Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
YEZ 2017....Apa tu..? Jangan pula korang keliru dengan year
end sale pula. Mentang-mentang hujung tahun ni, semua ingat year end sale je kan..
Sebagai salah
seorang umat Islam, sudahkah korang menjalankan tanggungjawab korang dalam
menunaikan zakat...? Mungkin ada sesetengah kita yang terlupa untuk membuat
potongan zakat pendapatan secara bulanan mulai potongan gaji..Dan mungkin juga
ada yang dah pun buat potongan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan
gaji tetapi amaun zakatnya tidak mencukupi dengan nisbah pengiraan yang
ditetapkan. Jadi apa langkah-langkah seterusnya yang boleh korang lakukan...?
Haaa..meh
Achik nak cerita sikit tentang Kempen Zakat yang telah dilancarkan oleh Puzat
Pungutan Zakat – MAIWP. Kempen yang diberi nama YEAR END ZAKAT (YEZ) 2017
ini telah pun bermula sejak 01 Disember 2017 dan akan berakhir pada 31 Disember
2017. Banyak sebenarnya usaha-usaha yang telah dibuat oleh PPZ – MAIWP dalam
meningkatkan kesedaran di kalangan kita khususnya umat Islam untuk menunaikan
kewajipan dalam membayar zakat.
Dengan Kempen
YEZ 2017 ini, ianya memberikan kemudahan kepada korang semua untuk membuat
bayaran zakat sebelum berakhirnya tahun 2017.
Tempoh
Kempen YEZ 2017
1 Disember 2017 - 31 Disember 2017
Sempena
berlangsungnya Kempen YEZ 2017, PPZ – MAIWP menyediakan pelbagai saluran
untuk memudahkan korang buat bayaran zakat...Jom tengok medium pembayaran yang
mana sesuai untuk korang:
i)
Kaunter PPZ – MAIWP
Sepanjang
bulan Disember 2017, 11 kaunter PPZ – MAIWP akan beroperasi pada setiap
hari termasuk pada hari cuti umum (Waktu Operasi : 8.15 am hingga 4.45 pm).
Bermula
26 Dis – 31 Dis 2017, kaunter PPZ –
MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 am hingga 8.00 pm
ii)
Melalui Portal PPZ – MAIWP
Bayaran
boleh dibuat menggunakan sistem FPX – Kad Kredit Perbankan Islam di laman web www.zakat.gov.my
iii)
Pos Malaysia
Buat
bayaran zakat di Kaunter Pejabat Pos sekitar Wilayah Persekutuan
iv)
Perbankan Internet
Sebanyak
14 bank utama di Malaysia menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat secara atas
talian. Bayaran zakat juga boleh dibuat melalui MyEG.
v)
Kaunter Bergerak
Sebanyak
12 lokasi disediakan bagi kaunter bergerak yang beroperasi bermula jam 11.00 am
hingga 3.00 pm. Pastikan korang rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut
tentang tarikh & lokasi kaunter bergerak tersebut.
vi)
Skim Thohir
Untuk
mereka yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji.
Mudahkan
sebenarnya nak membuat bayaran zakat? PPZ-MAIWP menyediakan pelbagai saluran
untuk memberikan kemudahan buat korang semua. Jadi, seharusnya tiada lagi
alasan “tiada masa” untuk membuat bayaran zakat kerana semuanya dapat diakses
di hujung jari kita sahaja.
Tawaran Menarik Sempena KEMPEN YEZ 2017
Sepanjang tempoh Kempen YEZ 2017 ini, PPZ – MAIWP menawarkan
cenderahati khas buat korang yang membuat bayaran zakat di Kaunter-kaunter PPZ –
MAIWP. Korang berpeluang untuk bawa pulang CD
MAU’ IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Kalendar Meja 2018 yang
mengandungi info tentang waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan
kepada pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ – MAIWP.
Menarik kan? Patut la dua hari lepas kawan Achik ada kongsikan gambar Kalendar
Meja 2018 yang dia dapat masa buat bayaran zakat di Kaunter Zakat di Bangi.
Bukan itu sahaja...Korang yang
buat bayaran zakat di kaunter PPZ – MAIWP berpeluang
untuk menangi hadiah cabutan bertuah. Sebanyak 1 cabutan bertuah pada
setiap hari bermula 01 Dis hingga 29 Dis 2017 manakala sebanyak 20 cabutan
bertuah pada tarikh 30 Dis & 31 Dis 2017...Bayar zakat pun berpeluang
menang hadiah..Best !
Dengar cerita karektor kartun Omar dan Hana akan
berada di Kaunter PPZ – MAIWP yang terletak di Shamelin Perkasa pada 30 Dis & 31 Dis 2017. Jadi jangan lupa
bawa anak-anak korang ke Shamelin Perkasa sepanjang 2 hari ini.
Mereka yang tak sempat berkunjung
ke kaunter PPZ – MAIWP untuk tunaikan tanggungjawab membayar zakat juga
berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Sebanyak 100 hadiah
ditawarkan buat mereka yang membuat bayaran zakat melalui laman web PPZ – MAIWP
di www.zakat.com.my
.
Jom laksanakan
tanggungjawab membayar zakat sebelum berakhirnya tahun 2017. Untuk info lanjut
boleh layari laman web dan hubungi no telefon di bawah:
Talian
Zakat : 1-300-88-5757
~
Achik ~
Bagusnya kempen Ni..kempen YEZ bukan sale la ye hahaha
ReplyDelete