Monday, April 29, 2013

Perginya seorang pemimpin yg HEBAT ~ Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Mungkin ramai yg dh ketahui berita mengenai kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/CDN), Dato' Hj. Shaharudin Ibrahim. Arwah yg lebih mesra dengan panggil Dato' S telah ditembak sebanyak 3 das tembakan...ada yg kata kena di tengkuk, bahagian bibir & pipi...ada pulak yg kata peluru tembus dekat kepala...apa pun org kata, semuanya telah pun berlaku, dan begitu lah ketentuan Allah swt...Arwah meninggal pada pagi Jumaat, semasa dalam perjalanan ke pejabat...Siapakah dalang disebalik kes bunuh ini, biarlah pihak PDRM yg menjalankan tugas mereka...Namun, sudah pasti org yg menjadi dalang ni adalah org yg tidak senang dgn sikap tegas & integriti yg ditunjukkan Dato'. Tambahan pula, sejak 2 menjak ni byk sangat kes penyeludupan dadah yg berjaya dibanteras oleh pihak JKDM. Yes, arwah seorang pegawai kanan tertinggi kastam yang betul2 "bekerja"...Oleh sebab itu, ramai dalang sindiket penyeludupan yg tidak senang dgn sikap arwah yg betul2 "bekerja" demi bangsa, negara & Agama...

Berita tergempar pada pagi Jumaat itu telah mengejutkan seluruh warga kerja JKDM...selama ni, dh berlaku beberapa kes kematian kakitangan JKDM yg berkait rapat dkt kes2 penyeludupan, namun semuanya hanya dipandang sebelah mata..Namun, apa yg terjadi pada pagi Jumaat tersebut amat mengejutkan seluruh warga JKDM bila pegawai kanan tertinggi dalam JKDM dibunuh..!! sungguh macam dalam filem/drama..tak sangka perkara macam ni terjadi di Malaysia...Kejadian ni membuktikan yg sememangnya gangster seperti dlm filem2 yg slalu kita tengok sebelum ni, benar2 wujud di Malaysia...dan inilah buktinya..!!!!!

Semoga, pihak PDRM dapat mencari siapa dalang disebalik kejadian ini...Semoga Allah memberi petunjuk kepada pihak PDRM yg terlibat dlm siasatan kes ini..dan semoga kes2 penyeludupan dadah yg berjaya dibanteras oleh JKDM sebelum ini mampu memberi klue & petunjuk buat pihak PDRM untuk mencari dalang kejadian tersebut.

Dengan pemergian arwah, secara kasarnya memang sukar untuk mencari pengganti yg sesuai bagi menggantikan post arwah...Siapakah yg sebegitu layak utk memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (perkastaman/cdn) yang merupakan nadi utama dalam JKDM ? Siapa yg sebetul2nya "bekerja" seperti arwah ? Yang pasti, walau siapa pun yg akan menggantikan tempat arwah, org itu pastinya akan terkesan dgn apa yg telah berlaku..dan sedikit sebanyak akan mengganggu org itu dalam menjalankan tugasnya secara berintegriti...

Secara peribadi, cheq memang tak kenal rapat dgn arwah & cheq pernah jumpa dia sekali jerk..Namun, bila mendengar warga kerja JKDM bercerita, barulah banyak kebaikan, budi pekerti arwah yg slama ni cheq tak tahu jadi tahu...arwah kelihatan tegas, garang muka nya tapi sangat mengambil berat pekerja-pekerja di bawahnya...semoga setiap kebaikan yg dilakukan oleh arwah sepanjang hayatnya di dunia ini dibalas dengan Syurga oleh Allah swt...semoga Allah ampunkan dosa-dosa arwah & tempatkan arwah di kalangan orang-orang yang soleh...amin....

perjalanan terakhir wira negara

Al-Fatihah....Dato' Hj. Shaharudin dalam kenangan....


_______________________________________
cheq tak kerja hari ni...hanya terbaring di rumah...kenapalah cik senggugut ni nk dtg pada hari Isnin..???


1 comment: