Sunday, September 25, 2016

Jatuh Cinta : 8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Assalamualaikum dan sejahtera korang !!!

Selepas Huawei P9, kini pasaran teknologi telefon pintar dihangatkan lagi dengan pelancaran model terbaru Honor 8 yang telah dilancarkan di Malaysia pada 6 September 2016 yang lalu. Achik sememangnya salah seorang peminat telefon pintar. Setiap kali terdapat model baru dilancarkan di pasaran, Achik pasti membuat kajian pasaran dengan membuat perbandingan ciri-ciri yang ada pada telefon pintar tersebut berbanding telefon pintar yang telah pun berada di pasaran. Malah, selari dengan perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi maklumat pada masa kini, ciri-ciri yang ada pada sesuatu telefon pintar yang baru dilancarkan turut memainkan peranan yang hebat dalam menarik minat pembeli.

Sejak Honor 8 dilancarkan, banyak cerita-cerita hebat yang Achik dengar berkaitan teknologi dan kecanggihan yang ada pada model ini. Kebetulan Achik memang sedang mencari telefon pintar yang baru dan ternyata Honor 8 memenuhi segala kriteria yang Achik tetapkan. Yup, Achik dah jatuh cinta dengan model telefon pintar terbaru keluaran Huawei ini. Kenapa? Jom Achik kongsikan dengan korang semua 8 Sebab Kenapa Korang Perlu Dapatkan Honor 8.

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8


1)  Dual Kamera Yang Canggih Untuk Kualiti Gambar Yang Terbaik !

Kualiti kamera yang terdapat pada sesuatu model telefon pintar sangat memainkan peranan. Setiap kali ingin membeli telefon bimbit, Achik sangat menitikberatkan kualiti kamera yang ditawarkan pada telefon pintar tersebut. Korang jangan terkejut kalau Achik beritahu yang telefon pintar Honor 8 ini menawarkan kamera 12 megapixel dengan 2 lensa kamera dibelakangnya yang berfungsi sebagai kamera warna dan monokrom. Gabungan 2 jenis lensa ini mampu menghasilkan kualiti gambar yang terbaik walau pun dalam keadaan cahaya yang kurang / malap. Jadi, lepas ni tak perlulah korang risau apabila hendak mengambil gambar di kawasan yang kurang pencahayaan. Sebabnya, 2 lensa kamera yang ada pada Honor 8 ni mampu memberikan pencahayaan yang secukupnya dalam setiap gambar yang diambil. Best kan.!

Hasilkan gambar seperti jurugambar profesional hanya dengan Honor 8

Tak cukup dengan kamera belakang, kamera hadapan yang ditawarkan oleh Honor 8 juga sangat menggembirakan pemiliknya. Kamera hadapan dengan 8 megapixel sudah pasti dapat menghasil gambar selfie yang cantik walau pun dalam keadaan cahaya yang rendah. 

Jadi, kalau korang diberi pilihan antara Honor 8 dengan Kamera Digital, mana satu yang korang akan pilih??

Dengan fungsi kamera yang ada pada Honor 8 ni, sudah tentu Achik akan pilih Honor 8...Untuk apa pikul kamera digital berat-berat kalau Honor 8 mampu memberikan kualiti gambar yang cantik..Betul tak?


2)  Paparan Skrin Yang Jelas & Selamat Untuk Mata!

Seperti televisyen (TV) juga, paparan skrin pada telefon pintar juga semakin hari semakin canggih. Kalau TV pun kita suka untuk menonton TV yang ada fungsi HD mahu pun 3D, ini kan pula telefon pintar. Melihat paparan skrin Honor 8, seperti mata kita sedang melihat sesuatu yang realiti / "bernyawa". Honor 8 memberikan paparan FHD 5.2-inci dengan 96% high colour gamut (NTSC) menjadi paparan skrin lebih cerah ! Didatangkan dengan teknologi kawalan warna dan dynamic pixel level, ianya dapat memberikan paparan skrin yang jelas dan cerah.

