Saturday, September 10, 2016

Jatuh Cinta Dengan Wangian Baru Dashing Adventurer Bold 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ada ke dekat sini orang perempuan yang gemar menggunakan wangian lelaki..? Hehehe...siapa kata takde..even wangian orang perempuan pun ada juga yang digemari oleh orang lelaki..Bukan sebab adanya masalah konflik dengan jantina, tapi dah memang minat masing-masing kan..Kita tak boleh nak larang. Even Achik sendiri pun menggunakan deodarant untuk orang lelaki..Kenapa? Sebab ketiak Achik lebih sesuai dengan ramuan deodarant orang lelaki..Lebih tahan lama..Hahaha..bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikatnya..

Ok..entry kali ni nak kongsi dengan korang tentang wangian terbaru keluaran Dashing. Dashing dah ada macam-macam wangian sekarang..

Terbaru, Dashing telah melancarkan semula koleksi Adventurer 2.0 dengan pilihan semburan pewangi EDT, deodarant semburan badan dan deodarant roll-on..Wangian Dashing Adventurer 2.0 yang telah diperbahurui ini sudah pasti lebih tahan lama dan memberikan kesegaran di sepanjang hari terutama untuk lelaki yang aktif. Untuk keluaran terbaru ini, Dashing Adventurer 2.0 didatangkan dengan 2 variasi iaitu Bold 2.0 dan Edge 2.0...Mudah je nak beza kan antara Bold dan Edge..Korang tengok pada warna botolnya. Kalau Oren sudah tentu Bold 2.0 manakala warna Biru adalah Edge 2.0.

Koleksi Dashing Adventurer Bold 2.0 terdiri daripada 3 format: EDT, Deodorant Body Spray & Deodorant Roll-On

Untuk entry kali ni Achik nak kongsi dengan korang tentang variasi Bold 2.0 sebab Achik dah bau & dah gunakan pun deodorant nya..Heheheheh..Aroma akuatik yang segar dan menarik..Bold 2.0 memang sesuai digunakan oleh lelaki muda yang ingin pengembaraan yang berterusan dalam hidup mereka. Bold 2.0 membantu golongan ini untuk tampil berkeyakinan dengan haruman yang menarik dan tahan lama.

Bold 2.0 : Deodorant Body Spray

Bagi mengekalkan kesegaran dan keselesaan si pemakai, Dashing Adventurer dihasilkan dengan inovasi terkini iaitu ‘Deodorant Body Spray’ nya tiada GAS dan ianya pertama di Malaysia ! Kalau korang yang biasa gunakan deodorant body spray ni mesti tahu biasanya baru 3 minggu guna dah habis. Sebab dalam tu ada gas. Berlainan dengan Dashing Adventurer, deodorant body spray nya tiada gas dan padat dengan cecair deodorant yang boleh digunakan sehingga 750 semburan untuk satu botol. Bermakna boleh tahan sehingga 2 bulan tau. Jimat sangat ! Deodorant Body Spray Bold 2.0 ini memberikan kebaikan 6 dalam 1 termasuklah wangian kekal, cegah bau, tiada kesan, kesegaran unggul, anti-bakteria dan cepat kering.


Tahniah Dashing atas kejayaan menjadi pengeluar no. 1 deodorant body spray tanpa gas ni. Memang mudah dipakai..cepat kering dan tak melekit dekat ketiak. Jadi tak perlu risau, ianya tidak meninggalkan kesan pada baju korang..Selain inovasi tersebut, Achik tengok packaging pada Dashing Adventurer Bold 2.0 ni pun nampak menarik. Pembaharuan pada rekaan packaging nya nampak lebih menarik dan maskulin.


Selain deodorant body spray, korang juga boleh dapatkan semburan wangian EDT variasi Bold 2.0 dalam saiz 100ml. Wangian baru yang segar dan dan tahan lama ini dijual dengan harga RM34.50 termasuk 6% GST. Murah kan...berbaloi sangat. Wangian nya setanding bau wangian yang berjenama mahal..

Bold 2.0 : Deodorant Roll-On

Bold 2.0 Deodorant Roll-On ni anti peluh tau serta memberi perlindungan 7 dalam 1. Baunya kekal sehingga 60 jam. Didatangkan dalam botol 40ml, deodarant roll-on ini dijual pada harga RM6.50 termasuk 6% GST.


Mana yang gemarkan deodorant jenis spray pula, ianya didatangkan dalam botol 150ml dan dijual denga harga RM18.90 termasuk 6% GST. Macam Achik beritahu tadi, 1 botol deodorant body spray ni boleh tahan 2 bulan..Jimat sangat

3 benda yang korang sebagai orang lelaki wajib ada

Oh ye...selain Bold 2.0, korang juga boleh dapatkan variasi Edge 2.0 pada saiz dan harga yang sama. Cuma sebagai tambahan, Edge 2.0 EDT ada dijual dalam botol saiz 50ml dengan harga RM18.90 termasuk 6% GST.

Jadi, nak tampil segak, berkeyakinan dan mempunyai bau badan yang menyegarkan ? Jangan lupa guna Dashing Adventurer Bold 2.0 ni...Achik suka baunya..Kalau Achik suka, korang pasti suka...hehehehe..


~ Achik ~

5 comments:

  1. Saya juga antara penggemar minyak wangi laki... Mmg pakai minyak wangi lelaki... Dashing ni nampak macam menarik je... Nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...saya suka pkai deodorant lelaki..lebih tahan lama baunya..hehehe..

      Delete
  2. Minat dengan perfume tapi ni jenis EDT jadi sekejap je wangiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesetengah orang sukakan EDT sebab bau tak terlalu kuat..hehehe..apa2 pun lain orang lain citarasanya..

      Delete
  3. Tq achikhuda infonya,saya cuba bold 2.0

    ReplyDelete