Wednesday, November 01, 2017

SIME DARBY CONVENTION CENTRE : Promosi Pembelian Awal Pakej Tahun Baru Cina 2018 di Restoran China Treasures

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun berada di bulan November 2017. Sudah tentu tidak lama lagi masyarakat Cina kan meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada bulan Februari 2018. Sempena Tahun Baru Cina 2018, Restoran China Treasures melancarkan menu perayaan bagi memperingati tahun 2018 sebagai 'the Year of The Dog'. Seperti tahun-tahun lalu, Restoran China Treasures yang bertempat di Sime Darby Convention Centre akan menawarkan harga promosi bagi setiap pembelian voucher yang dibuat lebih awal.

Majlis pelancaran menu perayaan di Restoran China Treasures

Sempena meraikan 'Year of The Dog', menu perayaan yang diperkenalkan oleh Restoran China Treasures kesemuanya mempunyai karektor yang bersangkut-paut dengan karektor Dog. Hidangan yang disediakan dipercayai memberikan kebahagiaan, perlindungan, persahabatan, jujur, ramah, setia, pintar, mudah, mulia dan memiliki rasa tanggungjawab yang kuat.

Untuk makluman korang, bermula 01 November 2017 hingga 31 Disember 2017, harga promosi 'early bird' ditawarkan bagi mereka yang membuat pembelian voucher dalam tempoh dua bulan tersebut. Maklumat lanjut berkaitan harga 'early bird' akan Achik kongsikan kemudian. Tapi kalau korang nak tahu, harga 'early bird' yang ditawarkan sangatlah murah dan berbaloi jika dibandingkan dengan harga asal RM1,388 nett untuk meja 10 orang.

Jom tengok apa hidangan yang ditawarkan dalam menu perayaan ini:

Salmon Fish & Crystal Pear Prosperity "Yee Sang"


Double Boiled Black Chicken Soup With Dried Scallop, Matsutake & Cordyceps Flower

Roasted Chicken With Prawn Cracker

Steamed Live Grouper With Lemon Chili Garlic Sauce

Wok-Fried Crystal Prawns With Chili Paste "Traditional Style"

Braised Black Moss Roll & Beancurd Puff With Seasonal H.K Vegetable in Claypot

Baby Abalone Fried Rice Sprinkled With Rice Puff

Chilled Ginseng Root & Snow Bird Nest With Red Dates

Chilled CNY Mochi With Shredded Coconut

Meriahkan menu perayaan yang ditawarkan oleh Restoran China Treasures sempena Tahun Baru Cina 2018. Jadi, tunggu apa lagi...buat pembelian segera dalam tempoh harga promosi 'early bird' yang ditawarkan. KLIK gambar di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan harga 'early bird':


Waktu Operasi Restoran China Treasures

Hari biasa
11.30 am hingga 2.30 pm (makan tengahari)
6.30 pm hingga 10.30 pm (makan malam)

Hujung minggu & Hari Kelepasan Am :
10.00 am hingga 4.00 pm (makan tengahari)
6.30 pm hingga 10.30 pm (makan malam)

Restoran China Treasure memiliki sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. Keluasan restoran ini mampu menempatkan seramai 200 orang dalam satu masa dan mempunyai 6 ruang makan yang privasi yang boleh memuatkan seramai 8 ke 70 orang.

Selain promosi di atas, terdapat juga promosi ditawarkan untuk individu dan syarikat korporat. Sama juga dengan promosi yang ditawarkan di Restoran China Treasures, tempahan Banquet room di Sime Darby Convention Centre juga boleh dibuat dan ianya menawarkan 'build your own' Chinese New Year set menu untuk private event. Ini  bermakna korang boleh pilih hidangan dalam menu perayaan korang. Harga promosi 'early bird' yang ditawarkan juga adalah sama iaitu RM698 nett (meja 10 orang) bagi tempahan pada bulan November 2017, RM798 nett (meja 10 orang) bagi tempahan pada bulan Disember 2017 dan RM1,388 nett (meja 10 orang) iaitu harga normal bagi tempahan yang dibuat bermula 01 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018.

Apa lagi promosi menarik yang ada sempena Tahun Baru Cina 2018 nanti? 'Early bird' diskaun juga turut ditawarkan untuk voucher Special China Treasures CNY Eve International Buffet. Harga yang ditawarkan adalah seperti dalam gambar di bawah:

Value-for-money-buffet voucher ini hanya sah digunakan pada 15 Februari 2018 bermula jam 6 pm hingga 10 pm

Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan alunan muzik yang sedap didengar

Ruang yang dihias sesuai untuk merakamkan gambar keluarga

antara hiasan sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Berikut adalah pilihan menu yang ditawarkan sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan 'build your own' pakej set menu Chinese New Year.

Pilihan sayur-sayuran:

 
gambar kiri : Lo Hon Chai
gambar kanan : Assorted Vegetables In Pine Nuts

Pilihan nasi goreng & mee:

 
gambar kiri : Fried Rice "Yong Zhao" Style
gambar kanan : Longevity Noodle With Shredded Meat

Pilihan Ikan:

gambar kiri : Steam Live Grouper "Hong Kong Style"
gambar kanan : Deep-fried Live Grouper With Soya Sauce

Pilihan udang:

gambar kiri : Crsytal Prawns With Honey Marmite Sauce
gambar kanan : Crsytal Prawns With Salted Egg York

Pilihan ayam:

gambar kiri : Chicken Cutlet "Thai" Style
gambar kanan : China Treasures Emperor Herbal Chicken

Pilihan sup:

gambar kiri : Tomato Seafood Chowder
gambar kanan : Braised Crab Meat Soup


Untuk tempahan:

Hubungi talian 03-2089 3788 atau emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarby.com

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2089 3688 atau emel kepada enquiries.sdcc@simedarby.com

~ Achik ~



No comments:

Post a Comment