Wednesday, July 08, 2015

Asama Tomyam Pecel Lele

Diam tak diam dh 21 hari kita umat Islam berpuasa...bermakna lagi 8 hari je lagi Aidilfitri bakal menjelma.

Semalam Achik dengan kawan kawan berbuka puasa di Asama Tomyam Pecal Lele...restoran yang terletak di Jalan Kampung Pandan ni dahulu nya hanya ada tak sampai 10 meja , tapi sekarang Asama Pecal Lele dh bertambah luas..kira datang sini tak payah menunggu lama untuk meja kosong...

Antara menu yang ada 

Pecal Keli 
Pecal Ayam
Pecal Puyuh
Pecal Kembong
Pecal Sayur
Pedal Goreng
Tempe Goreng

Ni lah hidangan tempe goreng..

Menu Achik semalam Tempe Goreng, Pecal Keli dan Pedal Goreng.

Sedap sangat..sambal nya pun sedap.

Untuk waktu operasi boleh rujuk gambar di bawah..tak rugi memcuba.

Bagi yang tak pernah sampai, mungkin sukar nak jumpa lokasi Asama Tomyam Pecal Lele ni..sebab kedainya di bawah rimbunan pokok...

untuk memudahkan pencarian, dalam waze boleh search HCM ENGINEERING..

HCM engineering ni betul betul berhadapan dgn Asama Pecal Lele ni...kalau anda datang dari arah Bulatan Kampung Pandan, restoran nya terletak di sebelah kiri anda..sekiranya datang dari arah Desa Pandan, restoran tu berada di sebelah kanan anda.

Selamat mencuba.


- Achik Huda -


No comments:

Post a comment