Assalamualaikum dan
salam sejahtera.
Watak animasi kartun
Upin dan Ipin sememangnya sangat terkenal di kalangan anak-anak kita. Malas
anak-anak kecil yang tidak tahu bertutur pun cukup menggemari kartun Upin &
Ipin...Malah mereka lebih hebat dalam menghafal lirik dan alunan muzik lagu
Upin & Ipin..hehehehe...
Kalau korang nak
tahu, sempena permulaan Cuti Sekolah Akhir Tahun, Les' Copaque Production telah
mengadakan Karnival Upin & Ipin
#UpinIpinLuarBiasa bertempat di Hall A dan Hall C, MAEPS Serdang. Karnival
yang berlangsung selama 3 hari bermula 24 November 2017 hingga 26 November 2017,
bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam telah berjaya menarik kunjungan
ribuan pengunjung tanpa mengenal usia.
Achik juga berpeluang
untuk berkunjung ke karnival ini bersama-sama rakan Achik iaitu Anis.
Almaklumla, Achik masih belum berumah tangga, jadi takdela anak untuk dibawa
berjalan ke karnival ini. Membuat pilihan untuk tidak bersesak-sesak pada cuti
hujung minggu, Achik dan Anis decide untuk ke Karnival Upin & Ipin pada
hari perasmiannya iaitu pada hari Jumaat, 24 November 2017.
Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Majlis Perasmian Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa
telah berlangsung pada jam 3.30 petang dan ianya telah disempurnakan oleh
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia. Semasa majlis perasmian tersebut, para pengunjung telah
dipertontonkan dengan kejayaan animasi kartun Upin & Ipin ini di luar
negara seperti Indonesia. Malah, kartun Upin & Ipin ini ditayangkan di
Indonesia dalam Bahasa Melayu. Les' Copaque Production juga telah
menandatangani kerjasama dengan negara China bagi mempromosikan animasi kartun
Upin & Ipin ke negara China.
Sesuai dengan hasrat
Kerajaan mengiktirafkan watak Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan
Malaysia, Les' Copaque Production sedang dalam perancangan untuk
membina Taman Tema Upin & Ipin yang lengkap dengan kemudahan hotel. Sudah
pasti, inisiatif ini dapat menarik lebih ramai lagi pelanconga berkunjung ke
Malaysia.
Ok...jom cerita apa
yang menarik tentang Karnival Upin & Ipin ini. Jika dilihat pada harga
tiketnya, ianya dijual pada harga yang berpatutan. Tiket VIP juga ditawarkan
kepada pengunjung. Dengan tiket VIP ni korang ada access untuk duduk
bersebelahan dengan pentas utama dan berpeluang untuk bergambar dengan
watak-watak kartun keluar Les' Copaque Production.
Dewan Utama (Hall A)
* Persembahan maskot
Upin, Ipin dan kawan-kawan
* Ultraman Ribut
* Puteri Limau
* Pada Zaman Dahulu
* Upin & Ipin The
Musical
* dan banyak lagi...
Dewan Magik (Hall C)
* Alam Dino
* Rumah Opah
* Bergambar di Tadika
Mesra
* Bergambar bersama
Ultraman Ribut
* Berinteraksi bersama
Kak Ros
* dan banyak lagi.
Booth Puteri Limau untuk adik-adik membuat perhiasan seorang puteri, bersolek dan menggayakan watak seorang Puteri Limau
Apa yang menarik di Hall A
ni, terdapat skrin besar di pentas utama. Jadi, sementara menunggu kemunculan
watak kartun kegemaran korang, korang dengan family boleh duduk melepak depan
pentas utama sambil menonton siri kartun Upin & Ipin yang ditayangkan
melalui skrin besar tersebut.
Para pengunjung yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Karnival Upin & Ipin
Ruang duduk untuk tiket VIP
Selain itu, banyak booth
pameran dan jualan terdapat di Hall A. Kalau nak menabung SSPN pun boleh semasa
karnival Upin & Ipin tersebut. Kalau korang nak tahu Achik sempat semak
laporan CCRIS di booth Bank Negara Malaysia..hehehe..
