Tuesday, May 03, 2016

Awas ! Menjatuhkan Telefon Pintar Boleh Mengundang Bahaya Kepada Kesihatan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa yang membuatkan korang rasa stress? Exam? Kerja yang menimbun? Masalah dalam perhubungan?

Mungkin korang tak percaya menjatuhkan telefon bimbit boleh mendatangkan stress yang boleh membahayakan kesihatan korang. Tak percaya kan…Achik pun pada awalnya tak percaya juga. Tapi lepas tonton sendiri ujian yang dijalankan oleh Dr. Chia-huei Tseng, pasukan penyelidikan daripada Universiti Hong Kong buat Achik percaya apabila telefon bimbit jatuh ianya mampu mendatangkan stress pada diri kita semua.

Apabila telefon pintar kita jatuh, tak bermakna skrin telefon adalah satu-satunya komponen yang akan retak. Untuk Pertama kalinya, satu kajian akademik telah dibuat di Hong Kong yang menunjukkan ketakutan kehilangan atau memecahkan telefon pintar anda akan mewujudkan tindak balas tekanan yang sebenar dalam diri manusia. Malah tekanan yang dihadapi lebih teruk daripada gementar untuk memberi pengucapan awam. Kajian ini dijalankan dengan kerjasama OtterBox iaitu pelindung peranti terkemuka bertujuan untuk mendedahkan bagaimana emosi kita berinteraksi dengan telefon pintar.

Seperti yang Achik nyatakan sebentar tadi, kajian pendidikan ini telah dijalankan oleh Dr. Chua-huei Tseng, Penolong Professor di Jabatan Psikologi Universiti Hong Kong. Kajian yang diberi nama ‘The 21st Century Scale of Stress Report’ membuktikan bahawa kenaikan denyutan jantung seseorang secara puratanya meningkat sebanyak 15% (iaitu peningkatan sebanyak 7.45 denyutan dalam tempoh seminit) apabila telefon pintar seseorang itu jatuh. Kenaikan denyutan jantung disebabkan telefon pintar jatuh tiga (3) kali lebih laju berbanding dengan denyutan jantung yang dihadapi oleh seseorang yang berasa takut untuk memberi pengucapan awam. Tak sangkakan…Tapi memang betul pun..setiap kali telefon pintar Achik jatuh, reaksi Achik untuk selamatkan telefon tu menyebabkan denyutan jantung Achik rasa lebih laju dan berdebar-debar disebabkan stress…


‘‘A person’s cortisol level - the hormone released by the body when under stress - increases an average of 32 percent beyond the normal rate (from 8.19 to 10.82 ng/ml) when a person sees their phone crash to the floor’’

Semasa eksperimen dijalankan, pembantu kami dengan secara sengaja menjatuhkan telefon pintar individu yang diuji dan reaksi psikologi individu tersebut diukur sewaktu telefon pintar dijatuhkan. Daripada 4 ujian yang dilakukan, ternyata menjatuhkan telefon pintar paling memberikan tekanan kepada individu yang diuji dan menghasilkan perubahan psikologi yang paling drastik, kata Dr. Chia-huei Tseng.

Kita semua tahu perasaan yang dilalui ketika telefon pintar anda jatuh dari genggaman tangan anda serta menyaksikan sendiri telefon tersebut jatuh ke atas lantai. Ketegangan dan stress yang dirasai pada waktu itu mencerminkan betapa emosinya anda apabila menghadapi situasi tersebut,kata Mr. Bonnie Soon, Pengurus Besar OtterBox Asia Pacific.


Apa yang berlaku kepada tubuh manusia apabila telefon pintar jatuh ?

Ok..ini adalah penemuan utama hasil daripada eksperimen yang dijalankan oleh pasukan Dr. Chua-huei Tseng. Eksperimen yang dijalankan mengumpul maklumat berkaitan tindakbalas tekanan badan seperti kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, denyutan nadi dan tahan kepekatan kortisol. Experimen yang dijalankan secara ‘live’ ini membandingkan kesan akibat telefon pintar jatuh dengan tiga (3) aktiviti harian yang lain seperti terdedah pada bunyi yang kuat secara tiba-tiba, menyelesaikan tugas pada waktu yang singkat dan pengucapan awam. Terbukti situasi menjatuhkan telefon pintar secara sengaja / tidak disengajakan paling memberikan tekanan kepada individu.

1.   Denyutan jantung yang luar biasa

Seperti yang Achik dah maklumkan sebelum ini, hasil kajian ini menunjukkan kenaikan denyutan jantung seseorang secara puratanya meningkat sebanyak 15% (iaitu peningkatan sebanyak 7.45 denyutan dalam tempoh seminit) apabila telefon pintar seseorang itu jatuh.

