Friday, April 15, 2016

Cabaran Kenny Rogers ROASTERS HealthWatch 2016 Telah Bermula

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kenny Rogers Roasters HealthWatch 2016 kini kembali lagi. Ia adalah health war antara kolej-kolej dan universiti-universiti tempatan iaitu beberapa pasangan pelajar dari pelbagai kolej dan universiti tempatan turut serta dalam Kenny Rogers Roasters (KRR) annual ROASTERS Health Watch untuk tahun yang ke-10. Pada tahun ini, KRR akan bekerjasama dengan Original Bootcamp, yang merupakan penganjur kursus halangan terbesar di Asia, Viper Challange.

Para peserta ROASTERS Healthwatch 2016

Dalam sidang media yang telah diadakan pada 08 April yang lepas, para media dan blogger telah diperkenalkan dengan beberapa pasukan yang akan menyertai Roasters HealthWatch 2016 untuk tahun yang ke-10 ini. Setiap pasukan yang terdiri daripada dua orang peserta akan bertarung dengan tema tahun ini iaitu "Intervarsity Health War". Selari dengan tema yang dipilih, setiap pasukan akan melalui sesi senaman yang sengit untuk dapatkan kehidupan yang cergas dan sihat melalui program pengurusan kesihatan selama 4 minggu ini. Sesi latihan akan diadakan sebanyak dua kali dalam seminggu dan ianya akan dipantau oleh jurulatih kecergasan yang bertauliah iaitu Encik Faisal Ariff dari Original Bootcamp.

Encik Faisal Ariff dari Original Bootcamp

Menurut kata Ms. Christina Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd, menembusi kolej dan universiti membuat KRR sedar bahawa usia pelajar kolej dan universiti merupakan lingkungan usia yang mana kesedaran dan tabiat mengamalkan hidup sihat lebih tinggi berbanding apabila sudah menjangkau usia pertengahan dewasa. Dengan anggapan ini, KRR berharap semua peserta akan bekerja keras untuk mencapai matlamat yang optimum untuk menjadi sihat melalui cabaran ROASTERS HealthWatch 2016. Platform ini telah membantu mengubah dan memberi inspirasi kepada ramai peserta sebelum ini untuk terus mengubah gaya hidup mereka.

Ms. Christina Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd

Ms. Christina Thong turut meluahkan rasa gembira beliau dengan adanya Original Bootcamp dalam cabaran tahun ini. KRR berharap para peserta akan mendapat yang terbaik daripada masa latihan mereka dengan jurulatih kecergasan yang akan membimbing mereka sepanjang minggu.

En. Faisal sedang menunjukkan demonstrasi memanaskan badan

Para peserta sedang memanaskan badan sebelum melakukan cabaran pertama untuk musim ini.

Senaman memanaskan badan yang tepat dapat mengelakkan kekejangan semasa melakukan cabaran

Encik Faizal Arif (Penyelaras Program kepada Original Bootcamp Sdn Bhd) dalam ucapan beliau turut meluahkan keterujaan mereka untuk melatih kesemua peserta sepanjang cabaran 4 minggu bagi meningkatkan kecergasan peserta dan menggalakkan mereka untuk bekerja keras ke arah kehidupan yang lebih sihat. Kerjasama antara Original Bootcamp dan KRR merupakan langkah terbaik untuk mempromosikan Original Bootcamp kepada orang ramai tentang kepentingan untuk menjadi lebih sihat dengan pemakanan dan cara bersenam yang betul. Encik Faizal berharap sesi latihan Bootcamp kali ini akan memberi inspirasi kepada peserta untuk mencapai kesihatan dan kecergasan yang diingini.

Selain itu, kesemua peserta akan disediakan dengan tips latihan betul dan pelan diet khas dengan bantuan KRR. Ianya untuk memastikan peserta mendapat pemakanan yang betul dan penggunaan makanan yang sesuai semasa cabaran selama 4 minggu sebelum bersaing dalam cabaran finale. Sebahagian cabaran akan menguji peserta dalam bentuk ketahanan fizikal, stamina, disiplin dan banyak lagi.


Sememangnya hadiah yang menarik pasti menanti para peserta yang mengambil bahagian.

Hadiah Utama:
> Peralatan gym bernilai RM10,000 untuk kolej / universiti
> Peralatan gym bernilai RM1,500 untuk x 2 orang
> Hamper Guardian bernilai RM1,500 dan voucher x 2 orang
> RM500 kredit dalam KRR Card x 2 orang
> Keahlian selama 6 bulan di bootcamp x 2 orang
> Trofi x 2 orang

Hadiah Ke-2:
> Peralatan gym bernilai RM1,000 x 2 orang
> Hamper Guardian bernilai RM1,000 dan voucher x 2 orang
> RM300 kredit dalam KRR card x 2 orang
> Keahlian selama 3 bulan di bootcamp x 2 orang
> Trofi x 2 orang

Hadiah Ke-3:
> Peralatan gym bernilai RM800 x 2 orang
> Hamper Guardian bernilai RM800 dan voucher x 2 orang
> RM200 kredit dalam KRR card x 2 orang
> Keahlian selama 1 bulan di bootcamp x 2 orang
> Trofi x 2 orang

Hadiah Saguhati:
> Peralatan gym bernilai RM400 x 14 orang
> Hamper Guardian bernilai RM400 dan voucher x 14 orang
> RM100 kredit dalam KRR card x 14 orang

*Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

Layari www.krr.com.my or follow www.facebook.com/krrmalaysia untuk info lanjut.

~ Achik ~


No comments:

Post a Comment