Sunday, October 29, 2017

Kemeriahan Watsons Move Your Body Zumba Party 2017 di Surf Beach Sunway Lagoon


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun ini sekali lagi Watsons Malaysia berjaya menganjurkan Watsons Move Your Body Zumba 2017 bertempat di lokasi yang sama iaitu di Surf Beach Sunway Lagoon. Inisiatif sihat oleh Watsons Malaysia ini adalah seiring dengan kempen #GETACTIVE Watsons. Kempen sihat ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kehidupan yang sihat serta meletakkan Watsons sebagai destinasi beli-belah produk kesihatan dan kecantikan nombor satu di Malaysia.

Tahniah diucapkan buat Watsons atas kejayaan mengadakan acara Zumba pantai ini pada 22 Oktober 2017 yang lalu dengan mencatatkan kejayaan seramai 6,823 penyertaan.


Kalau korang nak tahu terdapat peningkatan dalam jumlah penyertaan peserta Zumba pantai pada tahun ini berbanding pada tahun 2016. Pada tahun lalu, Watsons Move Your Body Zumba telah dihadiri seramai 5,360 orang peserta. Untuk tahun 2017, jumlah penyertaan telah meningkatkan kepada lebih 6,823 peserta dan ianya merupakan acara zumba pantai terbesar di Malaysia. 

Tahun lepas Achik tidak berkesempatan untuk turut serta. Kebetulan pada tahun ini Achik memang aktif bersukan, jadi acara seperti ini tidak sepatutnya dilepaskan.

Antara instrutor Zumba yang turut hadir terdiri daripada instructor luar negara dan juga Malaysia

Pada hari tersebut, pelbagai jenama barangan yang dijual di kedai Watsons turut mengambil bahagian. Pelbagai booth dibuka dan peserta Zumba berpeluang untuk bermain permainan yang disediakan. Sudah pasti sample dan hadiah percuma diberikan kepada peserta Zumba yang mengambil bahagian dalam permainan tersebut.

Permainan menembak dengan tepat. Para peserta diberi sample percuma Pati Ayam Brands

Jenama Salonpas turut mengambil bahagian. Peserta yang mengambil bahagian berpeluang untuk mendapat plaster salonpas secara percuma.

Edisi 2017 ini telah diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon menyaksikan peminat Zumba berusaha untuk mengikut rutin gerakan Zumba dengan kerjasama dengan Zumba Fitness, badan pentadbir seluruh dunia Zumba yang berpengkalan di Florida, Amerika Syarikat.

“Setelah dianjurkan selama empat tahun, Watsons Move Your Body Zumba kini menjadi acara terulung dan oleh itu kami ingin memberikan pengalaman yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit iaitu dengan menjemput jurulatih Zumba antarabangsa dan pelbagai acara yang bagaikan pesta untuk menghiburkan anda.” kata Caryn Loh, Pengurus Besar Watsons Malaysia.

Acara di pentas utama sebelum bermula Zumba pantai

Bertemakan pesta pantai Zumba, acara ini telah dikendalikan oleh pengacara yang merupakan rakan selebriti Watsons, Dennis Yin yang telah menghangat malam acara dengan aktiviti pentas dan cabutan bertuah. Sebelum bermulanya acara Zumba, pentas Zumba telah dimeriahkan dengan pertandingan gerakan zumba yang disertai oleh peserta Zumba yang sangat sporting.


Sesi Watsons Move Your Body Zumba telah dimulakan dan diketuai oleh tiga pakar antarabangsa utama Zumba Education Specialist – Richard Gormley dari Kanada, Nana dari Korea Selatan dan Henry Cendeno dari Amerika Syarikat, termasuklah penari Zumba Deno Au, Alex Phang dan Sunny Cheung dari Malaysia.

Kami berempat sangat gembira pada malam tersebut. Sememangnya tiga daripada kami memang kaki zumba...hehehehe

Barisan Penaja Watsons Move Your Body Zumba 2017 Termasuklah:

Lokasi Rasmi : Sunway Lagoon
Pakaian Rasmi : Ultron Sport
Rakan Rasmi Kecergasan : Celebrity Fitness
Rakan Percutian Rasmi : Packist.com
Rakan Permainan Mudah Alih Rasmi : CheQQme
Penyedia Air Rasmi : Coway
Kasut Aqua dan Kecergasan Rasmi : Ballop
Rakan Pengangkutan Rasmi : Grab

Lautan manusia di Surf Beach Sunway Lagoon dengan tshirt berwarna yellow green dan lengkap dengan aksesori berlampu.

Achik turut berzumba pada malam tersebut. 2 jam berzumba sememangnya sangat berbaloi. Banyak kalori terbakar.

Jenama Yang Mengambil Bahagian Dalam Watsons Move Your Body Zumba 2017:

Ammeltz Yoko Yoko
Bausch & Lomb
Berocca
Blackmores
Blink
Brands
Bye Bye Fever
Cebion
Cetaphil
Champs
Ebene
Essentiale
Flavettes
Gaviscon
Horleys
Kinohimitsu
Kordel’s
McDavid
Naturalle
NH Detoxlim
NH Nutri Grains
OptiFree
Pharmaton
Proviton
Redoxon
Salonpas
Sanctband
Scholl
Scott’s
Total Image
Watsons Brand Vitamin C


Sekali lagi tahniah Achik ucapkan buat Watsons atas kejayaan penganjuran himpunan zumba pantai terbesar ini. Achik harapkan Watsons akan meneruskan aktiviti sihat ini pada setiap tahun dan sudah pastinya Achik tak sabar nak tunggu Watsons Move Your Body Zumba pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.watsons.com.my/move-your-body

Kalau korang ada gambar untuk dikongsikan di media sosial, jangan lupa gunakan hashtag rasmi acara seperti di bawah:

#watsonsmoveyourbody #getactive #watsonsmalaysia

~ Achik ~


No comments:

Post a Comment