Lebih istimewa, korang boleh gunakan fungsi Eye-care filter untuk menapis cahaya biru yang dapat mengurangkan ketegangan mata. Fungsi eye-care filter ini memang sesuai sangatlah dengan Achik yang mempunyai masalah silau pada mata. Mata Achik mudah letih sekiranya terlalu lama mengadap skrin yang terang. Jadi, dengan Honor 8 ni mata Achik lebih selesa dan tidak berasa letih semasa menonton video, bermain games atau pun membaca dalam tempoh yang lama.



3)  Teknologi Mengecas Lebih Pantas & Bateri Tahan Lebih Lama !

Ini antara sebab utama kenapa Achik sukakan Honor 8. Achik adalah seorang pengguna telefon pintar yang tegar. Setiap minit boleh kata telefon pintar pasti ada pada tangan Achik. Malah, untuk memandu kemana sahaja, Achik pasti menggunakan aplikasi Waze bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Bayangkan dengan peratusan kekerapan penggunaan aplikasi yang banyak menggunakan bateri, berapa lama sahaja bateri telefon pintar Achik mampu bertahan kan.

Berbeza dengan Honor 8, ianya didatangkan dengan bateri berkapasiti 3000mAh yang disokong dengan Smart Power 4.0 yang memaksimumkan tempoh penggunaan bateri tersebut. Dengan adanya fungsi sokongan Smart Power 4.0 ini, kuasa bateri yang ada mampu bertahan selama 1.77 hari bagi penggunaan biasa dan 1.22 hari bagi penggunaan yang kerap. Nampak tak ??? Kuasa bateri mampu bertahan selama 1.22 hari bagi penggunaan yang kerap !!!! Ini yang membuatkan Achik suka sangat dengan Honor 8. Lepas ni, takdelah kerap sangat Achik perlu cas bateri telefon pintar Achik. Hehehe..


Selain memiliki kuasa bateri yang tahan lebih lama, Honor 8 juga memiliki ciri 9V/2A teknologi mengecas yang lebih pantas ! Dalam tempoh 30 minit masa mengecas, teknologi ini mampu memberikan 47% kuasa kepada bateri Honor 8 korang. Pantas kan..? Sesuai sangat dengan Achik yang selalu terlupa nak cas telefon. Lepas ni, Achik tak perlu risau tak cukup masa untuk mengecas bateri telefon pintar sebab Honor 8 dapat membantu Achik menyelesaikan masalah tersebut.


4)  Boleh Tukar Channel TV & Kawal Penghawa Dingin ?

Ok...Yang ni sesuatu yang luar biasa sangat !!! Dengan Honor 8, korang boleh kawal peralatan elektronik termasuklah TV, penghawa dingin atau apa saja peralatan elektronik yang sokong peranti ini. Perghhh...canggih tau !!!! 


Honor 8 dilengkapi dengan kawalan pintar 4.0 (Smart Control 4.0) yang mampu mengawal peralatan elektronik yang dikeluarkan oleh lebih 5000 barangan berjenama antarabangsa serta lebih 230,000 model antarabangsa. Sesuatu yang menarik untuk diterokai. Tak pernah lagi sebelum ni Achik mendengar mana-mana telefon pintar yang boleh mengawal peralatan elektronik. Kalau betul Honor 8 mampu mengawal peralatan elektronik korang, jadi tak perlulah Achik risau kalau remote control peralatan elektronik dekat rumah ni rosak, hilang atau salah letak di mana-mana..Kejadian remote control rosak atau salah letak sampai cari tak jumpa adalah kejadian yang selalu terjadi di rumah Achik..hahaha..Lepas ni dengan adanya Honor 8, Achik boleh buat magic tukar siaran TV menggunakan telefon pintar sahaja. Pasti seronok !


5)  Keselamatan Telefon Pintar Terjamin Dengan Fungsi Pengimbas Cap Jari

Ini juga merupakan antara 8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8. Banyak dah telefon pintar yang ada di pasaran sudah dilengkapi dengan fungsi pengimbas cap jari bagi melindungi keselematan maklumat dalam telefon pintar. Tapi tidak pula Achik tahu berapakah tahap kepantasan telefon pintar yang lain dalam mengimbas cap jari pemiliknya untuk unlock telefon pintar tersebut.