2.   Badan mengeluarkan ‘stress hormone’

Kortisol merupakan ‘stress hormone’ yang dihasilkan oleh badan apabila seseorang berasa tertekan atau dalam bahaya. Apabila telefon pintar jatuh ke lantai, tahap kepekatan kortisol meningkat dengan purata 32% (dari 8.19 kepada 10.82 ng/ml) berbanding keadaan normal.

3.   Mengambil nafas dalam-dalam

‘taking a deep breath’ bermakna berlakunya peningkatan dalam pengambilan pernafasan. Ianya merupakan tanda bahawa seseorang itu memerlukan lebih oksigen untuk mengendalikan keadaan tertekan atau berbahaya. Apabila individu menyaksikan sendiri telefon pintarnya jatuh ke lantai, kadar pernafasan individu tersebut akan meningkat lebih 15% berbanding dengan keadaan sedang berehat. Situasi ini mengakibatkan pengambilan nafas meningkat empat (4) kali ganda berbanding apabila diminta untuk memberi ucapan di hadapan sekumpulan orang yang tidak dikenali.

Terkejutkan dengan result eksperimen ini? Jangan kata korang je terkejut, Dr. Chia-huei Tseng dan pasukannya turut terkejut dengan keputusan eksperimen yang mereka perolehi.


Ok…jom tengok perbandingan keputusan eksperimen berdasarkan jantina.

Lelaki vs Perempuan

Tahap kortisol Lelaki meningkat sebanyak 22% apabila telefon pintar mereka dijatuhkan manakala Perempuan hanya meningkat sebanyak 16% sahaja. Walau bagaimanapun, Perempuan akan merasai lebih tertekan berbanding memberi pengucapan awam sekiranya telefon pintar mereka jatuh sebanyak 2 kali.

Lelaki bernafas 3 kali dengan cepat apabila telefon pintar mereka jatuh berbanding apabila mereka diminta untuk menyampaikan ucapan.

Nampakkan…Walaupun kaum wanita mempunyai hati yang lebih kecil dari segi fizikal, tetapi kaum wanita adalah jantina yang lebih berani apabila bertindak balas kepada tekanan moden. Ini bermakna kaum Lelaki mengalami tekanan yang lebih besar dalam semua 4 tugas yang dilaksanakan berbanding kaum perempuan…hehehe…



Tindakan selepas tragedi telefon pintar pecah/rosak akibat terjatuh

Satu laporan yang dikeluarkan oleh OtterBox pada tahun 2015, mendedahkan “keakraban” manusia dengan telefon pintar mereka. Kajian yang dikeluarkan oleh OtterBox ini membuktikan sebanyak 75% pengguna telefon pintar di Malaysia telah merosakkan telefon pintar mereka lebih 2.8 kali dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu dan seramai 20% daripada mereka tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan pada telefon pintar mereka.

Berdasarkan kajian tersebut, OtterBox juga telah mencari jawapan bahawa lebih kurang 24% pengguna telefon pintar di Malaysia tidak memperbaiki telefon pintar yang rosak disebabkan kos pembaikan terlalu tinggi iaitu secara puratanya dianggarkan melebihi RM500. Kerana kos pembaikan yang terlalu tinggi, 68% daripada pengguna telefon pintar di Malaysia lebih gemar terus menggunakan telefon yang pecah atau mempunyai masalah daripada menghabiskan wang untuk memperbaikinya.

Dalam dunia mudah alih ini, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kadar stress yang dihadapi pada setiap hari dengan memberi perlindungan kepada telefon pintar kita bagi memelihara data, gambar serta kenangan yang disimpan dalam telefon pintar tersebut, tambah Bonnie.

Dari apa yang Achik faham tentang eksperimen ini, sangat penting untuk kita gunakan 'case' telefon pintar yang berkualiti bagi melindungi permukaan telefon pintar sekiranya terjatuh. 'Case' telefon pintar yang berkualiti juga mampu memberi perlindungan pada komponen-komponen yang terdapat dalam telefon pintar korang.

'Case' yang macam mana selamat untuk telefon pintar anda? Meh Achik nak rekemen pada korang 'case' telefon pintar yang dikeluarkan oleh OtterBox. Sememangnya OtterBox merupakan #1 Selling Smartphone Case in US.

layari www.otterbox.asia untuk info lanjut. Jangan lupa tonton video di bawah untuk saksikan sendiri eksperimen yang telah dijalankan oleh Dr. Chua-huei Tseng. 

~ Achik ~

2 comments: