Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sebagai umat Islam, Achik pasti ramai yang
mengetahui tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat. Malah, zakat adalah cara
terbaik untuk menyucikan pendapatan kita. Sucikan pendapatan kat sini bukan lah
bermaksud pendapatan yang kita peroleh tu tak halal, tapi kadang-kadang ada
masanya kita sendiri ada rasa curiga dengan sumber yang digunakan untuk menjana
pendapatan kita. Jadi, zakat merupakan solusi terbaik untuk kita sebagai umat
Islam menyucikan pendapatan.
Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
(PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui
Portal PPZ-MAIWP. Kalau korang perasan, PPZ-MAIWP sememangnya aktif mengadakan pelbagai kempen bagi memupuk dan menggalakkan kita semua untuk
membayar zakat. Kempen terbaru yang diberi nama Jom Berzakat @ zakat.com.my telah pun berlangsung sejak 1 Ogos 2018 dan akan berakhir pada 31
Oktober 2018. Maknanya bulan ini merupakan bulan terakhir untuk korang
semua sama-sama memberi sokongan kepada kempen murni yang diadakan oleh PPZ-MAIWP.
Ada di antara kita yang sudah pun melaksanakan
tanggungjawab membayar zakat melalui potongan gaji secara bulanan. Tahniah Achik
ucapkan buat mereka yang sememangnya faham dengan tanggungjawab mereka untuk
membayar zakat. Cumanya, korang rasa amaun zakat yang dipotong dalam penyata
gaji korang secara bulanan tu cukup ke jika dibandingkan dengan jumlah
pendapatan yang korang peroleh pada setiap tahun? Sekiranya tidak mencukupi,
ada ke cara lain untuk korang membuat tambahan amaun zakat tersebut?
Haaa…dekat sini la fungsinya Portal PPZ-MAIWP untuk korang gunakan.
Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang
telah dilancarkan oleh PPZ-MAIWP ini sebenarnya ingin menggalakkan korang semua
untuk membuat bayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP. Ianya merupakan salah
satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP bagi
menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat. Wang zakat ini akan
digunakan bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai golongan asnaf yang
layak menerima bantuan zakat. So, sekiranya ada di antara korang yang tak
pernah pun bayar zakat, atau ada buat bayaran zakat melalui potongan gaji
tetapi amaunnya tidak mencukupi, melalui kemudahan portal ini, korang boleh
membuat bayaran zakat secara atas talian pada bila-bila masa dengan mudah dan
cepat.
Sempena kempen Jom
Berzakat @ zakat.com.my , syarikat SegiGroup Global Sdn Bhd turut memberi
tajaan 20 hadiah yang boleh dimenangi pada setiap bulan Ogos, September dan
Oktober 2018. Caranya mudah sahaja ! Korang hanya perlu buat bayaran zakat
menerusi Portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my sebelum 31 Oktober
2018. 60 pemenang bertuah dari ketiga-tiga bulan tersebut akan dirai dalam satu
sesi penyampaian hadiah yang akan berlangsung pada 01 Disember 2018 sempena
Karnival Zakat nanti.
Kempen berzakat secara atas talian ini juga
berhasrat untuk menarik perhatian peniaga online,
sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di
Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan
namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan
pembayaran zakat mereka.
Seiring pelancaran kempen
Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan
penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih
ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang
tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai
4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan
kutipan sebanyak RM2.5 juta.
SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN
Bayar zakat melalui
Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018
– 31 Oktober 2018.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya
di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan
zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak
asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping
mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”
~ Achik ~
Thk u for sharing
ReplyDelete