Sunday, April 24, 2016

Meriahnya Makanan di Aunty Tartlets Cafe Seremban 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekali lagi Achik menerjah masuk ke kedai makan untuk rasa kesemua makanan yang ada. Kali ini, kedai makan yang terpilih adalah Aunty Tartlets Cafe yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Kredit pic to UncleZuan

Soalan : Aunty Tartlets? Makan tart je ke kat kedai makan ni?

Haaa....meh sini Achik nak story mory dengan korang tentang kepelbagaian makanan yang ada di Aunty Tartlets Cafe.

Cafe yang terletak di Pusat Dagangan Seremban 2 ni menyediakan pelbagai jenis menu makanan termasuklah daripada western food, malay food, chinese food, puff, tart, kek dan lain-lain manisan.

Apa yang menarik perhatian Achik adalah harga yang ditawarkan bagi setiap main dish di Cafe ini sangatlah berpatutan dengan plate yang penuh dengan bahan-bahan antaranya udang, sotong dan ayam. Hidangan berat yang korang boleh makan di Aunty Tartlets Cafe termasuklah Fried Kuey Teow, Cantonese Kuey Teow, Spageti Carbonara, Spageti Bolognese, Baked Macaroni, Lasagna dan Chicken Wrap. Semua menu ini berharga lingkungan antara RM6 hingga RM12 sahaja. !


Cantonese Kuey Teow yang penuh dengan haiwan ni hanya berharga RM8.00 sahaja... I Like !

chicken wrap = RM7.90

Aglio Olio yang banyak Udang dan sotong ini hanya berharga RM12.00

Spageti Carbonara = RM10.00

Perlu diingatkan bahawa, apa yang korang nampak dalam gambar ini, macam tu juga la yang korang akan dapat bila makan di cafe ini. Pasta yang dipesan penuh dengan bahan-bahan dan haiwan-haiwan dapat dinikmati dengan harga yang berpatutan.

Selain hidangan berat yang dinyatakan di atas, roti, mini pizza, churros, chicken sausage dan mini donut juga boleh dijadikan pilihan bagi pengunjung yang ingin spend time dan chit chat dengan kawan-kawan dan family di sini. Kalau teringinkan manisan, Aunty Tartlets Cafe juga menyediakan tarts yang mempunyai pelbagai rasa, cream puff, kek, brownies dan macam-macam lagi. Semua makanan yang Achik nyatakan di atas ini dimasak oleh chef / pekerja di cafe ini yang mana ada di antara mereka mempunyai pengalaman menjadi chef di hotel terkemuka.

Roti, Sausage bun, churros, mini pizza, mini donut

Lasagna, Baked Macaroni, Cheese Tart, Sandwich, Nasi Lemak, Brownie Cheese, Butter Cake, Cream Puff, Pavlova dan macam-macam lagi manisan yang ada di Aunty Tartlets Cafe

Dibuka seawal jam 9.00 pagi, Aunty Tartlets Cafe juga merupakan pilihan terbaik buat mereka yang ingin bersarapan sesuatu yang berat tetapi menjimatkan. Diberi nama Combo Charity, combo ini dihidangkan dengan Nasi Lemak + Teh O Panas/Sejuk hanya dengan harga RM1.50 sahaja ! Walau ianya murah tetapi kualiti Nasi Lemak nya tetap diutamakan. Nasi Lemak di cafe ini menggunakan Beras Basmathi dan dihidangkan dengan sambal, telur, ikan bilis dan kacang goreng. Manakala air Teh O nye pula dihidangkan dalam gelas yang besar. Berbaloikan !

Kredit pic to Nannie Isa

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kalau nak tempat kek, brownie, tart, pavlova atau apa-apa sahaja manisan daripada Aunty Tartlets ni boleh ke. Sudah tentu boleh. Korang yang ingin membuat tempahan, korang dinasihatkan untuk tempah 3 hari lebih awal dari tarikh yang korang nak. Hubungi sahaja pemilik Aunty Tartlets Cafe ini iaitu Kak Amira di talian 019-664 7180 / 06-601 1515 atau pun emel kepada auntytartlets@gmail.com

Beef dan Chicken Lasagna

Buat mereka yang berada di sekitar Seremban tetapi tak tahu nak makan di mana, korang boleh cuba makan di Aunty Tartlets Cafe ini. Tak susah nak cari lokasi cafe ini. Guna waze, korang type je Aunty Tartlets dan waze akan bawa korang betul-betul depan cafe. Korang akan jumpa Mydin Mall Seremban 2 terlebih dahulu dan kemudiannya akan jumpa McDonald Drive Thru di sebelah kiri. Bermakna Aunty Tartlets Cafe yang korang cari dah tak jauh...

Waktu Operasi:
Hari: Selasa hingga Ahad (tutup pada hari Isnin)
Jam: 9.00 pagi hingga 7.00 petang

Alamat:
No. 173, Jalan S2 B22
Pusat Dagangan Seremban 2
Seremban, Negeri Sembilan.



Boleh rujuk gambar di bawah untuk senarai harga makanan di Aunty Tartlets Cafe:



Untuk rujukan korang, Achik sertakan juga link album Gambar-gambar Menu di Aunty Tartlets Cafe yang mampu buat korang terliur..Hehehe...

Achik bagi 5 bintang untuk harga dan makanan di Aunty Tartlets Cafe !

~ Achik ~

6 comments:

  1. ruginya x pergi, x de rezeki kan hihu. harga dia affordable lah, nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...takpe...nanti boleh pergi sendiri. Tak jauh pun seremban 2 tu..
      yup..tula harga di sgt affordable..Haritu tapau Lasagna untuk member...dia tanya berapa harga..bila bagitahu terus cakap murahhhhnyaaaa...sedap plak tu...

      Delete
  2. Banyak nya menu menarik kat sini. lepas ni boleh bawa family datang makan di sini.

    ReplyDelete
  3. Huda.. tekak ni teringat spaghetti olio dia lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..beranang dgn seremban x jauh..ape lagi..bodek la hubby..hihi

      Delete
  4. Harus repeat nak kuey teow goreng!

    ReplyDelete