Friday, April 29, 2016

Kemeriahan Buffet Ramadhan 2016 di PICC

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pejam celik pejam celik, dalam tempoh sebulan lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Sekejap sangat masa berlalu. Sempena Ramadhan yang bakal tiba, sudah tentu banyak restoran / hotel / pusat konvesyen dan lain-lain saling berlawan-lawan antara satu sama lain untuk menawarkan buffet ramadhan dengan menu yang menarik pada harga yang berpatutan.

Tidak kurang hebatnya dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau lebih sinonim dengan panggilan PICC. Sudah menjadi kebiasaan pada setiap bulan Ramadhan, pihak pengurusan PICC tidak melepaskan peluang untuk menawarkan buffet ramadhan dengan menghidangkan lebih daripada 300 juadah makanan termasuklah beberapa jenis juadah yang berkonsepkan ala-warung.


Bertemakan ‘Hidangan Tradisi Warisan Budaya’, Buffet Ramadhan 2016 di PICC menyajikan pelbagai hidangan menarik yang merupakan antara makanan popular di sekitar Semenanjung Malaysia. Utara Semenanjung, Selatan Semenanjung serta Pantai Timur Semenanjung dinamakan pada setiap warung yang mewakili makanan di zon masing-masing.

Sinonim dengan namanya Utara Semenanjung, sudah tentu makanan yang cukup terkenal di utara semenanjung Malaysia adalah Nasi Kandar. Dihidangkan dengan Sayur Kubis Masak Kunyit, Ayam Goreng Rempah serta Rendang Kambing Tok Perak, Ayam Masak Lemak Nangka dan Daging Masak Hitam Manis.Manakala, di Pantai Timur Semenanjung sudah pastinya yang menarik perhatian pengunjung adalah menu Ikan Patin Masak Tempoyak. Nasi Briyani Kambing sudah tentu menjadi pilihan bagi mereka yang menggemari makanan dari Selatan Semenanjung.

Ayam Percik Kuala Terengganu & Sayur Pucuk Goreng Belacan

Nasi Briyani Kambing

Daging Hitam Manis, Rendang Kambing Tok "Perak", Kari Ikan Tongkol Berherba, Ayam Masak Lemak Nangka

Selain menawarkan menu popular di Semenanjung Malaysia, pasukan chef PICC yang diketuai oleh Chef Anuar selaku Pengurus Besar Operasi F&B turut menyediakan hidangan kambing panggang pada setiap hari dengan resipi istimewa, rempah ratus dan aromanya yang tersendiri. Sudah pasti sos lada hitam dan sos cendawan wajib dihidangkan bersama bagi membangkitkan lagi selera para pengunjung. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga, stesen Aneka Panggang turut menghidangkan aneka ikan bakar seperti ikan pari, ikan siakap, ikan talapian dan ikan keli. Stesen ini juga menyediakan satay, satar terengganu, otak-otak, stik daging serta kambing, ayam dan daging yang dipanggang bersama dengan kentang dan sayur.

Kambing Panggang

Ikan Bakar, daging, kambing dan ayam bakar

Sudah sedia maklum dengan tradisi masyarakat Melayu di negara kita. Sungguhpun pelbagai hidangan yang boleh didapati sepanjang bulan Ramadhan, tekak orang Melayu pastinya mencari nasi sebagai menu wajib ketika berbuka puasa. Diberi nama stesen Kawah Warisan, ianya menghidangkan tiga (3) jenis nasi iaitu nasi briyani, nasi kandar, dan nasi dagang Terengganu. Antara lauk-pauk yang disediakan bagi dinikmati bersama-sama dengan nasi ini termasuklah kari kambing, sambal telur, dalca sayur berkentang, acar rampai, asam pedas Melaka, siput sedut masak lemak, kari ayam kapitan, daging salai masak lemak cili padi, ikan goreng berlado, kambing hitam manis, ayam goreng rempah, dalca sayur dan tetel, kobis goreng kunyit, rendang Tok “Perak”, gulai udang buah pelam, daging gulai kawah dengan “rias”, nangka muda masak lemak, kari ikan tongkol berherba, ayam percik Kuala Terengganu, sotong masak singgang, sayur pucuk paku goreng belacan, ikan patin masak tempoyak dan daging kerutup...Fuhhhh....banyak sungguh menu berbuka di Buffet Ramadhan 2016 di PICC.

Daging Kerutuk, Ikan Patin Masak Tempoyak, Kari Daging Berkentang, Ikan Pari Masak Asam Pedas

Untuk tahun ini, Chef Anuar membawa kelainan dengan memperkenalkan beberapa jenis menu baru yang akan ditukar pada setiap hari. Antara menu baru adalah 16 hidangan pembuka selera seperti somtam PICC, salad betik muda bersama udang kering, aneka colek, nasi ulam utara, kerabu buah mangga, pauh daging salai, ayam berempah pucuk paku, pecal, kerabu sardin pucuk ulam, kerabu jantung pisang udang kering, gado-gado, kerabu kaki ayam carik kacang panjang, kerabu ikan kembung daun selom, kerabu taugeh perut lembu, kerabu sotong kering, tauhu bakar putrajaya sempoi, kerabu kupang kacang buncis dan salad taman campuran. Peminat kerabu pasti menggemari hidangan kerabu di Buffet Ramadhan PICC.

