Tuesday, March 29, 2016

Menara Kuala Lumpur Raikan Para Media


Assalamualaikum & salam sejahtera..

Menara Kuala Lumpur dengan berbesar hati telah meraikan para media yang selama ini banyak membantu dalam menaikkan lagi nama Menara Kuala Lumpur. An Evening With Menara Kuala Lumpur Media Nite 2016 bertemakan Glamorous Sparkling telah pun diadakan dengan jayanya pada 25 Mac 2016 bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.


Ketibaan kami di kaunter pendaftaran tetamu disambut oleh Kak Elliey yang sangat vogue menepati tema Sparkling Glamorous.

Achik bersama Kak Elliey dan kolin

 Setibanya kami di level Megaview, sudah tersergam kaunter photobooth untuk diserang oleh para tetamu. Sudah menjadi kewajipan di setiap event mesti ada photobooth untuk para tetamu merakamkan gambar mereka untuk dijadikan kenang-kenangan.



Sebaik sahaja kaki Achik melangkah masuk ke Megaview Banquet Hall, terpesona Achik dengan hiasan di pentas utama dengan lampu-lampu yang menarik dan cantik. Bersesuaian dengan tema sparkling.

Susun atur dalam Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur

KL Tower Media Nite 2016 pada malam tersebut dimulakan dengan celoteh daripada Kakak vintage yang tidak asing lagi...terkenal dengan istilah "gali, gali, gali" semasa menjadi juri tetap di Program Realiti Akademi Fantasia, tak lain tak bukan dialah Kak Ogy...heheheheh..


Pencaturan KL Tower dalam memanggil Kak Ogy untuk jadi emcee pada malam tersebut memang berjaya. Kami semua para tetamu dan media sememangnya terhibur dan gembira dengan telatah, celoteh, laser dan apa sahaja yang diucapkan oleh Kak Ogy.

Sementara Artis tengah buat persembahan, Achik curi-curi bergambar dengan Kak Ogy

Malam gilang gemilang tersebut turut diserikan dengan persembahan artis antaranya Hazami, Ir Radzi, Sufi AF, Rachel AF, Azmir Ariff, Azmarul Azuan dan Zaidi Anwari.

Persembahan yang semestinya ditunggu-tunggu adalah daripada Hazami yang dah lama tak muncul membuat persembahan akibat kesihatan yang tak mengizinkan. Happy sangat bila para tetamu yang hadir semuanya menunjukkan rasa gembira mereka diperdengarkan nyanyian daripada Hazami secara live.

Persembahan Hazami yang dinanti-nanti oleh para tetamu

Depan: Azmarul Azuan ; Kiri: IR Radzi ; Kanan: Zaidi Anwari

Kaka dengan lagunya 'Bukan Hal Aku' yang turut dibahankan oleh Kak Ogy..hehehe..

Sufi AF dengan single hit nya

Rachel AF yang fasih menyanyikan lagu berbahasa melayu

Kak Ogy bersama Azmir Ariff

Selain daripada persembahan nyanyian oleh artis undangan, KL Tower turut menyampaikan sijil penghargaan buat para media yang dirai sebagai tanda terima kasih kerana sokongan yang diberikan kepada KL Tower sejak ianya mula beroperasi. Antaranya daripada Bernama, Karangkraf, Media Hiburan dan ramai lagi.

Datuk Zakaria Abd Wahab, Editor-in-Chief Bernama

Wakil media dari Karangkraf

Meen dari Media hiburan

Oh ye...malam tu juga turut diadakan cabutan bertuah. Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah disediakan oleh KL Tower yang melibatkan tajaan daripada pelbagai syarikat. 10 hadiah utama sememangnya sangat menarik...Iaitu terdiri daripada pakej penginapan, pakej percutian dan dah tentu grand prize adalah TV...

Yes...inilah dia pemenang bertuah hadiah utama cabutan bertuah pada malam tu.

Para sponsor untuk KL Tower Media Nite 2016

Lain-lain aktiviti yang disediakan oleh KL Tower pada Media Nite 2016 adalah photo contest dengan #KLTowerMediaNite2016 #MKLMediaNite2016 #KLTowerIGContest ...Banyak gambar yang Achik share untuk turut serta dalam photo contest tu tapi rezeki tak memihak pada Achik sebab ada lagi gambar yang boom..! hehehe..

Mereka yang berpakaian menepati tema pada malam tersebut turut menerima habuan masing-masing

Sekalung tahniah diucapkan kepada team Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd atas usaha yang diambil dalam meraikan para media melalui Media Nite 2016. Pengurusan KL Tower telah berusaha sebaik mungkin untuk menghargai para media yang banyak menyokong aktiviti dan operasi Menara KL. Semoga event ini dijadikan sebagai acara tahunan dan para media terus dirai dari semasa ke semasa.


Terima kasih Menara Kuala Lumpur

~ Achik ~

Nota: sebahagian gambar adalah ihsan daripada FB Menara Kuala Lumpur








No comments:

Post a Comment