Monday, September 12, 2016

Terbaru : 8 Pilihan Warna Rouge Edition Souffle de Velvet dari Bourjois Paris

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sumpah ! Pertama kali Achik dengar pasal barangan kosmetik jenama Bourjois ni. Punya banyak dah keluaran barangan kosmetik jenama Bourjois ada di pasaran, tapi Achik baru ketahui tentang jenama ni selepas hadiri Majlis Hi-Tea Bourjois Malaysia sempena memperkenalkan edisi terbaru Rouge Edition, iaitu Souffle de Velvet.

8 pilihan warna koleksi Rouge Edition Souffle de Velvet

Warna No. 8

Kalau korang yang dah biasa dengan jenama Bourjois ni pasti tahu tentang edisi Rouge Edition Aqua Laque yang telah ada di pasaran sebelum ini. Kini, Bourjois Paris melancarkan koleksi terbaru Rouge Edition iaitu Souffle de Velvet yang mempunyai 8 pilihan warna yang menarik, segar dan terang.

Sungguh pun pilihan warna Souffle de Velvet ni nampak terang, tetapi ianya sebenarnya tidak begitu menonjol setelah ianya dicalit pada bibir. Malah Souffle de Velvet ini mudah dipakai dan warna-warnanya tampak lebih elegan.

Jurusolek mencalitkan Souffle de Velvet No. 8 pada bibir Achik

Warna No. 8 ni sesuai sangat dengan warna kulit Achik..nampak lebih natural.

Achik pun sukakan warna No. 7 ni...warnanya ceria dan nampak lebih elegan.

Keluaran terbaru Rouge Edition ini sangat selesa dipakai kerana ianya kaya dengan 'hydration-guarding agents' yang dapat melindungi bibir korang daripada kering. Formula baldu yang digunakan dapat mengekalkan bibir korang sentiasa lembab dan basah untuk tempoh 10 jam. Wah..best !!.. Bermakna, Souffle de Velvet ini bukan sahaja bertindak sebagai lipstik tetapi juga sebagai balsem yang dapat melindungi permukaan bibir korang.

Jangan tak percaya, Rouge Edition Souffle de Velvet ini juga boleh digunakan sebagai blusher. Tak percaya? Meh tengok gambar di bawah. 

Jurusolek profesional menggunakan Souffle de Velvet sebagai blusher

Teknik sapuan Souffle de Velvet pada pipi hendaklah betul agar warnanya sekata

Tara...dah siap pun..

Cantikkan..? Jadi, warna yang mana satu menjadi pilihan korang ? Jom tengok senarai 8 warna yang ditawarkan oleh Souffle de Velvet untuk korang pilih...


01. Orangélique - A fresh and energising orange for a diabolically angelic smile.
02. Coquelic’oh ! - A very dense and bold orange red.
03. VIPeach - Neither orange, nor pink, this coral makes the lips peachy soft.
04. Ravie En Rose - A charming and delicate pink for kissable lips... give in to the temptation... laugh!
05. Fuchsiamallow - Deep and intense pink enhanced by a hint of blue to give all its sweetness and bite.
06. Cherryleaders - The red of the range: a very luscious and dashing cherry red.
07. Plum Plum Pidou - Addicts of bold colours can sleep soundly. They will be delighted with this light-asa-feather plum.
08. Carameli Melo - A subtle alchemy of nude, brown and pink for a shade that will make you lose your composure!


Jangan lupa dapatkan koleksi Rouge Edition Souffle de Velvet di mana-mana cawangan Watsons yang berdekatan anda. Tampil ceria dan elegan dengan warna bibir yang matte tetapi lebih segar dan cerah dengan Souffle de Velvet.


~ Achik ~

2 comments:

  1. cantik kaler no 4 tu mcm ala2 nude kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no 4 tu if tak silap warna tu la yang jurusolek profesional guna as blusher pada model...setahu Achik warna nude ada dalam koleksi Rouge Edition Velvet...warna Happy Nude-Year & Nude-ist

      Delete