Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Sebelum
ini memang Achik kurang arif tentang khasiat Kentang dalam diet seharian kita.
Tapi selepas dengar sendiri penerangan dari wakil Potatoes USA serta Pengasas
Daily Muscle tentang khasiat Kentang, Achik dah faham dan tak akan takut lagi
nk makan kentang dalam diet harian Achik.
Baru-baru
ini, Potatoes USA telah mengadakan majlis untuk berkongsi lebih lanjut tentang
Potatoes USA. Selama ini pun Kentang dari Potatoes USA ini telah diyakini oleh
rakyat Malaysia sebagai diet dan sajian makanan yang berkhasiat untuk seisi
keluarga. Kerana khasiatnya, kentang telah berjaya menembusi banyak sektor
makanan dan banyak menu yang boleh dihasilkan menggunakan kentang.
Kalau
korang nak tahu, atlet dan mereka yang aktif bersukan di Amerika Syarikat
memang akan pastikan kentang ada dalam diet harian mereka. Kenapa ? Sebiji Kentang
ada 620 mg potassium iaitu lebih
banyak dari sebiji pisang saiz sederhana. Dengan miliki kadar potassium lebih
tinggi dari sebiji pisang, kentang boleh membantu fungsi otot, kardiovaskular
dan sistem saraf semasa bersukan yang memerlukan daya ketahanan yang lebih
tinggi.
Satu
info menarik yang korang perlu tahu pasal kentang. Semasa Sukan Olimpik Musim
Sejuk 2018 di Korea Selatan, dapur di perkampungan atlet PyeongChang 2018
dilaporkan mempunyai 180 chef yang menyediakan 7,000 sajian makanan sehari dan
kentang merupakan makanan ruji utama. Dalam arena sukan antarabangsa terutama
di Amerika Syarikat, kentang telah digunakan sebagai makanan bertenaga tinggi
untuk membantu atlet menambah tenaga yang diperlukan bagi acara-acara tahan
lasak.
Kalau
di Malaysia, kita kebiasaannya disajikan dengan pisang selepas acara larian,
kayuhan atau apa-apa acara sukan. Apa kata selepas ni korang gantikan pisang
dengan kentang. Menu kentang yang paling senang adalah On-The-Go US Potatoes.
Kejap lagi Achik share dgn korang resepi dri Chef Naem. Mana tahu korang leh
prepare awal dan bawa semasa korang menyertai acara marathon.
Noel
Chelliah, jurulatih sukan/kecergasan popular dari DailyMuscle dan isteri,
Kimberly Yap iaitu pemenang pingat emas triatlon turut diundang untuk berkongsi
tentang khasiat kentang dalam menambah prestasi seorang atlet. Menurut Noel,
kita semua perlu ada pengetahuan dalam mengira sukatan pengambilan makanan
harian dan jumlah karbohidrat/protein/lemak yang sewajarnya diambil. Manakala
Kimberly Yap pula turut memberi penerangan bagaimana US Potatoes mampu
memperkasakan badan untuk persaingan sengit dalam sukan tahan lasak. Beliau
turut kongsikan pengalaman beliau mengamalkan makan kentang dalam diet
hariannya yang mampu memberikan tenaga dan mempengaruhi prestasi beliau dalam
sukan yang diceburi.
So
macam mana nak masukkan kentang dalam diet harian korang? Nasi sememangnya dah
menjadi makanan ruji masyarakat Malaysia. Apa kata, mereka yang nk mengamalkan
pemakanan yang sihat, cuba tukarkan portion nasi tu dengan kentang. Bukan kata
korang tak boleh makan nasi langsung...Boleh...tapi secara moderate dan selang-seli pengambilannya dgn kentang.
Di
penghujung majlis, Chef Naem turut berkongsi 3 resipi mudah untuk atlet menggunakan
Potatoes US sebagai bahan utama. Chef Naem merupakan chef selebriti dan pernah
memenangi Hero Oven 2016, pengacara pelbagai program memasak, khususnya Dapur
Panas TV3, Dapur Bujang HYPPTV dan Dapur Western HYPPTV.
Jangan
lupa untuk mencuba sendiri resepi Chef Naem ni. Simple dan mudah. Nanti Achik
pun nak try buat smoothie tu...Sedap tau..Selamat mencuba...
Majlis turut diserikan dengan senaman secara berpasukan yang diketuai oleh Noel dan Kimberly. Para Blogger yang hadir dibahagiakan kepada 3 kumpulan mengikut warna kentang kami peroleh di kaunter pendaftaran. Sebanyak 3 stesen disediakan..Best tau....sekurang-kurangnya boleh kenal blogger yang aktif dalam bersukan ni...Hebat-hebat semua.
So korang di luar sana, jangan lupa amalkan gaya hidup yang sihat terutamanya pemakanan korang. Pemakanan yang sihat semuanya bermula dari dapur. Apa yang korang masak, itu sebenarnya yang membentuk diri korang. Chill...
~ Achik ~
Resepi dari Chef Naem
U.S Potato Jackfruit Smoothie
2 U.S Russets
1 scoop Protein Powder
6 pieces of jack fruit
1 cup soy milk
2 tbs honey
1/2 tsp cinnamon powder
1/2 tsp chia seed
1 cup ice cube
1 daun pandan (garnish)
1 gula melaka (garnish)
Cara-cara:
1) Kupas kentang & potong dalam bentuk dadu
2) Rebus kentang selama 10 minit atau sehingga empuk
3) Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali daun pandan & gula melaka sehingga sebati
4) Hiaskan dengan daun pandan, chia seed dan sedikit gula melaka.
On-The-Go U.S Potatoes
10 U.S Russets (peeled & diced)
2 tbs olive oil
1 nos chopped garlic
1 tsp paprika
1 tsp curry powder
1 nos lemon zest
1 nos lime (cut wedge, garnishing)
salt / pepper
ground almond
Cara-cara:
1) Letak kentang dalam mangkuk dan gaul bersama olive oil
2) dalam mangkuk yang berasingan, campurkan paprika, curry powder, lemon zest, ground almon dan garlic. Gaul kesemua bahan-bahan ini.
3) Kemudian, letak kentang dan gaul kentang sehingga ianya sebati dengan bahan-bahan tadi.
4) Masak dalam air fryer pada suhu 120 darjah celcius selama 20 - 30 minit.
5) hidangkan dengan lime wedge
Chicken Tomyam U.S Hash Brown
6 U.S Hash Brown
1 pack tomyam paste
2 chicken breasts (poached)
2 tomatoes (diced)
2 daun limau purut (sliced)
2 daun ketumbar (sliced)
1 lemon grass (diced)
salt / pepper
Cara-cara:
1) Potong ayam & letakkan dalam air mendidih bersama sedikit garam & halia sehingga ayam masak.
2) Masak U.S hash brown menggunakan air fryer pada suhu 100 darjah celcius selama 15 minit sehingga kekuningan.
3) ratakan tomyam paste atas hash brown yang telah masak
4) gaulkan ayam yang telah masak bersama-sama tomato, daun limau purut, daun ketumbar, lemongrass, garam & pepper dalam mangkuk yang berasingan.
5) letak ayam telah digaul tadi di atas hash brown & hiaskan dengan daun ketumbar
No comments:
Post a Comment