Namun, Achik percaya...penambahbaikan yang ada pada Honor 8 ini menjadikan ianya telefon pintar terbaik dengan pengimbas cap jari yang terpantas ! Dengan Honor 8, korang boleh unlock telefon pintar korang sepantas 0.4 saat melalui imbasan cap jari.! Wow..!!!! Sangat pantas !


Kedudukan pengimbas cap jari juga sangat strategik iaitu berada di bahagian belakang telefon memudahkan Achik untuk membuka mana-mana aplikasi kegemaran Achik dengan lebih pantas. Kini penggunaan telefon pintar jadi lebih mudah dan pantas dengan Honor 8 !


6)  Rekabentuk Elegan Dengan '15-layer craftmanship' !

Ini adalah perkara utama yang hangat dibualkan di kalangan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan telefon pintar di pasaran. 'Honor 8 is crafted and designed to precision!' 


Yes ! Setiap bahagian pada telefon pintar ini dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ianya memberikan fungsi yang terbaik di kalangan telefon pintar yang ada di pasaran. Direka dengan '15-layers craftmanship' dengan kesan 3D, rekabentuk Honor 8 sangat elegan, kemas, tampak mahal malah teksturnya membuatkan ianya selesa dipegang oleh tapak tangan korang.


7)  Teknologi Terkini Dengan Prestasi CPU Yang Laju !

Cakap tentang prestasi CPU ini, Achik teringat dengan officemate Achik yang kerap tanya Achik tentang processor telefon pintar. Mana taknya, telefon pintar dia terlalu perlahan. Sampaikan Achik kata, "belilah telefon baru yang tinggi kelajuan dan RAM nya"..Setiap kali dia survey telefon pintar secara atas talian, dia pasti akan tanya Achik ok tak kelajuan dan RAM telefon tu. Nampak kan betapa pentingnya kelajuan CPU serta RAM yang ada pada sesuatu telefon pintar tu? 


Jadi, ini juga merupakan antara 8 sebab kenapa Achik sukakan Honor 8 ! Ianya dikuasakan dengan processor berkelajuan 2.3GHz CPU OCTA-core dan 4GB LPDDR4 RAM. Dengan Honor 8, proses peralihan antara aplikasi dan fungsi telefon pintar lebih licin dan lancar. 


8)  Harga Mampu Milik Dengan Kepuasan Yang Maksima !

Sememangnya kebanyakan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Huawei menawarkan harga mampu milik yang jauh lebih murah berbanding telefon pintar jenama lain dengan teknologi yang sama.

Untuk kali ini, sekali lagi Huawei menawarkan harga yang murah buat model telefon pintar keluaran terbarunya. Bagi Achik, kenapa perlu bayar lebih sekiranya yang murah itu menawarkan fungsi yang sama dengan yang mahal. Malah, terdapat juga sesuatu yang murah itu menawarkan fungsi yang 'extra' berbanding sesuatu yang mahal harganya.

Dengan harga yang tidak melebihi RM2k, Honor 8 memang sangat berbaloi untuk dimiliki. Honor 8 didatangkan dengan 2 versi iaitu 4GB + 64GB ROM  dan  4GB + 32GB ROM.


******

Berdasarkan 8 sebab yang Achik kongsikan di atas, ada di antara korang berminat untuk dapatkan Honor 8 ? Korang boleh dapatkan telefon pintar terbaru ini di Lazada Malaysia ! 

Klik <Honor 8> sekarang untuk membuat tempahan!

Bermula 26 Sept 2016 hingga 30 Sept 2016 ini, #MYcybersale akan berlangsung di Lazada Malaysia. Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan Honor 8 sepanjang tempoh ini.

Berikut adalah harga yang ditawarkan sepanjang #MYcybersale di Lazada Malaysia:

* Honor 8 32GB (Black / White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glas (Total Worth RM326) = RM1,699.00 sahaja !

Honor 8 64GB (Blue / Gold) FREE Honor Power Bank, Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glas (Total Worth RM575) = RM1,899.00 sahaja !



~ Achik ~

1 comment: