Friday, December 21, 2018

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP | Mendidik Anak-Anak Untuk Berzakat


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hai korang…dah tunaikan zakat ke untuk tahun 2018 ni. ? Kalau ada yang masih belum melaksanakan tanggungjawab untuk membayar zakat, korang masih ada peluang lagi untuk berbuat demikian. Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan korang membuat bayaran zakat.

Sebelum ni pun Achik pernah berkongsi tentang pembayaran zakat melalui portal zakat.com.my. Korang boleh baca balik posting Achik sebelum ni http://achikhuda.blogspot.com/2018/10/tunaikan-kewajipan-berzakat-melalui.html

Terbaru, PPZ-MAIWP sekali lagi telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat umat Islam tentang kewajipan berzakat. Apa yang uniknya dengan kempen terbaru ini, PPZ-MAIWP berhasrat untuk memupuk kesedaran berkaitan tanggungjawab menunaikan ibadah zakat ini sejak dari kanak-kanak lagi. Kempen yang diberi nama Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP ini menyasarkan anak-anak berumur 18 tahun ke bawah untuk dididik dengan kewajipan berzakat.



Apakah Objektif Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP ?

Setiap kempen yang dilancarkan oleh PPZ-MAIWP mempunyai matlamatnya sendiri. Kalau sebelum ini kempen-kempen yang dilancarkan oleh PPZ-MAIWP lebih kepada meningkatkan kesedaran di kalangan golongan dewasa, tapi berbeza pula dengan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP.

Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP merupakan pendidikan kepada anak-anak berumur 18 tahun ke bawah tentang kesedaran untuk menunaikan salah satu ibadah dari 5 rukun Islam. Ianya merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai umat Islam.

Selain itu, PPZ-MAIWP berhasrat kempen ini dapat memupuk kesedaran di kalangan anak-anak agar lebih prihatin kepada orang-orang yang susah (golongan asnaf). Sudah pasti anak-anak sentiasa bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang di sekolah mereka. Dengan adanya kempen ini, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak anak-anak ini akan terdetik di hati mereka untuk membantu rakan-rakan yang dalam kesusahan.

Kalau diperhatikan sekarang ni, kanak-kanak pun dah pandai meniaga..Hehe..tak kira lah di waktu sekolah atau pun di luar waktu sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan ini, anak-anak sepatutnya diberi pendedahan tentang tanggungjawab mereka untuk berkongsi sebahagian daripada kekayaan tersebut dengan golongan yang memerlukan.

Orang tua-tua kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi untuk melahirkan seorang umat Islam yang taat akan perintah Allah, didikan yang secukupnya hendaklah diberikan sejak dari kecil lagi.


Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan Tabung Didik Zakat macam yang PU Azman pegang dalam video di atas?

i)  Buka akaun zakat dengan serendah RM10;

ii) Ibu bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP; dan

iii) Tabung Didik Zakat akan diberikan secara percuma.

Jadi tunggu apa lagi, jom semai amalan berzakat ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah :

Laman Web Rasmi:

Facebook:

“SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT”

#tabungdidikzakat #sicilikcelikzakat #menabunghinggaberzakat #mulakanzakatdiusiamuda #ppzmaiwp #YearendZakat

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Suka dengan usaha PPZ-MAIWP dalam usaha mendidik anak dari kecil untuk berzakat :) Dah lah tabung dia pun comel sangat !

    ReplyDelete
  2. Didik anak2 sedari awal lagi tentang berzakat dengan tabung comel.

    ReplyDelete
  3. kelebihan belajar di luar negara yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk sambung belajar di luar negara, terdapat juga beberapa 8 universiti luar negara yang terbaik untuk anda.

    ReplyDelete
  4. 5 exciting reasons to study Veterinary medicine .
    Cara-cara Permohonan pelajar ke timur tengah secara mudah melalui online.
    10 top reasons you should take medical course.
    5 things you need to know on how study medicine in malaysia

    ReplyDelete