikmati buffet steamboat lebih lama..sehingga 12 tengah malam kan..

Selain daripada promosi SYOK SUNDAY FAMILY DAY, banyak lagi promosi yang sedang berlangsung di D’Kayangan Steamboat seperti berikut:

PROMOSI HARI MALAYSIA

Sempena bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia, D’Kayangan Steamboat sedang mengadakan promosi dengan tambahan beberapa menu utama dalam hidangan buffetnya pada harga yang masih sama..Antara menu tambahan adalah Roti Benggali + Sup Kambing, Sayur Campur Stail Cina, Chicken 65, Nasi Pelangi, Devil Beef Curry, Nasi Lemak, Mee Mamak dan banyak lagi..


 
Sayur campur stail cina & Nasi Pelangi

PROMOSI BELI 8 PERCUMA 2 !

Voucher beli 8 percuma 2 turut ditawarkan kepada pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM150. Voucher tersebut boleh digunakan pada pembelian akan datang. 

Oh ye...korang jangan lupa follow blog Achik & nantikan slot giveaway...Ada voucher menarik dari D'Kayangan Steamboat yang Achik nak kongsikan dengan korang semua...



Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi terkini di D'Kayangan Steamboat, jangan lupa like dan follow FB & Instagram rasmi D'Kayangan:


Untuk tempahan, hubungi 012-297 1091 / 03-5523 4979

~ Achik ~







No comments:

Post a Comment