Monday, April 25, 2016

D'Kayangan Group Menyemarakkan Kesedaran Autism Dengan Menyokong Filem REDHA

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Terima kasih buat D'Kayangan Steamboat BBQ Grill kerana sudi menjemput Achik untuk sama-sama memberikan sokongan ke atas filem REDHA.



Untuk makluman korang, berdasarkan sumber daripada Centre for Disease Control (CDC) di United State, dalam 68 kanak-kanak akan ada seorang kanak-kanak Autistik dilahirkan. Ini bermakna, di Malaysia sahaja dijangkakan seramai 9,000 kanak-kanak Austistik yang dilahirkan setiap tahun.


Penuh panggung..Mereka yang memeriahkan tayangan amal filem REDHA. Sumber gambar dari FB Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

2 tahun tempoh masa yang diambil untuk membuat kajian berkaitan Austim dan tempoh setahun bagi pembikinan filem REDHA hasil karya YM Tunku Mona Riza ini sememangnya memberi impak yang positif ke dalam hati setiap penonton. REDHA mengisahkan kehidupan seorang kanak-kanak Autism yang bernama Danial serta cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh Danial serta kedua ibu bapa Danial untuk menerima hakikat anak mereka merupakan anak istimewa. Rata-rata penonton yang ada dalam panggung waktu tu mengalirkan air mata termasuklah Achik.


Achik bersama YM Tunku Mona Riza

Kenapa wujudnya idea D'Kayangan Steamboat untuk menaja screening filem REDHA ni?

Kalo korang nak tahu, Group CEO of D'Kayangan Group, Ms. Sharita Loo telah pun menonton filem ini terlebih dahulu bersama rakan-rakannya. Tertarik dengan jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan melalui filem REDHA, Ms. Sharita berhasrat untuk menyemarakkan semangat kesedaran berkaitan Autism, beliau telah berbesar hati menaja 1 panggung untuk movie screening ini.

Menurut kata Ms. Sharita yang mempunyai seorang nephew yang Autistik, "kanak-kanak Austim ini berfikir dan bertindak dgn cara yang berbeza dari kanak-kanak yang normal. Kita perlu memahami & mengenali mereka dengan sebaik-baiknya agar kita tidak melihatnya sebagai satu penyakit."


YM Tunku Mona Riza dan suami bersama pelakon yang turut memeriah movie screening pada hati tersebut

Ms. Sharita Loo. Sumber gambar dari MyMetro.

Usaha Ms. Sharita turut mendapat sokongan daripada rakan beliau, Ms. Yasotha Krishna, Director of Zazen Health Solutions Sdn Bhd yang telah bekerjasama secara aktif dengan kanak-kanak Autistik sejak tahun 2006 lagi.

Ms. Sharita juga memilih untuk menyokong filem ini kerana ianya dapat dikaitkan dengan ibu bapa masa kini yang masih tidak dapat menerima kewujudan anak Autism dalam susur galur mereka. Kerana mementingkan keturunan, keluarga yang memiliki anak autism disisihkan. Ini juga merupakan mesej yang turut disampaikan dalam filem REDHA.


Sesi perkongsian pengalaman mengendalikan anak-anak autism

Setelah menonton filem REDHA ni, Achik ingin menyeru korang di luar sana yang masih belum lagi tonton filem ini untuk sama-sama ke pawagam yang berdekatan bagi menonton filem REDHA. Sungguhpun kurang promosi yang diberikan ke atas filem ini, tetapi percayalah..masa yang korang luangkan untuk menonton filem ini sangatlah berbaloi. Filem yang sarat dengan mesej, hubungan ibu bapa dengan anak Autistik yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata.


Susan Manen memegang watak sebagai rakan kepada Ibu Danial yang turut memberikan sokongan kepada Ibu Danial untuk membesarkan anaknya.

REDHA telah mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 14 April 2016 dan ianya merupakan Inspirasi daripada Kisah Benar.



'Autism: I am different. NOT LESS'

Tahniah D'Kayangan Steamboat BBQ Grill atas usaha ini.!

FB: Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
IG: @dkayangansteamboat

~ Achik ~


1 comment:

  1. memang sedih filem ni. tapi sayang..orang Malaysia kurang support cerita2 macam ni.

    ReplyDelete