Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Nikmati pizza Domino’s kegemaran
anda yang dipadankan bersama Pepsi Black tanpa kalori semestinya tidak akan pernah
mengecewakan. Domino's Pizza telah bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat
perniagaan minuman, iaitu Etika dalam menjayakan satu peraduan baharu yang
menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan peluang untuk memenangi
hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!
Berpegang pada janjinya untuk terus
mempertingkatkan pengalaman buat pelanggannya, Domino’s Pizza telah melancarkan
peraduan yang dinamakan sebagai Setiap Orang Adalah
Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang
dicipta khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan
untuk dibawa pulang. Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City
bernilai RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000
untuk direbut.
Antara hadiah lain adalah tiga buah
Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear
VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta
Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum, sah selama 2
minggu. Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan
dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan
ini.
Pada pelancaran peraduan ini, Linda
Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura
berkata, "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi
ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua
orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan
sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan
ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."
"Minuman ringan memang sepadan
bila digabungkan bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika
adalah satu bonus untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah
ini, pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan
inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan.
Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila
membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi
keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi
Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi
kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke
hadapan, "kata Linda.
"Kami telah bekerjasama dengan
Domino's Pizza dan menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan
dengan platform yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat
mereka. Resipi kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna
dengan kemajuan teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang
mendambakan produk harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal
bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa
padat. Kami mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi
segmen pengguna bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga
untuk pengguna nikmati, " kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden
Pemasaran di Etika Sdn Bhd.
Sebagai jenama yang sentiasa
menawarkan nilai hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya
pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold
Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu,
pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk
dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05
untuk dua pizza bersaiz Xtra besar. Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan
boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua
pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz
besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar
dengan 50% ke atas Keju Ekstra.
Penyertaan
untuk peraduan ini adalah mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi
Black 1.5L pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai
permainan ‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan
yang paling kreatif menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan
yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah
kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta
dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap
RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L
atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada
semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di
Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai peraduan Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi
yang akan datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner .
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment