Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Wahh...diam
tak diam Sunway Lagoon telah pun berusia 25 tahun. Tahniah buat Sunway Lagoon
Malaysia atas sambutan ulangtahun yang ke 25. Semua dia makluma bahawa Sunway
Lagoon sememangnya telah menjadi tuan rumah dalam penganjuran pelbagai acara
dan kempen berprestij di peringkat antarabangsa. Malah, taman tema di Sunway
Lagoon semakin hari semakin berkembang pesat dengan idea yang inovatif dan
menawarkan keseronokan buat lebih 20 juta pengunjungnya.
Pada
11 November 2017 yang lalu, Sunway Lagoon telah mengadakan majlis sambutan Sunway Lagoon 25th Wonder Years. Para
tetamu yang hadir disambut dengan meriah, diberi minuman dalam kulit nenas, dan
disambut dengan tarian berkonsepkan Hawaii.
Bagi
memperingati kejayaannya, Sunway Lagoon telah bekerjasama dengan beberapa artis
tempatan yang berbakat iaitu Caprice (Ariz Ramli), Mimi Fly (Mimi Norhisham)
dan Kaka Azraff (Nor Atiqa Noor Azraff) untuk mencipta lagu mengenai pencapaian
Sunway Lagoon yang digelar "Experience
It". Semua orang kenal betapa ligatnya Mimi Fly dan Kaka Azraff di
atas pentas...Heehehe..pada malam tu juga, kesemua artis ini turut diundang
untuk membuat persembahan dengan mendendangkan lagu tema sambutan Sunway Lagoon 25 Wonder Years iait “Experince It”. Sedap kot lagunya...lagu
yang sangat catchy dan funky..sesuai dengan keseronokan yang boleh dialami di
Taman Tema Sunway Lagoon.
Selain
itu, para tetamu turut dimeriahkan dengan pertunjukan api. Kalau nak tahu
Sunway Lagoon ni memang terkenal dengan pertunjukan api. Dah menjadi trademark
mereka.
Untuk
menambahkan lagi keseronokan pada malam tersebut, para tetamu disajikan dengan
persembahan "The Tale of Mount
Berapi", sebuah pameran gunung berapi pertama di taman yang menceritakan
kisah seorang gadis yang memiliki kuasa ajaib yang tersembunyi dan berusaha
untuk mencari batu lava yang terletak di pulau terpencil dan dilindungi oleh
penduduk tempatan yang setia menjaganya. Persembahan “The Tale of Mount Berapi” ini sememangnya menjadi kebanggaan
kepada Sunway Lagoon kerana ia adalah produksi pertama mereka bermula dari
skrip, bakat, muzik, koreografi dan rekaan kostum. Sambutan pada malam tersebut
turut diceriakan dengan persembahan bunga api. Sudah pasti para tetamu yang
hadir berasa seronok dengan persembahan dan kepelbagaian makanan yang
disajikan.
Calvin
Ho, Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Parks dalam ucapannya berkata, "25
tahun dalam perniagaan adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan. Kejayaan
ini adalah hasil kerja keras, peka dengan perubahan semasa dan kekal relevan
dalam penyampaian perkhidmatan. Sunway Lagoon berasa sangat bangga kerana
selama 25 tahun ini berjaya memberikan kegembiraan dalam hidup berjuta-juta
pengunjungnya. Kejayaan Sunway Lagoon juga turut disokong dengan sokongan
berterusan oleh para tetamu, rakan kongsi dan para media yang sentiasa ada
dibelakang kami.”
Kalau korang nak tahu, Sunway Lagoon telah
meraih 3 anugerah besar tahun ini. Sunway Lagoon telah memenangi anugerah “Oscar”
kategori Taman Tema Keluarga dan turut tersenarai dalam ‘Brand of The Year’ di
Kensington Palace’s World Branding Awards untuk pertama kalinya. Sunway Lagoon
juga baru-baru ini telah memenangi Bronze di Anugerah Pilihan Rakyat 2017
(Hiburan) di Putra Brand Awards serta dianugerahkan sebagai “Employer of Choice”
di HR Asia Awards 2017. Wahhh...Tahniah diucapkan buat Sunway Group secara
keseluruhan dan Sunway Lagoon khususnya atas pencapaian dan penganugerahan
tersebut.
Sempena sambutan Sunway Lagoon 25 Wonder Years dan bagi memeriahkan cuti hujung
tahun 2017, Sunway Lagoon menawarkan promosi yang menarik sehingga 31 Disember
2017. Para pengunjung berpeluang menikmati diskaun sebanyak RM25 untuk two-day
Fun Pass.
Lain-lain promosi yang ditawarkan :
* Bermula 25 November 2017 hingga 31 Disember
2017: Beli FAMFun or 4 To Go Packages dan nikmati voucher F&B bernilai RM25
* Bermula 25 November 2017 hingga 31 Disember
2017 : Untuk 5 minggu berturut-turut, pengunjung boleh mengumpul 5 koleksi
limited edition ’25 Wonder Years button badge’ dari hari Isnin hingga Jumaat
dengan setiap pembelian 1 Tiket Dewasa ke Sunway Lagoon (sah untuk walk-in
sahaja). Kemudian, pengunjung boleh tebus 1 tiket dewasa dalam bulan Januari
2018 apabila korang tunjukkan 3 badges di kaunter tiket.
Jadi, tunggu apa lagi..Sempena cuti sekolah ini, jangan lupa berkunjung ke Sunway Lagoon dan kongsikan gambar kegembiraan anda ketika berada di Taman Tema Sunway Lagoon. Jangan lupa #SL25Years dan #ExperienceIt apabila korang upload gamabr di Instagram. Banyak hadiah menarik yang ditawarkan buat pengunjung yang bertuah.
Untuk muat turun lagi tema Experiece It, korang boleh layari Spotify, KK Box, Joox, Yonder dan Deezer.
Untuk maklumat lanjut layari www.sunwaylagoon.com atau Like FB www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment