Assalamualaikum
dan salam sejahtera..
Sekali
lagi Achik menerjah masuk ke kedai makan untuk rasa kesemua makanan yang ada.
Kali ini, kedai makan yang terpilih adalah Aunty
Tartlets Cafe yang terletak di Seremban
2, Negeri Sembilan.
Kredit pic to UncleZuan
Soalan
: Aunty Tartlets? Makan tart je ke kat kedai makan ni?
Haaa....meh
sini Achik nak story mory dengan korang tentang kepelbagaian makanan yang ada
di Aunty Tartlets Cafe.
Cafe
yang terletak di Pusat Dagangan Seremban 2 ni menyediakan pelbagai jenis menu
makanan termasuklah daripada western food, malay food, chinese food, puff,
tart, kek dan lain-lain manisan.
Apa
yang menarik perhatian Achik adalah harga yang ditawarkan bagi setiap main dish
di Cafe ini sangatlah berpatutan dengan plate yang penuh dengan bahan-bahan
antaranya udang, sotong dan ayam. Hidangan berat yang korang boleh makan di Aunty Tartlets Cafe termasuklah Fried
Kuey Teow, Cantonese Kuey Teow, Spageti Carbonara, Spageti Bolognese, Baked
Macaroni, Lasagna dan Chicken Wrap. Semua menu ini berharga lingkungan antara
RM6 hingga RM12 sahaja. !
Cantonese Kuey Teow yang penuh dengan haiwan ni hanya berharga RM8.00 sahaja... I Like !
chicken wrap = RM7.90
Aglio Olio yang banyak Udang dan sotong ini hanya berharga RM12.00
Spageti Carbonara = RM10.00
Perlu diingatkan bahawa, apa yang korang nampak dalam gambar ini, macam tu juga la yang korang akan dapat bila makan di cafe ini. Pasta yang dipesan penuh dengan bahan-bahan dan haiwan-haiwan dapat dinikmati dengan harga yang berpatutan.
Selain
hidangan berat yang dinyatakan di atas, roti, mini pizza, churros, chicken
sausage dan mini donut juga boleh dijadikan pilihan bagi pengunjung yang ingin
spend time dan chit chat dengan kawan-kawan dan family di sini. Kalau
teringinkan manisan, Aunty Tartlets Cafe juga menyediakan tarts yang mempunyai pelbagai rasa, cream puff, kek, brownies
dan macam-macam lagi. Semua makanan yang Achik nyatakan di atas ini dimasak
oleh chef / pekerja di cafe ini yang mana ada di antara mereka mempunyai pengalaman
menjadi chef di hotel terkemuka.
Roti, Sausage bun, churros, mini pizza, mini donut
Lasagna, Baked Macaroni, Cheese Tart, Sandwich, Nasi Lemak, Brownie Cheese, Butter Cake, Cream Puff, Pavlova dan macam-macam lagi manisan yang ada di Aunty Tartlets Cafe
Dibuka
seawal jam 9.00 pagi, Aunty Tartlets Cafe juga merupakan pilihan terbaik buat mereka yang ingin bersarapan
sesuatu yang berat tetapi menjimatkan. Diberi nama Combo Charity, combo ini dihidangkan dengan Nasi Lemak + Teh O
Panas/Sejuk hanya dengan harga RM1.50 sahaja ! Walau ianya murah tetapi kualiti
Nasi Lemak nya tetap diutamakan. Nasi Lemak di cafe ini menggunakan Beras
Basmathi dan dihidangkan dengan sambal, telur, ikan bilis dan kacang goreng. Manakala
air Teh O nye pula dihidangkan dalam gelas yang besar. Berbaloikan !
Kredit pic to Nannie Isa
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kalau nak tempat kek, brownie, tart, pavlova atau apa-apa sahaja manisan daripada Aunty Tartlets ni boleh ke. Sudah tentu boleh. Korang yang ingin membuat tempahan, korang dinasihatkan untuk tempah 3 hari lebih awal dari tarikh yang korang nak. Hubungi sahaja pemilik Aunty Tartlets Cafe ini iaitu Kak Amira di talian 019-664 7180 / 06-601 1515 atau pun emel kepada auntytartlets@gmail.com
Beef dan Chicken Lasagna
Buat
mereka yang berada di sekitar Seremban tetapi tak tahu nak makan di mana,
korang boleh cuba makan di Aunty Tartlets Cafe ini. Tak susah nak cari lokasi cafe ini. Guna waze, korang
type je Aunty Tartlets dan waze akan
bawa korang betul-betul depan cafe. Korang akan jumpa Mydin Mall Seremban 2
terlebih dahulu dan kemudiannya akan jumpa McDonald Drive Thru di sebelah kiri.
Bermakna Aunty Tartlets Cafe yang
korang cari dah tak jauh...
Waktu
Operasi:
Hari: Selasa hingga Ahad (tutup pada
hari Isnin)
Jam: 9.00 pagi hingga 7.00 petang
Alamat:
No. 173, Jalan S2 B22
Pusat Dagangan Seremban 2
Seremban, Negeri Sembilan.
Like
FB rasmi : www.facebook.com/AuntyTartlets173
Follow
IG rasmi : www.instagram.com/aunty_tartlets
Boleh rujuk gambar di bawah untuk senarai harga makanan di Aunty Tartlets Cafe:
Untuk rujukan korang, Achik sertakan juga link album Gambar-gambar Menu di Aunty Tartlets Cafe yang mampu buat korang terliur..Hehehe...
Achik bagi 5 bintang untuk harga dan makanan di Aunty Tartlets Cafe !
~ Achik ~
ruginya x pergi, x de rezeki kan hihu. harga dia affordable lah, nampak sedap.
ReplyDeleteHehehe...takpe...nanti boleh pergi sendiri. Tak jauh pun seremban 2 tu..
Deleteyup..tula harga di sgt affordable..Haritu tapau Lasagna untuk member...dia tanya berapa harga..bila bagitahu terus cakap murahhhhnyaaaa...sedap plak tu...
Banyak nya menu menarik kat sini. lepas ni boleh bawa family datang makan di sini.
ReplyDeleteHuda.. tekak ni teringat spaghetti olio dia lah..
ReplyDeletehehe..beranang dgn seremban x jauh..ape lagi..bodek la hubby..hihi
DeleteHarus repeat nak kuey teow goreng!
ReplyDelete