Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Achik
nak tanya ni...Kebiasaannya berapa lama cable telefon pintar korang mampu
bertahan? Hehehe...Baik jawab dengan jujur..
Kalau
korang nak tahu, cable telefon pintar Achik memang selalunya tak tahan lama
walau pun cable yang original. Kalau kita tengok pun cable telefon pintar
sekarang pun tak semuanya berkualiti. Malah sekiranya kerap digunakan sewaktu
korang tengah ‘charge’ telefon pintar, lagi cepat rosak di bahagian hujung
cable tu apabila selalu sangat ianya dibengkokkan.
Apa
nak susah...kalau cable telefon pintar rosak, beli sahaja kat kedai. Zaman
teknologi sekarang, kedai aksesori telefon dah tumbuh macam cendawan. Cable
telefon pintar ada yang dijual serendah RM10.00. Tetapi sejauh mana ketahanan
cable tu? Korang yang beli, korang yang guna, korang sendiri tahu kualitinya.
Actually,
jujur Achik katakan yang Achik dah fed up dengan cable micro USB jenama R yang
Achik beli dari satu kedai aksesori telefon ni. Kalau Achik sebut nama kedai,
korang mesti tahu punya. Cable yang Achik beli hanya bertahan paling lama
sebulan sahaja. Paling cepat pula satu minggu. Kalau setiap kali beli harga
RM15-RM18, kalau dah 3 kali beli, korang kiralah sendiri berapa jumlah yang
Achik dah belanjakan untuk cable telefon pintar sahaja.
Baru-baru
ini Achik diperkenalkan dengan satu lagi jenama aksesori telefon, iaitu SISTA. Kalau korang nak tahu, SISTA di berasal dari Hong Kong
manakala Ibu Pejabatnya terletak di Shenzhen. Kewujudan aksesori telefon jenama
SISTA ini merupakan idea daripada
sekumpulan generasi muda yang sangat berminat dengan dunia teknologi.
Pengasasnya dan pasukan reka bentuk serta beberapa ahli yang berasal dari
Shenzhen, Hong Kong dan Malaysia mempunyai minat yang mendalam tentang
pembangunan industri, budaya hidup dan seni reka bentuk mengikut gaya terkini. SISTA sangat menitikberatkan proses
pengeluaran pada setiap aksesori telefon yang dikeluarkan agar ianya mencapai
standard yang tinggi dari segi kawalan kualiti, inovasi dan utiliti.
Sejak
cable telefon pintar Achik rosak, Achik cas telefon pintar Achik guna cable
kamera digital. Nasib baiklah boleh telefon pintar Achik ni boleh support cable
tu..Kalau tak, memang parah sangat. Tapi sekarang ni, Achik tak perlu risau
lagi. Achik dah ada EASY GO series –
Charge & Sync cable dari SISTA.
Apa yang Achik suka sangat dengan cable SISTA
ni, hujung cable tu tak mudah bengkok / ‘patah’ seperti cable lama telefon
pintar yang Achik gunakan sebelum ni. Lega sangat rasanya. Akhirnya dah jumpa
cable telefon pintar yang sesuai ! Bukan sahaja boleh cas telefon pintar, tapi
boleh digunakan untuk transfer data dari telefon ke PC / Laptop.
Boleh transfer data dari digital kamera juga
Jom
tengok apa lagi kelebihan yang ada pada SISTA
EASY GO series – Charge & Sync cable:
* Cable
yang cute dan lebih praktikal
* Proses
pemindahan data lebih cepat
* Tempoh
mengecas lebih pantas. Boleh cas bateri kamera Achik juga tau !
* Selamat
digunakan
* Wayar
yang disaluti silikon yang berkualiti dan mempunyai warna yang menarik
* Reka
bentuk yang rata, tidak mudah terbelit & mudah disimpan
* Model:
ST-D02PV = 220mm / 2.1 A
Yang
Achik gunakan ni model ST-D02PV yang
direka untuk micro USB. Harga pasaran adalah RM29.00. Kalau korang pengguna Iphone, jangan risau...SISTA juga ada keluarkan cable yang
sama iaitu model ST-D02PI. Yang
pasti, kedua-dua cable ini mempunyai beberapa pilihan warna yang menarik.
ST-D02PV untuk Micro USB
ST-D02PI for Lightning
Selain
cable yang Achik gunakan ni, banyak lagi cable serta aksesori telefon lain yang
boleh memenuhi keperluan korang. SISTA Malaysia
ada jual power bank, charger, bluetooth earphone, smartphone cover,
smartphone screen film dan macam-macam lagi.
Nak dapatkan maklumat lanjut tentang aksesori lain yang dijual oleh SISTA Malaysia, korang boleh Like FB SistaMalaysia
Nak dapatkan maklumat lanjut tentang aksesori lain yang dijual oleh SISTA Malaysia, korang boleh Like FB SistaMalaysia
Direct link untuk ketahui lokasi kedai :
Web:
Hubungi :
03-89417677
~ Achik ~
Suka design dia... tk perlu berbelit susah nk simpan mcm kebnyakan chrger
ReplyDelete