Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Satu Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif telah dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat dengan tajaan COUDRE Kuala Lumpur. Pertandingan yang telah bermula pada 15 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 telah menyaksikan ramai anak muda yang kreatif menghasilkan video-video yang menarikh berkonsepkan 'Mencari Rezeki Yang Berkat'.
Berikut adalah terma & syarat pertandingan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta yang mengambil bahagian:
i)
'Like' page Pusat Pungutan Zakat
ii)
Berumur 18 tahun ke atas
iii) Tajuk
Video 'Mencari Rezeki Yang Berkat'
iv) Video
dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang
perisian untuk tujuan penyuntingan
v)
Durasi video adalah 3 minit sahaja
vi) Montaj
video hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur.
Pada 10 November 2017 yang lalu merupakan hari yang dinanti-nanti oleh semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan video ini. Satu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM Kreatif Anjuran Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP telah pun diadakan pada 10 November 2017. Sebanyak dua (2) kategori dipertandingkan iaitu Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati) dan Anugerah Video Pilihan Ramai.
Kalau dilihat pada terma dan syarat pertandingan, mudah sahaja untuk menghasilkan video kreatif tersebut. Hanya berdurasi 3 minit dan menggunakan telefon pintar. Jadi korang tak perlu pun perakam video untuk turut serta dalam pertandingan ini. Untuk kategori Anugerah Video Pilihan Ramai, pemilihan pemenang akan dibuat oleh pengguna laman sosial di FB rasmi Pusat Pungutan Zakat. Kesemua video para peserta yang mengambil bahagian telah pun di muat naik di Facebook rasmi Pusat Pungutan Zakat bermula 10 Oktober 2017 hingga 17 Oktober 2017. Sepanjang lapan (8) hari tersebut, video yang mendapat jumlah Like dan Share tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Video Pilihan Ramai.
Jom kita tengok senarai pemenang untuk Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF anjuran Pusat Pungutan Zakat dengan tajaan Courde Kuala Lumpur:
Tempat Pertama
(membawa pulang wang tunai RM2000)
Anugerah Pilihan Ramai
(membawa pulang wang tunai RM1000)
MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN
Tempat Kedua
(membawa pulang wang tunai RM1500)
SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN
Tempat Ketiga
(membawa pulang wang tunai RM1000)
NURHIDAYAH BINTI ATMIN
Dan bagi Hadiah Saguhati seramai 9 orang dimenangi oleh dan membawa pulang wang tunai RM500 ialah:
NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN
MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM
MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN
MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ
NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI
NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI
ANIS ASYIKIN BIN ALIAS
MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI
MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID
Barisan para pemenang Pertandingan Mencipta Video JOM Kreatif Anjuran PPZ-MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ-MAIWP telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rais Hj. Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berusaha Tn. Haji Abdul Hakim Amir Osman (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP), Yang Berbahagia Cik Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin (Pemilik Boutique Coudre KL), barisan pengurusan PPZ-MAIWP, para pemenang, para blogger dan tetamu undangan.
Tahniah Achik ucapkan buat para pemenang dan semua yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF ini. Syabas juga diucapkan kepada Pusat Pungutan Zakat atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai individu kreatif di kalangan anak muda kita. Malah, dengan adanya pertandingan seperti ini ianya dapat menambahkan lagi pemahaman masyarakat kita khususnya anak muda pada masa kini tentang Zakat.
Untuk info lanjut layari laman web berikut:
~ Achik ~
wahhh bestnya hadiah ribu ribu. next round nak join laa jugak. tahniah ppz
ReplyDeleteAdik ni memang kreatif lah boleh menang juara
ReplyDelete