Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Achik
telah pun beberapa kali berkunjung dan bersiar-siar di kawasan Kuala Selangor.
Namun, masih tidak berkesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik yang
ada di sekitar Kuala Selangor. Apabila diundang oleh De Palma Eco Resort Kuala
Selangor dalam satu trip yang melibatkan para Blogger sudah pasti Achik tidak
akan tolak. Banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak De Palma Eco
Resort Kuala Selangor dan yang paling menarik untuk dikongsi dengan korang
semua adalah keselesaan penginapan dan kemudahan yang ditawarkan oleh De Palma
Eco Resort Kuala Selangor buat para tetamunya.
De
Palma Eco Resort Kuala Selangor terletak berdekatan dengan Pusat Bandar Kuala
Selangor serta berhampiran dengan tepi tebing Sungai Selangor. Lokasinya yang
terletak di sekitar kawasan desa sudah tentu menjanjikan kedamaian dan suasana
percutian yang tenang, jauh dari kesesakan ibu kota. Buat mereka yang tinggal
dan bekerja di sekitar ibu kota yang sibuk, keputusan untuk bercuti di De Palma
Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan yang bijak. Keindahan dan kehijauan
alam semula jadi memberikan udara yang nyaman dan percutian yang lebih privasi.
Berbalik
semula pada kisah percutian kami para Blogger di De Palma Eco Resort Kuala
Selangor. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke resort mengambil masa sekitar 1 Jam 30
minit bergantung pada keadaan trafik pada waktu tersebut. Sebaik saja tiba di
resort, kami diberikan kunci bilik masing-masing. Sampai sahaja di hadapan
bilik Achik, secara jujurnya dalam kepala dah fikir macam-macam. Agaknya
bagaimanalah keadaan dalam bilik yang disediakan oleh De Palma Eco Resort Kuala
Selangor.
Taraaaaa.......inilah
bilik penginapan Achik untuk 3 hari 2 malam di sini. Tak sangkakan, pemandangn
bilik dari luar tak mencerminkan keadaan dalam bilik. Apabila buka sahaja pintu
bilik, Ya Allah....mewah, besar, selesa dan cantiknya bilik Junior Suite ni.
Tidur malam Achik memang nyenyak selama 2 malam Achik di sini.
Selain
Junior Suite, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menyediakan beberapa jenis
bilik terdiri daripada 48 chalet dan 12 villa:
·
Superior
(Queen / Twin)
·
Villa
Superior (Queen / Twin)
·
Deluxe
(Twin / Triple)
·
Anjung
Suite
·
Dara
Suite
·
Villa
Superior (Queen / Twin)
·
Malawati
Roon (2 Queen)
·
Desa
Room (2 Queen)
Untuk
harga bilik pula, kami telah dimaklumkan oleh pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor bahawa harga bilik yang ditawarkan adalah serendah RM200 termasuk
sarapan pagi untuk 2 orang. Tiada harga yang tetap bagi setiap bilik memandangkan
pihak De Palma Eco Resort Kuala Lumpur sentiasa menawarkan harga istimewa dari semasa ke semasa. Jadi
nak dapatkan harga istimewa tersebut, layari www.depalmahotelonline.com.
Pelbagai kemudahan ditawarkan buat para pelanggan yang membuat tempahan bilik
melalui laman web tersebut.
Kemudahan dan Perkhidmatan Yang
Ditawarkan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Kemudahan
serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak De Palma kepada para tetamu
menjadikan De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan terbaik sekiranya
korang ingin menganjurkan Hari Keluarga, Team Building, Perkhemahan dan
sebagainya.
·
Surau
Lelaki dan Perempuan (Imam disediakan)
·
Kolam
renang
·
Perkhidmatan
dobi
·
Peti
Deposit Keselamatan
·
Kemudahan
Wifi Percuma (hanya di Lobi Hotel)
·
Perkhidmatan
Shuttle
·
City
Tour (Atas Permintaan)
·
Pembayaran
secara Kredit Kad / Debit Kad
·
Dewan
Serbaguna
·
Bilik-bilik
mesyuarat
· Restoran
Rumbia (boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu masa. Buka pada setiap
hari bermula 7.00 am hingga 10.00 pm)
Selain
kemudahan di atas, berikut adalah kemudahan untuk aktiviti riadah yang boleh
dilakukan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor:
·
Horse
Riding
·
Sewa
Basikal
·
Badminton
·
Volleyball
·
Zumba
(pada setiap hari Ahad, jam 7.00 pagi. Percuma untuk tetamu yang menginap di
resort)
·
Team
Building
·
Jungle
Trekking
·
Tele-match
Aktiviti Team Building
Camp Site
Sewa Basikal
Horse Riding
Untuk
makluman korang semua, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan pakej Team Building dengan harga yang
berpatutan iaitu RM188 / seorang termasuk penginapan, 2x aktiviti, 3x makan
dengan minimum kapasiti seramai 20 orang. Kemudahan, peralatan dan tenaga
pengajar untuk team building akan disediakan oleh pihak resort.
Perkhidmatan Lain Yang Ditawarkan
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa De Palma Eco Resort Kuala Selangor turut menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis, jamuan makan malam dan sebagainya mengikut Tema yang ditetapkan oleh pelanggannya.
Kemudahan Dewan Serbaguna di De Palma Eco Resort Kuala Selangor merupakan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan majlis jamuan makan. Harga sewaan Dewan Serbaguna termasuk penyediaan makan dan minum bermula serendah RM28,000.00 tertakluk kepada tema yang diminta. Semasa trip Blogger tempoh hari, makan malam kami pada malam pertama berkonsepkan 'Jungle & Pirate' manakala makan tengahari kami pada hari terakhir bertemakan 'Indian Style'.
Makan malam bertemakan 'Jungle & Pirate'
Indian Style
Tempat-Tempat Menarik Berdekatan De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Kebiasaannya kalau Achik bercuti, hotel yang menjadi pilihan Achik untuk menginap mestilah hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik agar masa tidak terbuang untuk perjalanan sahaja. Masa itu emas, jadi bila pergi bercuti kenalah hargai masa yang ada.
Kalau korang nak tahu banyak sangat tempat-tempat menarik yang berada berdekatan dengan De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sepanjang trip Blogger di sini, kami telah dibawa ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Selangor. Nanti Achik ceritakan lebih lanjut dalam entry yang lain. Secara amnya, berikut adalah tempat-tempat menarik di Kuala Selangor berdekatan dengan De Palma Eco Resort Kuala Selangor:
· Bukit Malawati
· Makam Anak Dara
· Poisonous Well
· Penggawa Cannon
· Historical Museum
· Kelip-kelip Kg. Kuantan
· Pasir Penambang
· Eagle Feeding
· Royal Kg. Kuantan Golf Club
· Royal Mausoleum
· Batu Hampar
· Altingsburg Lighthouse
· Silver-Leafed Monkey
· Salar de Uyuni of Malaysia (mirror-reflection of the sky - Sand Bank)
· Kuala Selangor Nature Park
Seronok kan bercuti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa kata rancang percutian anda bersama-sama keluarga di Kuala Selangor. Apa yang pasti De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan tempat menginap yang paling tepat sekali.
Alamat:
De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan
Telefon
+603-3289 7070
Faks
+603-3489 7080
Email
info@depalmahotel.com
Untuk tempahan dan maklumat lanjut layari http://www.depalmahotel.com
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment