Assalamualaikum dan salam
sejahtera…
Yeayyyy…!!! Cuti sekolah
dah pun bermula!!! Sempena cuti sekolah ini Lost World of Tambun (LWOT) membawakan kemunculan wira-wira dalam
Cartoon Networks iaitu The Powerpuff
Girls (menyelinap dari sekolah dan menyelamatkan dunia) dan Ben 10 (seorang budak lelaki berusia 10
tahun yang boleh bertukar kepada makhluk asing).
Sempena Cuti Sekolah ini,
LWOT menjanjikan aktiviti yang penuh
keseronokan bermula dari 25 November
2017 hingga 01 Januari 2018. Pengunjung sudah pasti akan tertarik dengan
hiasan pokok krismas setinggi 20 kaki di Malayana Village, hiasan berkonsep epik
dan patung-patung The Powerpuff Girls dan hiasan Ben 10 di Toon City,
Riverside. Sudah pasti akan ada permainan yang menarikh seperti Giant Jenga, Giant Snakes & Ladders,
Giant Slingshot, Shuttle Smash, Wheel of Power dan Slow & Steady yang akan menguji koordianasi dan minda anak-anak
anda.
Nurul
Nuzairi, General Manager of Lost World Of Tambun, Saimi
Abdullah, Senior Manager Operation KTMB ETS & Intercity Services dan Angeline
Pasqual, General Manager of Sales & Marketing of Sunway Theme Parks
Sepanjang musim cuti
sekolah ini juga, LWOT turut
menyediakan 4 sesi ‘meet-and-greet’ dalam sehari untuk anak-anak bertemu dengan
watak kartun tersebut dan menari bersama mereka. Awesome Pool Party juga akan
diadakan di Jungle Wave Bay yang akan menampilkan kemunculan Ben 10 dan
Powerpuff Girls.
Para pengunjung juga
berpeluang menikmati popcorn diinspirasi oleh Cartoon Network dan gula-gula
kapas. Sepanjang tempoh promosi POW Holiday ini, para pengunjung berpeluang untuk membeli-belah pelbagai
barangan bertemakan Ben 10 dan Powerpuff Girls di POW SHOP. Macam-macam
barangan menanti korang semua…hanya sediakan duit je..hehehehe...
Encik Nurul Nuzairi bin Mohd Azahari, Pengurus Besar LWOT
"Meluangkan waktu
bersama di luar rumah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan adalah sangat
berharga. Pada hujung tahun yang istimewa ini, LWOT akan membawa watak-watak kartun sepanjang masa yang akan
membawa kehidupan kepada LWOT! Sudah
pasti LWOT menjadi tempat yang paling sesuai bagi mereka yang ingin berehat dan
melepaskan diri dari kesibukan setiap hari dan menikmati keindahan alam semula
jadi di sekitar LWOT, "kata
Nurul Nuzairi Bin Mohd Azahari, Pengurus Besar Lost World Of Tambun .
Selain itu, lebih menarik
lagi LWOT turut bekerjasama dengan
rakan pengangkutan strategiknya iaitu ETS
KTMB. ETS KTMB sedang menganjurkan Peraduan
LWOT-ETS Selfie sehingga 31 Disember
2017. Para peserta perlu mengambil gambar di mana-mana poster Lost World POW Holiday dan berdiri di 6 stesen ETS yang
terletak di KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang
Besar.
Para peserta perlu mengambil gambar di mana-mana poster Lost World POW Holiday yang terdapat di 6
stesen ETS yang terletak di KL Sentral , Gemas, Ipoh, Sungai Petani,
Butterworth dan Padang Besar. Gambar selfie tersebut hendaklah dihantar beserta
ID tiket ETS di laman web di https://a.pgtb.me/WsSkkd.
Seorang pemenang mingguan akan membawa pulang penginapan 2D1N di Lost World
Glamping untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket kereta api ETS pergi/balik
ke/dari Padang Besar. Sepuluh hadiah mingguan iaitu 4 tiket masuk ke LWOT (2
dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk dimenangi.
Majlis Perasmian POW Holiday di LWOT
LWOT adalah destinasi pilihan yang tempat sekiranya korang nak menikmati keindahan alam semula jadi. Kalau korang nak tahu, LWOT telah pun meluaskan kawasan Petting Zoo nya...Lebih banyak tarikan alam semulajadi untuk korang nikmati di Petting Zoo.
Jadi tunggu apa lagi, jom rancang percutian hujung tahun korang bersama keluarga di Lost World of Tambun. Nikmati diskaun sehingga 35% apabila korang membuat pembelian tiket secara atas talian.
Jadi apa yang menarik di LWOT..? Dengan pembelian tiket tersebut, korang leh enjoy semua tarikan yang ada di:
* Lost World Amusement Park
* Lost World Water Park
* Lost World Tiger Valley
* Lost World Petting Zoo
* Lost World Tin Valley
* Lost World Hot Springs & Spa
* Lost World Lupe's Adventure
* Lost World Hippo Kingdom
Waktu Operasi:
Hari biasa : 11.00 am - 6.00 pm
Hari minggu : 10.00 am - 6.00 pm
*tutup pada setiap hari selasa kecuali pada musim cuti sekolah / cuti umum
Antara tarikan di Lost World Amusement Park
Catopia...tarikan terbaru di Tiger Valley...Peminat kucing jangan lupa singgah di Catopia untuk tengok kucing baka maine coon yang gemuk2
Antara tarikan di Petting Zoo LWOT
Saksikan persembahan sketsa di Lost World Tin Valley
Tarikan terbaru di Lost World Hippo Kingdom
Untuk pembelian tiket masuk secara online, layari https://sunwaylostworldoftambun.com/product/pow-holidays/..
Korang juga boleh pilih untuk menginap di Lost World Hotel. Setiap tempahan yang dibuat, korang akan dapat tiket masuk ke Night Hot Spring & Spa dan sarapan untuk 2 orang. Layari https://sunwaylostworldoftambun.com/lost-world-hotel/ untuk tempahan bilik.
Berhibur dengan persembahan oleh Flaming Percussion pada waktu malam dan nikmati keindahan Night Hot Springs & Spa pada waktu malam
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment