Friday, April 01, 2016

Program Amal Anak-anak gelendangan bersama Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan artis bersama Radio Wanita 4U.FM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan kehidupan yang selesa buat diri Achik dan keluarga Achik. Berpeluang terlibat dalam Program Amal Anak-Anak Gelandangan bersama artis yang telah diadakan pada 26 Mac 2016 yang lalu banyak menyedarkan Achik tentang kesusahan yang dialami oleh anak-anak gelandangan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur.



Program Amal Anak-Anak Gelandangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan HKB Crew dengan kerjasama rakan-rakan artis yang lain serta Radio Wanita 4U.FM ini telah diadakan di Pusat Gelandangan Medan Tuanku, jam 9.00pm hingga 12 tengah malam. Terima kasih Achik ucapkan buat Faez Ramly atas peluang yang diberikan ini.


Sebelum bermulanya program amal ini, banyak informasi berkaitan anak-anak gelandangan di sekitar Kuala Lumpur yang Achik peroleh daripada rakan-rakan blogger serta komuniti yang mengambil bahagian pada malam tersebut. Pendek kata, anak-anak kecil ini tidak pernah mengimpikan untuk menjadi sebahagian daripada gelandangan yang ada di Ibu Kota Kuala Lumpur. Kewujudan mereka sebagai anak-anak gelandangan berpunca daripada macam-macam sebab. Entah apalah nasib masa depan mereka nanti apabila menjangkau peringkat remaja. Pelajaran? Kerjaya? Menikmati kesenangan hidup macam yang kita ada sekarang ni? Kesian melihat keadaan anak-anak kecil dalam kereta sorong, yang berpakaian compang camping..terharu sangat hati Achik..

Anak-anal gelandangan dihiburkan dengan persembahan magic

Pakaian yang disediakan oleh Komuniti yang mengambil bahagian untuk diagihkan kepada masyarakat gelandangan

Alza Facelift Community Malaysia (AFCM) turut serta pada malam itu

BloodBrothers Team pun ada dalam membantu mengumpul keperluan untuk diagihkan

Face painting booth untuk anak-anak gelandangan

Hanis Kamal Bakar semasa memberika ucapan pembukaan

Program amal tersebut dimulakan dengan persembahan tarian dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Hanis Kamal Bakar. Hanis banyak meluahkan perasaan sedih beliau dalam ucapan serta lagu yang ditulis khas buat anak-anak gelandangan. Persembahan Hanis pada malam itu diiringi oleh Band Scarlett's Diary..

Lirik lagu "Jalanan"

Ku berjalan di tepian
berkeliaran mencari teman
Di mana ku berjalanan
Ku tetap kesunyian

Di mana kau kasihan
Di mana kau kasih sayang
Agar ku mendapatkan
Secebis harapan

Tangisan dan rintihan
Jarang mendapat perhatian
Namun ku tak berdaya
Keluar dari kehinaaan

Oh Tuhan 
Berikan ku jalan
Dalam mencari jawapan
menghadapi dugaan

Senyuman ku terukir
Di dalam hati terasa pedih
Mengenangkan nasib diri
Ku cuma anak kecil....

Suasana di persekitaran Pusat Gelandangan Medan Tunku. Sesi pengagihan makanan, pakaian dan barangan keperluan harian diagihkan kepada masyarakat gelandangan.

Anak-anak kecil yang tidak berdosa...sayu hati ini melihat keadaan mereka

Masyarakat gelandangan beratur dengan tertib untuk mengambil makanan

Komuniti yang terlibat sedang mengagihkan bantuan pakaian

Blogger Faez Ramly & Iena semasa ditemuramah


Sekalung tahniah Achik ucapkan buat Hanis Kamal Bakar, HKB Crew, Radio Wanita 4U.FM, komuniti yang terlibat serta rakan-rakan blogger yang turut memeriahkan Program Amal Anak-anak Gelandangan pada malam itu. Suka bila melihat rakan-rakan blogger semua muka ceria mengagihkan bantuan, layan karenah anak-anak gelandangan serta beramah mesra dengan warga gelandangan yang hadir. 

Blogger Kolin yang turut mengagihkan gula-gula pada warga gelandangan

Kami lah Blogger yang ceria, happy go lucky dan sentiasa sokong Program Amal sebegini

Kami para blogger yang terlibat sangat sokong program amal sebegini. Kami berharap program amal atau apa-apa program CSR yang melibatkan masyarakat dan anak-anak gelandangan ini sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa. Achik percaya, dalam negara kita banyak komuniti serta kelab-kelab permotoran yang bergerak aktif. Program amal ini boleh dijadikan salah satu aktiviti bulanan / tahunan komuniti / kelab anda.
                                     
Tahniah Hanis Kamal Bakar

Buat anda diluar sana, janganlah memandang serong kepada masyarakat gelandangan yang anda di luar sana. Hulurkan bantuan sekadar yang mampu. Semoga setiap amal jariah yang kita lakukan diterima oleh Allah swt.

~Achik~


No comments:

Post a Comment