Antara hidangan kerabu

Gado-gado dan Tauhu Bakar

Selain menu-menu yang Achik nyatakan di atas, Buffet Ramadhan di PICC juga menghidangkan kecur liur, aneka keropok, pelbagai jenis jeruk Pak Ali, sup bunjut PICC, sup cendawan, sup cendawan berkrim, bubur lambuk PICC, warung tempura, roti terbang (murtabak, roti canai, roti boom), nasi goreng, mee goreng lambak, shawarma, kerang/lala bakar, nyonya kari laksa, laksa Utara, mi sup udang, “Chinese seafood egg gravy” dan banyak lagi. Sememangnya lebih 300 menu dihidangkan di buffet ramadahan PICC.

PICC juga turut menyediakan “Kids Corner” dengan menyajikan makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak pada masa kini antaranya bertih jagung, aiskrim coklat / vanilla, aneka spaghetti, fettuccine, penne, linguine dengan sos bolognese, carbonara atau marinara, nasi goreng cina, nugget ayam, sosej, burger mini, ayam goreng rangup dan sebagainya.

Antara hidangan pemanis mulut

Bubur kacang hijau durian, bubur pulut hitam, pengat pisang

Tidak lengkap sekiranya buffet ramadhan tanpa pemanis mulut. Apa menarik di buffet ramadhan PICC adalah hidangan bubur kacang durian yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan tetap PICC. Selain itu, turut dihidangkan sebagai pemanis mulut adalah bubur pulut hitam, pengat labu, pengat pisang, bubur cha-cha, bubur gandum, aneka kuih melayu, pelbagai jenis kek dan buah-buahan yang masak ranum. Para pengunjung juga boleh rambang mata untuk membuat pilihan minuman kerana kaunter minuman di buffet ramadhan PICC menawarkan lebih 10 jenis minuman antaranya sirap bandung, air sirap selasih, air asam boi, air jagung, air tebu, air mata kucing, air kacang soya, teh tarik dan kopi kampung.

Antara minuman yang dihidangkan

Selain menitikberatkan kualiti menu yang dihidangkan, pihak pengurusan restoran Cafe@PICC juga turut mengambil inisiatif dengan menyediakan ruang kapasiti yang mampu menampung 1000 orang pada satu masa untuk para pengunjung berbuka puasa. Cafe@PICC juga akan dihiasi dengan konsep warisan budaya yang bakal menghidupkan lagi suasana Ramadhan di PICC. Para pengunjung juga berpeluang untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Tarawikh secara berjemaah bersama artis dan personaliti jemputan di Surau PICC. Kemudahan seperti telekung untuk kaum muslimah dan sejadah turut disediakan.

Menu di Tempura Stall

Lala Bakar

Sepanjang bulan Ramadhan nanti, PICC turut menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk dikongsikan bersama para pelanggan yang datang berkunjung ke PICC termasuklah:

§  Bazaar PICC
§  Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don Daniyal pada 18 Jun 2016
§  Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani dan Mawi pada 22 Jun 2016
§  Majlis Iftar Amal bersama Anak-Anak Yatim

Ustaz Don Daniyal yang turut bersama-sama semasa Preview Buffet Ramadhan di PICC

Zamani turut memeriahkan Preview Buffet Ramadhan di PICC

PICC juga mengambil inisiatif untuk mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai selepas selesainya solat Asar di perkarangan pondok keselamatan pintu masuk PICC. Bubur lambuk ini disediakan sendiri oleh pasukan Chef PICC.

Para pelanggan yang berbuka puasa di Cafe@PICC juga akan dihiburkan dengan persembahan qasidah oleh Afad, Rabbani, Wildan dan Pawana sepanjang waktu berbuka puasa. PICC juga turut membawa kelainan dengan menjemput personaliti Pencetus Ummah untuk menyampaikan tazkirah selama 15 minit sebelum mengalunkan azan Maghrib dan doa berbuka puasa pada setiap hari.

Condiments yang terdiri daripada ayam, daging, perut untuk dimakan bersama sup

Dalca sayur dan sambal telur

Banyak sangat buah-buahan dihidangkan di Buffet Ramadhan PICC

Meriahkan berbuka puasa di Buffet Ramadhan PICC untuk tahun ini. Selain menjamu selera, dapat menimba ilmu dari tazkirah yang diberi serta berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama wang tunai serta beberapa lagi hadiah lain yang menarik. Caranya dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan dan disertakan bukti pembelian buffet.

Sepanjang bulan ramadahan juga, pihak pengurusan PICC turut menerima tempahan khas “Rumah Terbuka” pada harga yang istimewa bagi mana-mana pelanggan atau syarikat korporat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa. Tempahan khas ini termasuk dewan, bilik solat, sistem audio dan video.

Untuk membuat tempahan Buffet Ramadhan di PICC ataupun tempahan Rumah Terbuka:
§  Terus ke kaunter tempahan Buffet Ramadhan di Cafe@PICC, aras concourse PICC; atau
§  Menempah secara atas talian di www.ticketonline.my/PICC ; atau
§  Telefon talian 03-88876000

Harga:
Dewasa RM98.00 nett
Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun ) RM49.00 nett

Waktu / Tarikh:
Bermula 08 Jun 2016 hingga 03 Julai 2016
Dibuka pada jam 7.00 malam hingga 10.00 malam


Jom tengok video di bawah untuk saksikan sebahagian hidangan utama yang ada di Buffet Ramadhan 2016 di PICC.


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment