Tuesday, December 04, 2018

Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya | Semuanya Sedap dan Segar !

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hai korang..lama Achik tak sembang pasal tempat makan kan…Hehehe..sejak amalkan pemakanan yang sihat ni, Achik memang jarang makan sedap2 sampai lupa diri..hahahaha…tapi sekali sekala mesti la curi satu hari untuk makan yang menyelerakan bagi mengurangkan rasa craving tu.


Bila nak cheat tu biasa nya Achik akan pilih makanan yang Achik dah lama tak makan dan rasa berbaloi. So, sebab dah lama tak makan makanan berkonsepkan steamboat dan grill, Achik pilih Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Achik pasti mungkin masih ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan Pak John Steamboat & BBQ di IOI City Mall Putrajaya. Lokasi restorannya yang terletak di lot menghadap luar IOI City Mall mungkin membuatkan ramai pengunjung tidak tahu kewujudannya.

Sebenarnya tempat makan di IOI City Mall tidak tertumpu pada satu Aras sahaja. Ramai pengunjung lebih tertumpu dengan restoran yang terdapat di Aras LG menyebabkan pengunjung-pengunjung perlu beratur untuk mendapatkan tempat makan di restoran pilihan mereka. Jadi, apa kata korang rajinkan kaki tu, jalan lebih sikit naik ke Aras G dan menuju ke Symphony Walk. Dekat kawasan Symphony Walk ni sebenarnya terdapat banyak lagi restoran termasuklah Pak John Steamboat & BBQ. Lebih menenangkan lagi bila korang makan di sini sebab korang dapat menikmati pemandangan yang menarik di sekitar Symphony Walk. Ada kolam, ada air pancut ada tempat melepak dan juga view yang cantik untuk korang bergambar bersama-sama keluarga & rakan-rakan.

Muka happy main masak-masak..dah lama kitorang tak makan steamboat & bbq..ni memang favourite anis

Pak John Steamboat & BBQ menyediakan ruang makan berhawa dingin dan juga ruang makan di luar restoran. Ikut selera masing-masing sama ada nak makan di sebelah dalam atau pun makan di meja luar dengan pengudaraan yang lebih baik. Apabila pilih meja di luar, korang akan dibekalkan dengan jug air untuk isi terus air minuman pilihan korang. Kalau duduk kat meja dalam pula, korang kena la bangun untuk refill gelas korang yang dah kosong tu..heheheheh..

Ruang makan yang luas di dalam dan di luar restoran memang sesuai sangat dan selesa untuk korang makan-makan dengan keluarga dan rakan-rakan. Malah menjadi lokasi terbaik untuk korang yang nak mengadakan majlis sambutan hari lahir, farewell dan sebagainya.

hidangan makanan yang telah siap dimasak & digoreng

Ok..jom sembang pasal pilihan makanan yang ada di Pak John Steamboat & BBQ. Banyak sangat menu yang ditawarkan..Ada yang dah siap masak, pilihan makanan laut, sayur, bebola yang segar-segar, pencuci mulut dan macam-macam lagi. Pendek kata kalau korang makan di restoran ini, korang akan pulang dengan perut yang kenyang..Hehehehe…



Segar kan hidangan seafood yang disajikan...Pepahat tu gemuk-gemuk isinya

Achik suka sangat dengan pilihan makanan laut yang disajikan..Banyak dan segar.! Kalau korang jenis yang suka makanan laut, bila datang ke tempat-tempat macam ni, korang wajib tuju ke kaunter seafood..Baru lah ianya berbaloi dengan apa yang kita bayar. Betul tak?

Lagi satu, tips achik kalau ke restoran berkonsepkan steamboat & bbq ni, Achik akan cari menu yang Achik jarang makan atau benda yang susah kita nak makan kat luar..Hehehehe…jadi, sepanjang ada kat restoran ni, Achik memang makan lauk sahaja…seafood yang macam-macam jenis, pilihan ayam yang diperap dengan pelbagai rasa. Sedap-sedap semuanya! Cumanya Achik perasan hidangan ikan yang ditawarkan agak kurang. So, Achik syorkan Pak John Steamboat & BBQ tambahkan lagi menu ikan dalam seafood line dorang.



Meriahkan tengok ayam-ayam yang diperap..rasanya dah memang sedap sedap la..

Lagi satu tips untuk korang kalau makan di restoran ni, makan tu jangan la bersulamkan air..Hahahahaha…Ye..!!! Air dekat Pak John Steamboat & BBQ semuanya FREE FLOW..!!! ada macam-macam air yang sejuk dan yang panas..minum la korang sampai kembung..Hahahaha..kalau dah kembung jangan merungut plak tak puas menikmati makanan di Pak John Steamboat & BBQ..hehehhe



Oh ye, dekat restoran ni juga ada disediakan hidangan Dim Sum dan juga potongan daging premium. Tapi ianya hanya dihidangkan upon request sahaja. So, pastikan korang ke kaunter daging premium ini yang menyediakan Premium Beef, Lamb Slice, Abalone Slice dan Smoked Duck.





Sebagai penutup, jangan lupa nikmati hidangan pencuci mulut yang disediakan. Cendol santan dekat sini sedap tau. Korang wajib rasa ! Selain cendol, ada bubur, ada puding, ada pelbagai perasa ais krim, buah-buahan, kek, ABC dan juga waffle. Kalau korang kreatif, korang boleh order waffle di kaunter, kemudian letak aiskrim atas waffle tu. Menarik kan..hehehehe..


Untuk Sup pula, Pak John Steamboat & BBQ menawarkan 5 pilihan sup..Ada Prawn Soup, Tomyam Soup, Miso Soup, Curry Soup dan Chicken Soup...Ikut selera masing-masing....Pilihan Achik sudah tentu tomyam soup..Hehehehe....Haaaa..lagi satu, dekat Pak John ada banyak jenis sos..Macam-macam rasa..heheheh..pilih je yang mana ikut selera tekak korang juga..


Untuk Harga, korang boleh rujuk gambar di bawah.


Jadi, kalau korang datang ke IOI City Mall, jangan lupa singgah makan di Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di Symphony Walk. Tak perlu bersesak-sesak dekat Aras LG...

Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah:


~ Achik ~

4 comments: