Tuesday, April 26, 2016

CocoZ.Kr di Sungei Wang Plaza Menampilkan Restoran Korea dan Kedai Aksesori Di Bawah Satu Bumbung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Bintang, dah tak perlu susah payah untuk mencari kedai korea yang menjual makanan dan aksesori korea. Baru-baru ini, Sungei Wang Plaza telah melancarkan pembukaan kedai terbaru berkonsepkan gaya hidup dan budaya Korean di bawah satu bumbung.

Kedai yang diberi nama CocoZ.Kr ini merupakan kedai yang berkonsepkan gaya hidup Korea yang menggabungkan elemen makanan dan fesyen di bawah satu bumbung. Lokasi CocoZ.Kr sangat strategik iaitu terletak betul-betul di pintu masuk Sungei Wang Plaza. Melibatkan 2 tingkat, CocoZ.Kr menawarkan restoran Korea yang terletak di tingkat LG manakala aksesori korea terletak di tingkat bawah restoran. 

tingkat atas CocoZ.Kr yang merupakan Restoran Korea

Tingkat bawah CocoZ.Kr yang merupakan Kedai Aksesori

Susun atur di Tingkat Bawah

Kalau korang nak tahu, CocoZ.Kr ni ibarat macam restoran yang berada di Korea iaitu Restoran Jongno Halmeoni Kalguksu yang cukup terkenal di sana. Kalo yang dah pernah pergi Korea tu tahu la kan…hehehe..Menggunakan resepi turun temurun sejak tahun 1988, mi tepung gandum yang dibuat sendiri dihidangkan dalam dua jenis sup (pedas / tidak pedas) serta mempunyai rasa yang istimewa. Achik dah rasa yang spicy. Untuk tekak Achik yang kuat pedas ni, sup di CocoZ.Kr masih belum cukup pedas. Itulah yang istimewanya makanan Korea ni. Bila dikata pedas, ianya tak pedas sangat. Sesuai untuk mereka yang tak kuat pedas juga. Sebab tu la orang Korea ni akan sediakan sambal cili hijau yang berasingan khas untuk mereka yang kuat pedas macam Achik…hihihi.


Suasana di tingkat atas iaitu ruang restoran

Selain mi, CocoZ.Kr juga menawarkan pencuci mulut yang diberi nama Bingsu. Bingsu merupakan ais batu yang disagat menggunakan mesin dan ianya dihidangkan dengan pelbagai rasa antaranya Mangga, Strawberi, Coklat dan lain-lain.

 
Noodle Spicy & Non Spicy

Dumpling, Kimchi, dan cili hijau

Nasi Goreng Kimchi

Bingsu dengan rasa Mangga dan Strawberi

Senarai menu dan harga

Macam yang Achik beritahu sebelum ini, CocoZ.Kr bukan sahaja menawarkan makanan Korea tetapi turut menyediakan aksesori Korea untuk para pengunjungnya. Lebih menarik lagi, buat mereka yang gemarkan pengilat kuku, korang boleh dapatkan pengilat kuku dengan revolusi terbaru di CocoZ.Kr. Incoco telah terkenal di Korea dan peringkat antarabangsa, kini telah pun dijual di Malaysia. Pengilat kuku dari jenama Incoco ini sangat mudah digunakan dan ianya lebih menjimatkan masa.


Incoco Nail Polish

Kalau pengilat kuku yang jenis cecair, selepas sapu dah tentu korang kena pastikan ianya betul-betul kering. Jadi masa lebih banyak terbuang..betul tak? Tidak dengan Incoco Nail Polish, korang just tampal sahaja pada kuku dan perkemaskannya.

Incoco Nail Polish diperbuat daripada 100% pengilat kuku, menggabungkan 3 lapisan iaitu Base Coat, Color Coat dan Top Coat, telah terbukti mudah digunakan dan memberikan hasil yang professional. Didatangkan dengan lebih 200 reka bentuk dan gaya, mampu bertahan selama 14 hari selepas ianya di tampal pada kuku anda.

Incoco Nail Polish yang telah siap dilekatkan pada kuku Achik

Cara penggunaannya amat mudah dan turut dinyatakan pada pek bungkusan Incoco Nail Polish. Untuk dapatkan video tutorial serta maklumat lanjut berkaitan Incoco Nail Polish, boleh layari www.incoco.com



Lain-lain keperluan penjagaan kuku daripada Incoco

Selain Incoco Nail Polish, peminat fesyen Korea boleh melengkapkan rupa mereka dengan aksesori Korea daripada CocoZ.Kr. Aksesori Korea yang dijual di CocoZ.Kr ini merupakan trend fesyen terkini yang dibawa khas dari jalan Hongdae terus ke Malaysia. Setiap aksesori Korea yang dijual di CocoZ.Kr disediakan dalam jumlah yang terhad dan teliti untuk memastikan kualiti dan rupa bentuk aksesori yang dihasilkan sentiasa unik untuk dipadankan dengan gaya dan personaliti yang berbeza.



Menurut kata Mr. Derrick Tan, Pengerusi Kumpulan Sungei Wang,
Dunia kini sememangnya memberi perhatian dan menggemari budaya hidup Asia terutama makanan dan fesyen. Budaya hidup Korea adalah satu trend yang masih kukuh. Sungei Wang Plaza berbesar hati dan cukup teruja untuk memperkenalkan kedai baru berkonsepkan Korean di Malaysia.




Majlis pelancaran pembukaan CocoZ.Kr turut dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen aksesori Korea yang ada di CocoZ.Kr. Ianya telah digayakan oleh model dengan gaya dan penampilan yang berbeza. Turut hadir ke majlis ini ialah Umie Aida yang merupakan Duta CocoZ.Kr, Megan Tan, Yvonne Sum dan Tuti ASNTM Musim Ke-4.


Dalam sesi temubual, Umie Aida selaku Duta CocoZ.Kr berkata,
Saya sentiasa berminat dengan budaya dan fesyen Korea. Dengan adanya CocoZ.Kr, ianya menjadi tempat sempurna untuk saya hangout dan santai bersama rakan-rakan serta keluarga. Incoco Nail Polish sangat membantu saya dalam penjagaan kuku.

Duta CocoZ.Kr

Jadi, korang yang meminati makanan dan aksesori Korea, bolehlah berkunjung ke CocoZ.Kr yang terletak di pintu Utama Sungei Wang Plaza. Harga aksesori dan makanan yang ada di sini sangat berpatutan. Aksesori seperti rantai, gelang, subang dan cincin juga mempunyai reka bentuk yang menarik. Manakala set hidangan makanan Korean termasuk pilihan minuman dan dumpling boleh dinikmati dengan harga serendah RM15.00.

Untuk maklumat lanjut berkaitan CocoZ.Kr, bolehlah Like FB rasmi https://www.facebook.com/cocoz.kr


~ Achik ~

No comments:

Post a comment