Selain booth pameran dan
jualan, turut disediakan pelbagai permainan untuk anak-anak turut serta. Di
kaunter penebusan tiket korang akan diberi buku nota kecil. Sebenarnya buku
nota tersebut untuk korang main kesemua permainan yang disediakan di karnival
tersebut dan dapatkan cop disetiap muka surat. Kalau korang berjaya lengkapkan
semua permainan tersebut, korang akan diberi medal. Seronok tengok ibu bapa
yang sporting melayan karenah anak-anak mereka di karnival tersebut.
Yela...hujung tahun la waktu yang sesuai untuk manjakan anak-anak korang...sebab
cuti sekolah kan.
Booth jualan biskut jenama Upin & Ipin dan barangan Ultraman
Gerai jualan buku
Barangan koleksi Upin dan Ipin pun ada
Permainan untuk anak-anak dan orang dewasa juga..hehehe
Puas meronda dalam Hall A, Achik dan Anis terus ke pentas utama untuk menonton persembahan Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Ultraman Ribut. Rasa beruntung pula bila dapat duduk di ruangan VIP..Jadi kitorang dapat melihat watak-watak kartun ini dengan lebih dekat. Malah, Achik pun tak nak kalah dengan kanak-kanak yang ada di situ untuk turut bergambar dengan Upin & Ipin..hahaha...rasa teruja bila tengok banyak sangat maskot Upin & Ipin keluar di atas pentas...
Masa yang dinanti-nanti pun
tiba...Persembahan oleh Ultraman Ribut....sebelum persembahan bermula, pihak
penganjur telah meminta kerjasama daripada para ibu bapa agar mengawal ketat
anak mereka dan tidak naik ke atas pentas semasa persembahan Ultraman Ribut
sedang berlangsung. Kenapa ..? Sebabnya aksi yang dimainkan betul-betul
real..Aksi berlawan, aksi tergolek atas pentas, aksi tendang-menendang...Malah
costume raksasa yang besar tu jugak dikhuatiri akan terkena pada kanak-kanak
sekiranya mereka dibiarkan bebas di atas pentas utama. Achik cukup teruja
dengan persembahan Ultraman Ribut. Terkejut juga melihat kemunculan raksasa
yang cukup besar. Macam mana la agak rasa si pemakai costume tersebut..berdiri
dan berjalan dengan costume raksasa yang sangat besar tu..hahahaa...Kalau
korang nak tahu, krew Ultraman Ribut ini dijemput khas dari negara
Jepun...Hebatkan !
Besar sangat raksasa ni
Selain Hall A, banyak lagi
aktiviti menarik disediakan di Hall C....sayang betul Achik tak sempat
berkunjung ke Hall C..Akibat kekangan masa dan perlu bergegas pulang sebab
Achik ada lawan badminton pada malam tu. Kalau tak, memang Achik stay lebih
lama untuk menikmati keseronokan di Hall C..rasa jeles tengok gambar-gambar
menarik di Hall C yang dikongsikan oleh rakan-rakan blogger yang
lain...Tula...kalau Achik ni dah berkahwin dan ada anak sendiri, sudah tentu
dari pagi bawak ke malam Achik berkampung di Karnival Upin & Ipin
ni...Hahahaha..
Apa-apa pun, syabas dan
sekalung tahniah Achik ucapkan kepada Les' Copaque
Production atas kejayaan menganjurkan Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa
ini. Diharapkan karnival ini terus diadakan pada setiap tahun dan bilangan
harinya dilanjutkan agar lebih ramai lagi Ibu Bapa yang berada di luar Klang
Valley dapat membawa anak-anak mereka berhibur di karnival ini
Untuk
maklumat lanjut layari :
Website
: www.lescopaque.com
Facebook
: www.facebook.com/upinipinofficial
Instagram
: www.instagram.com/upinipinofficial
~ Achik ~
aku paling suka show ultraman weii hahahhaha...teruja
ReplyDelete