Sunday, April 17, 2016

Majlis Pra-Pelancaran EwahEwah.com dan #STRIMUZIK

Asslamualaikum dan salam sejahtera.

Sekalung tahniah Achik ucapkan buat Juan Danza daripada Ewahewahdotcom atas kejayaan beliau dengan kewujudan Portal Hiburan Ewahewahdotcom yang dijangka akan berada pada tahap setanding dengan portal hiburan yang lain.


Satu Majlis Pra-Pelancaran Ewahewahdotcom dan #STRIMUZIK telah pun diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju sebagai penaja makanan pada hari tersebut. Ramai artis yang hadir bagi memeriahkan Majlis Pra-Pelancaran ini antaranya Nadzmi Adhwa, Ir Radzi, Asfan Shah & Kamasastra, Farez Adnan, Eyza Bahra, Syafeek Ikhwan, Farah Farhanah, Trisixty, Sahmi Ibrahim, Haziq Bintang Kecil, Pandora, Tuah Saja dan ramai lagi. Turut memeriahkan majlis juga adalah peserta-peserta daripada realiti program Mister Planet Malaysia 2016. Lebih menarik lagi apabila para tetamu yang hadir dimaklumkan bahawa kesemua artis yang membuat persembahan dan terlibat semasa majlis pra-pelancaran tersebut tidak menerima apa-apa bayaran. Kesemua artis yang hadir dengan semangat kerjasama untuk sama-sama memberi sokongan kepada portal Ewahewahdotcom.

Erul AF9

IR Radzi 

Juan Danza yang sememangnya telah lama berada dalam dunia kewartawanan mempunyai kelebihan untuk menerajui Ewahewahdotcom. Memegang prinsip #bukankakicedok , Juan sangat menitik beratkan bahasa serta penyusunan ayat yang digunakan dalam setiap entri beliau di Ewahewahdotcom. Walau ianya merupakan portal hiburan, tetapi susunan ayat yang digunakan seperti penyusunan ayat dalam surat khabar kerana Juan sangat menitikberatkan penggunaan tatabahasa yang betul. Kehebatan Juan lebih menyerlah apabila beliau seorang diri memastikan entri di portal Ewahewahdotcom, Facebook, Instagram dan Twitter sentiasa dikemaskini dengan berita hiburan yang terbaru. Juan juga seorang diri bertungkus lumus memastikan penganjuran Majlis Pra-Pelancaran Ewahewahdotcom dan #STRIMUZIK berjaya dan berjalan dengan lancar.

Zarul Zaqwan, Wakil Melaka dalam Mister Planet Malaysia 2016

Fauzi Mohamad, Wakil Perlis dalam Mister Planet Malaysia 2016 bersama Farah Farhanah

Selain itu, idea pengwujudan aplikasi android iaitu #STRIMUZIK juga merupakan buah fikiran daripada Juan sendiri. Pengwujudan aplikasi #STRIMUZIK ini bagi memudahkan para pembaca Ewahewahdotcom untuk membaca berita hiburan sambil mendengar lagu-lagu baru dan lama yang diputarkan di #STRIMUZIK. Juan turut menyeru mana-mana artis yang mempunyai single / lagu baru untuk dipromosikan, boleh emel kepada Ewahewahdotcom dalam format MP3 untuk lagu tersebut dimainkan di #STRIMUZIK. Bagi Achik, aplikasi #STRIMUZIK merupakan platform yang terbaik buat artis-artis baru diluar sana untuk mempromosikan lagu-lagu baru mereka. Jangan kata artis baru, artis lama pun ada sesetengahnya dianaktirikan dan lagu mereka jarang atau tidak kedengaran di corong-corong radio.

Ayahanda Rani Kulup pun turut buat persembahan

Haziq Bintang Kecil pun ada

Dengan adanya #STRIMUZIK, Juan berharap pada masa akan datang #STRIMUZIK dapat digunakan untuk dijadikan saluran mempromosikan sebarang event / konsert / roadshow yang akan diadakan oleh para artis. Dan semua kemudahan ini disediakan buat artis / penulis lirik / komposer secara PERCUMA..!

Farez Adnan

Adi Sixth Sense

Majlis Pra-Pelancaran EwahEwah.com dan #STRIMUZIK telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Fazley bin Yaakob. Dato’ Fazley turut merakamkan ucapan tahniah kepada Juan atas kejayaan Ewahewahdotcom & #STRIMUZIK. Dato’ Fazley turut bersetuju dengan gosip-gosip dan berita hiburan yang dikeluarkan oleh Ewahewahdotcom adalah gosip-gosip yang positif dan membina bagi membantu menaikkan nama artis.

YBhg. Dato' Fazley Yaakob

Sehubungan itu, para artis diluar sana, buang rasa ego, buang rasa bongkak, buang rasa bangga diri dan buang segalanya sifat negatif. Dunia hiburan di Malaysia tidaklah besar. Pusing-pusing, dekat situ juga. Jadi dengan adanya portal terbaru Ewahewahdotcom serta Aplikasi #STRIMUZIK ini, diharapkan para artis diluar sana dapat sama-sama bekerjasama dan memberi kerjasama dengan Ewahewahdotcom. Percayalah, dengan berpegang pada konsep #bukankakicedok , berita dan gosip hiburan yang dikeluarkan oleh Ewahewahdotcom mampu membantu menaikkan lagi nama anda semua di prasada dunia hiburan Malaysia secara tidak langsung di Brunei, Singapura dan Indonesia.

Persembahan oleh Eyza Bahra dengan single nya Cakerawala

Kumpulan Trisixty artis di bawah naungan JD Ideas

Untuk makluman semua, Majlis Pelancaran Rasmi Ewahewahdotcom akan diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) bertempat di Danga City Mall, Johor Bahru. Ramai artis akan turut serta antaranya Hazama, Mark Adam, Farez Adnan, Tuah Mentor Legend & Saja, Nanasheme, Fivelous dan ramai lagi. Jadi orang Johor dan Singapura serta mereka yang akan berada di Johor Bahru pada 30 April 2016 ini, mari sama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Rasmi Ewahewahdotcom.

Laman web rasmi : www.ewahewah.com
Facebook : Ewahewahdotcom
Instagram : @ewahewahdotcom
Twitter : @ewahewahdotcom

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih buat Juan Danza. All The Best EwahEwah.com !

~ Achik ~

Achik dikelilingi dengan peserta Mister Planet Malaysia 2016

Lain-lain artis yang turut hadir..



Projector Band

Untuk menyaksikan rakaman sebahagian artis yang telah membuat persembahan di Majlis Pra-Pelancaran Ewahewahdotcom dan #STRIMUZIK boleh klik link di bawah:




3 comments: