Thursday, April 14, 2016

Brunch on Sunday Telah Bermula di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum ini Achik pernah kongsi berkaitan konsep terbaru yang diperkenalkan oleh Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Buat yang terlepas entry tu, nah Achik paste di sini link nya (Steamboat Shah Alam : Transformasi Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan).

Untuk pengetahuan korang semua, D'Kayangan Steamboat telah pun melancarkan Sunday Brunch bermula pada 10 April 2016. Masih mengekalkan konsep (steamboat, grill & bbq) dan kepelbagaian makanan yang sama,  Sunday Brunch boleh dinikmati pada waktu tengahari hanya pada hari Ahad sahaja.

Keadaan luar restoran. Kalau sebelum ini tiada khemah di pasang diluar kedai. Tapi sekarang

Tercetusnya idea Sunday Brunch ini adalah berdasarkan feedback dan cadangan yang diterima daripada pelanggan yang pernah hadir ke D'Kayangan Steamboat. Berdasarkan feedback yang diterima, majoriti daripada pengunjung inginkan D'Kayangan beroperasi pada makan tengahari sepertimana restoran steamboat yang lain.

Banyaknya seafood dan pilihan skewer, ball di belakang Achik ni



Dengan promosi terbaru yang diadakan oleh D'Kayangan Steamboat ini, ianya memberi ruang buat para pelanggan untuk makan bersama keluarga dan sahabat handai pada hujung minggu. Tawaran hebat ini juga merupakan tawaran yang cukup istimewa kepada pelanggan kerana harga yang ditawarkan merupakan harga yang termurah dengan kepelbagaian makanan dihidangkan. Dengan adanya Sunday Brunch ini, pelanggan hanya perlu membayar dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi dapat menikmati juadah yang banyak.

Pelbagai jenis ikan yang telah diperap dengan resipi yang istimewa serta otak-otak untuk dipanggang dan bakar

Pelbagai jenis skewer. Antara menu terbaru yang dilancarkan semasa pelancaran konsep terbaru D'Kayangan Steamboat

Makanan yang telah siap digoreng pun ada. Antaranya Bihun goreng, Mee goreng, Nasi goreng. Achik suka mee gorengnya. Sedap. ! Spageti pun ada. Cuma sosnya terlebih masam. Mungkin boleh ditambah baik.

Nasi lemak dengan sambal ayam pun ada.

Skewer yang sedang di bakar

Menurut Pengarah Pemasaran, Ms Sharita Loo, konsep baru 3 in 1 yang telah diperkenalkan sebelum ini mendapat sambut yang amat baik daripada pelanggan. Daripada situ, ramai pelanggan yang telah mencadangkan agar ianya dibuat pada waktu siang terutamanya pada waktu hujung minggu.

Bagi Ms. Sharita Loo, pemilihan hari Ahad disebabkan hari Ahad merupakan hari dan masa yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga tercinta. Ramai yang tidak bekerja pada hari Ahad. Ianya merupakan hari yang sesuai untuk dihabiskan bersama keluarga. Tawaran hebat Sunday Brunch ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati juadah makanan dan minuman dengan lebih awal bermula jam 11.00 pagi.

Pilihan noodles yang ditawarkan

Kepelbagaian sayur-sayuran dan bebola.

Pilihan sos yang banyak. Ada Cili Jeruk, Cili Kicap, Sos Tomato, Sos Pedas, Air Asam, Sos Cili, Thousand Island, Sos Yong Tau Foo

Black Pepper Sauce yang sedap sesuai dimakan dengan Kambing Panggang

Kambing panggang adalah menu wajib yang mesti ada. Ianya telah pun termasuk dalam pakej Sunday Brunch

Tawaran hebat Sunday Brunch telah pun bermula sejak 10 April 2016:

                                    Hari    : Setiap hari Ahad
                                    Masa   : 11.00 pagi hingga 3.00 petang
                                    Harga  : Dewasa RM35.90 (termasuk GST) 
                                                Kanak-kanak berusia 5-11 tahun RM16.00 (termasuk GST)

Harga ini amatlah berpatutan dan juga teramat istimewa kerana menu yang dihidangkan adalah sama seperti menu sedia ada iaitu lebih daripada 250 jenis hidangan. Selepas pukul 3.00 petang, urus niaga kembali seperti biasa dan harga pakej yang dikenakan kepada pelanggan juga seperti biasa iaitu RM39.90 (termasuk GST) untuk dewasa dan RM18.00 (termasuk GST) untuk kanak-kanak.

 

Antara pencuci mulut yang ada. ABC, Ais krim, Ice Monster, Kek, Buah-buahan


Untuk pengetahuan korang, D'Kayangan Steamboat juga sentiasa menghargai para pelanggan yang berkunjung ke restoran mereka iaitu dengan menawarkan promosi Hari Jadi serta mengadakan pertandingan selfie yang menawarkan hadiah yang lumayan buat pelanggan bertuah.


Dengan promosi hari jadi, pelanggan yang menyambut kejutan hari jadi di D'Kayangan Steamboat akan mendapat kek brownies dengan ais krim vanila secara percuma serta diraikan sekali bersama kakitangan D'Kayangan.


Selain itu, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan Memori D'Kayangan. Peraduan ini memberi peluang kepada pelanggan untuk berkongsi memori mereka bersama keluarga dan sahabat handai semasa makan D'Kayangan Steamboat di media sosial. Pelanggan juga diberi peluang ntuk berkongsi kreativiti dan pengalaman mereka semasa makan di D'Kayangan Steamboat. Pelanggan dengan caption dan gambar paling kreatif, bakal memenangi hadiah utama TV 60 inci, manakala hadiah mingguan adalah penginapan 2 hari 1 malam di hotel serta hadiah saguhati iaitu baucar bernilai RM50.00. Semua hadiah ini ditaja oleh Glory Beach Resort Port Dickson tertakluk kepada terma dan syarat.


So, tunggu apa lagi...jom bawa family dan sahabat handai korang habiskan masa hujung minggu di D'Kayangan Steamboat, Sunday Brunch sama-sama. Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB, IG dan twitter rasmi Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.

Twitter: dkygnsteamboat

Lokasi:
No. 1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33M, Seksyen 13, Shah Alam.

Untuk tempahan boleh hubungi talian 012-297 1091 / 017-327 7904 / 03-5523 4979


~ Achik ~

No comments:

Post a comment